13

136 14 0
                                    

"oh, ini maksudnya 'kematian adalah perpisahan yang paling menyakitkan'

"oh, ini maksudnya 'kematian adalah perpisahan yang paling menyakitkan'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Haikal mengelap peluhnya kasar, ia kini sedang bekerja di kedai makan. Kerjanya disini hanya mencuci piring dan mendapat upah yang tidak begitu besar. Perbualan ketika di hospital kini menjadi kenyataan.

Johan tidak main main dengan ucapannya, ia benar benar menghentikan sekolah Haikal. Kini Haikal harus bertungkus lumus bekerja demi membantu ayahnya. Hayden harus pulang kerana duit yang Johannada semakin menipis, dia juga sudah tidak mampu untuk menanggung bayaran rawatan Hayden yang mencekik darah.

Duit hasil menjual syarikat ternyata tidak cukup untuk untuk membayar bil hospital dan belanja rumah tangga. Kini Haikal turut turun tangan mencari duit. Haikal tidak pernah mengeluh, walau kadang ia merasa penat. Tapi ia cukup gembira kerana boleh membantu keluarganya.

"Dah siap makcik, Haikal balik dulu!" Haikal meraih begnya dan pergi keluar dari kedai makan tersebut. Kira kira sudah 7 hari ia bekerja di kedai itu. Kini ia harus bekerja lagi menjadi penjaga kedai yang terletak dihujung jalan.

Begini, Haikal dari pagi hingga tengah hari bekerja di kedai makan lalu selepas itu dari tengah hari hingga matahari terbenam ia akan bekerja di kedai buku yang berada dihujung jalan berhadapan dengan minimart yang Daniel bekerja.

Haikal berjalan kaki dengan riang, sambil bergumam sebuah lagu. Tiba tiba fikirannya melayang ke arah Mikaeel, kawannya ah bukan sahabatnya lebih pasti. Bagaimana Mikaeel tanpa dirinya? Bagaimana Mikaeel sekarang? Apakah Mikaeel tau kalau dia sekarang berhenti sekolah?

Daniel? Tidak. Ia tidak fikirkan Daniel kerana sahabatnya yang seorang itu telah tau yang dia berhenti sekolah. Lagi pula mereka akan makan tengah hari bersama sama di tempat Daniel bekerja.

Tiba tiba ia merindukan sekolah, ia merindukan suasana belajar dan sekolah. Sangat, padahal baru seminggu ia berhenti tapi mengapa rasanya begitu hampa.

Bunyi loceng pintu berbunyi ketika Haikal membuka benda tersebut. Ia masuk ke dalam kedai buku antik tersebut, dimana ia menggantikan seorang lelaki tua yang memerlukan jasanya. Lelaki tua itu sangat baik kepadanya memperlakukan Haikal seperti anaknya sendiri. Kadang Haikal tidak ingin pulang jika berada disini.

"Hai Koh!" sapa Haikal sambil melambaikan tangan lalu tersenyum lebar, ia langsung duduk didepan kaunter dan melaksanakan tugasnya.

"Akhirnya kamu datang juga" lelaki itu mendekat dan mengusap rambut Haikal, yang berhasil membuat Haikal tersenyum.

"Koh, Haikal nak baca buku yang best lagi, ada Koh?"

"Ada kejap ya" begitulah Haikal terhadap Koh Win, lelaki berusia 70 tahun itu menjual buku kuno dan kerana lokasinya tidak strategik membuatkan kedai itu sepi.

Kadang Koh Win menceritakan kehidupannya yang begitu kesepian, anak satu satunya meninggal kerana permusuhan perniagaan. Dan kini hanya 3 cucu yang pergi entah kemana.

HAIKAL DAN SEMESTANYA [✔️]Where stories live. Discover now