18

120 13 0
                                    

"Tidur yang tenang Semesta ku"

"Tidur yang tenang Semesta ku"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


TIT! TIT! TIT!

Ruangan bercat putih pucat serta bau ubat ubatan menyengat kini menjadi keseharian kepada Haikal dan Hayden yang sedang dirawat. Ini sudah hari ke 3 sejak kejadian Yuna tersebut. Dengan paksa pihak hospital mental membawa Yuna yang sedaya upaya memberontak. Dan ini juga hari ke 3 Thaqif mencuba mencari penderma untuk Hayden, jangan tanya kenapa Thaqif bersungguh sungguh mencari, kerana itu adalah keinginan Haikal juga Mikaeel.

Sekejam apapun Thaqif ia tidak mampu menolak keinginan adiknya. Walaupun Hayden adalah anak dari orang yang ia benci, tapi ia tak boleh menyalahkan Hayden begitu saja.

Haikal dinyatakan koma akibat hentakan kuat dikepalanya membuat dia harus kehilangan kesedaran. Belum lagi luka di dadanya masih basah. Hayden juga masih menutup mata, doktor sengaja memasukkan ubat tidur ke dalam beg infusenya. Itu agar Hayden tidak menjerit kesakitan.

Terkadang Thaqif juga merasa kasihan terhadap kedua orang ini, mereka berdua sudah dipindahkan ke wad yang sama di bilik vip. Koh win tidak lagi menjenguk kerana dilarang oleh Thaqif. Entah apa alasan Thaqif.

Kini ia harus bergilir gilir dengan Mikaeel jika berjaga.

"Mikaeel, pulang sana mandi! Bau!" Thaqif baru datang dan membuka pintu wad tersebut melihat adiknya yang sedang mengeliat.

Mikaeel menguap, "Ha yelah oke, bye bang!" Mikaeel pergi dan melambaikan tangan pada Thaqif. Senyum kecil terukir di bibir nipis Thaqif.

Ia lalu duduk di sofa menggantikan posisi Mikaeel di sana, rasanya tidak kuat melihat Haikal terbaring lemah di situ. Ini semua terjadi kerana Yuna, demi apapun dia benci pada bedebah itu.

Thaqif menghela nafas panjang lalu mengeluarkan benda persegi dari poketnya. Benda kotak itu berisi hadiah untuk Haikal, minggu depan hari lahirnya kan? Ia tatap lama kotak yang berisi jam tangan berbrand itu.

"Jam ini akan terus berputar mengikut detak jantung kamu Haikal, dan jam ini juga akan berhenti berputar ketika kamu...." Thaqif menghentikan kata katanya, ia teringat bahawa ucapan itu satu doa. Ia menggigit bibirnya perlahan, merasa menyesal dengan apa yang ia katakan.

Cklek!

Bunyi pintu terbuka, memperlihatkan dokter yang selama ini merawat Haikal dan Hayden.

"Tuan Thaqif boleh kita berbual sekejap di bilik saya?" tanya doktor itu, Thaqif mengangguk dan mengikuti langkah doktor tersebut ke arah biliknya.

"Tuan Thaqif boleh kita berbual sekejap di bilik saya?" tanya doktor itu, Thaqif mengangguk dan mengikuti langkah doktor tersebut ke arah biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HAIKAL DAN SEMESTANYA [✔️]Where stories live. Discover now