16

109 11 0
                                    

"Kata orang, Tuhan Terkadang menghancurkan rancanganmu agar rancanganmu tak menghancurkanmu. Rancangan Haikal hanya hidup bahagia. Lalu apa hidup bahagia akan menghancurkanku suatu saat?

Seminggu setelah kejadian itu, kini Haikal menjadi anak yang pendiam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seminggu setelah kejadian itu, kini
Haikal menjadi anak yang pendiam. Tak ada lagi sapaan hangat dan senyuman bersinar dari seorang Ryan Haikal. Setiap hari setelah melakukan tugasnya ia akan berkurung di dalam biliknya. Seperti malam ini, selepas mengurus Hayden, ia lebih memilih untuk tidur.

Setiap manusia punya batas kesabaran, dan disinilah batas kesaran Haikal. Dimana dia juga punya titik Lelah pada kehidupan. Rasanya ia ingin menukar balikkan takdir. Haikal tidak tau, sampai bila Tuhan akan mengujinya.

"Haikal" suara di luar bilik itu menghentikan lamunan Haikal. Terdengar serak dan lemah. Dengan malas ia membuka pintu.

"Apa?" tanya Haikal sebaik saja membuka pintu, ia sedang tidak ingin diganggu.

"Jom teman aku dalam bilik?" itu Hayden yang meminta. Mau tak mau harus Haikal turuti. Dengan langkah malas ia menyusul Hayden ke dalam bilik.

Setelah keduanya masuk, dengan posisi Hayden berbaring dan Haikal yang duduk diam di tepi katil Hayden. Hanya ada keheningan suara malam dan hembusan nafas.

"Kau kenapa?" tanya Hayden memecahkan kesunyian, rupanya ia menyedari perubahan yang terjadi pada Haikal.

Haikal hanya membalas dengan gelengan, lalu membuang muka ke arah lain. Tanpa sedar tangan Hayden bergerak untuk mengusap kepala Haikal.

"Maafkan aku ya? Selama ini aku jahat dengan kau. Apalagi Ayah dengan Mama-"

Haikal menoleh kembali. " Haikal tak pernah marah, apa lagi Ayah dengan Mama. Tak pernah bang... Haikal cuma nak disayangi, tapi kenapa mereka susah sangat untuk bagi kasih sayang mereka kepada Haikal? Haikal pon nak diperhatikan macam abang Hayden, tapi kenapa tak boleh bang? Selama ni apa kurang cukup pengorbanan Haikal untuk korang? Apa kurang cukup apa yang Haikal bagi kepada korang? Abang? Kenapa takdir tak berpihak pada Haikal? Kenapa takdir selalu mempermainkan Haikal? Kata orang, Tuhan Terkadang menghancurkan rancanganmu agar rancanganmu tak menghancurkanmu. Rancangan Haikal hanya hidup bahagia. Lalu apa hidup bahagia akan menghancurkanku suatu saat?" ucap Haikal panjang lebar sambil menahan tangisnya yang sudah dihujung mata.

Hayden tersentuh mendengar luahan Haikal, tangannya kini berada dibahu adiknya. Terlihat sekali banyak beban yang ditanggung oleh Haikal, dari mengurus rumah, mengurus Hayden, bekerja. Semua itu dilakukannya ikhlas tanpa mengeluh. Tapi keluarganya selalu salah menilau Haikal. Jika dulu Hayden berada di pihak orang tuanya, kini ia memihak kepada Haikal. Kerana selama ini Haikal lah yang telah mengurusnya dengan cukup baik. Bahkan saat Hayden putus asa sekalipun, yang disampingnya hanya Haikal. Namun saat Haikal memerlukan seseorang untuk menguatkannya? Tidak ada siapapun yang ada di sampingnya.

"Aku nak bagitahu kau sesuatu"

"Bagitahu apa?" kini Haikal lebih tenang dari sebelumnya.

"Sebenarnya kau-"

HAIKAL DAN SEMESTANYA [✔️]Where stories live. Discover now