09

115 13 6
                                    

"Matilah kerana takdir, bukan kerana keinginanmu."

"Kau nak mati?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau nak mati?"

Daniel mengalihkan pandangannya pada seorang lelaki ynag berdiri tepat di sebelahnya itu. Nampaknya dia masih sekolah, kerana dia memakai uniform sekolah.

Jarak mereka hanya sekitar 2 meter. Lelaki itu hanya bertanya sambil menatap Daniel tanpa ekspresi.

"Ya..." balas Daniel pelan.

Lelaki itu tampak mengangguk.
"Ouh okay, silakan..."

Daniel mengerutkan keningnya hairan.
"Kau tak nak halang aku ke?"

"Tak. Buat jelah..."

Daniel terdiam sambil terus menatap lelaki yang ada dihadapannya itu. Dia bahkan lupa pada niatnya untuk membunuh diri.

"Jika kau ingin bunuh diri dan mati, maka lakukan saja. Aku tak patut larang dang menghentikanmu. Kerana aku tahu, kau hanya mencuba untuk menghilangkan rasa sakit."

"Kalau kau taknak buat sorang sorang, biar aku join kau bunuh diri sekali."

Lelaki itu lalu mendekati Daniel dan mula memanjat penghadang jambatan.

"Woi!! Apa kau buat ni?!" tanya Daniel sambil mencengkam tangan lelaki itu.

"Kau ingat kau sorang je yang ada masalah dalam dunia ni? Aku pon ada. Maka dari itu jangan ingat jika hanya kau saja yang nak bunuh diri."

"Sejak kecil, aku dituntut untuk sempurna. Membahagiakan semua orang. Membanggakan semua orang. Hingga aku mulai membesar dengan tuntutan bahawa aku mesti boleh membuat semua orang bahagia, tanpa memperbolehkanku melakukan sedikit kesilapan pon. Justeru kerana itu, aku benci adikku sendiri. Kerana, kenapa hanya aku saja yang dipaksa, ditekan. Bukan dia. Hal itu membuatkanku berusaha lebih gigih lagi agar aku boleh melebihinya dan hanya aku saja yang boleh mendapatkan kasih sayang kedua ibu bapaku. Membuatkannya setiap hari, harus menerima pukulan, tendangan dari ayah hanya kerana kesalahan kesalahan kecil yang ia lakukan, bahkan ketika ia tidak melakukan apa apa kesalahan pun. Tapi setelah berbelas tahun hidup, aku baru tahu bahawa dia bukan adik kandungku."

Lelaki itu hendak memanjat lebih tinggi, namun dengan cepat Daniel menariknya sehingga mereka terjatuh terduduk dia jalan.

"Yak! Kau gila ke?!" tanya Daniel.

"Kau pun dah gila, kan?"

Daniel terdiam mendengarnya.
"Maksud kau?"

"Jika kau mau bunuh diri, maka bunuh diri saja. Tapi jangan ingat setelah itu bebanmu akan hilang, kau belum tentu mati dengan tenang dan kembali ke atas dengan mudah. Kau takkan boleh hidup lagi setelah mati. Dan tak akan tahu macam mana hebatnya rasa sakit itu. Kita seperti waktu, tidak boleh berhenti sebelum diberhentikan oleh yang kuasa."

"'Jadi matilah kerana takdir, bukan kerana keinginanmu. Kesakitan adalah asas kehidupan. Memang takdir manusia untuk bersusah payah dan teruskan hidup walaupun sakit."

Lelaki itu menepuk uniform sekolahnya yang berdebu dan sedikit kotor, lalu berjalan meninggalkan Daniel.

"Dia benar"

"Dia benar"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

※votement

HAIKAL DAN SEMESTANYA [✔️]Where stories live. Discover now