12

131 14 7
                                    

"Haikal rindu abang Hayden!"

Kelihatan sang suami bermundar mandir di depan ruang kecemasan sambil mengerling matanya melihat lampu yang menyala di bahagian atas ruang kecemasan

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


Kelihatan sang suami bermundar mandir di depan ruang kecemasan sambil mengerling matanya melihat lampu yang menyala di bahagian atas ruang kecemasan. Sang isteri pula hanya duduk gelisah di kerusi menunggu sambil menangis. Mereka berdua saling meremat tangan. Peluh mulai membasahi dahi, menunggu seseorang berkot putih keluar dari ruang tersebut.

Perasaan risau dan takut menjadi satu, Johan dan Yuna sangat ketakutan jika terjadi sesuatu pada puteranya itu.

Seorang lelaki yang lengkap memakai kot putih dan stetoskop putih yang digantung dilehernya keluar dari ruang IGD. Johan dan Yuna dengan cepat menghampiri lelaki tersebut.

"Macam mana keadaan anak saya doc?" tanya Johan tidak sabar, ia masih mengenggam tangan isterinya itu.

Doktor dihadapannya menarik nafas dalam.

"Macam ni Encik, Hayden mengalami gejala awal penyakit buah pinggang"

Tangisan Yuna pecah dibahu Johan, isterinya mengeluarkan banyak airmata setelah mendengarkan berita itu. Johan terdiam tidak percaya dengan apa yang doktor katakan. Ujian apa lagi ini? Selama ini ia selalu menjaga Hayden layaknya seorang putera, belum lagi syarikatnya yang hampir bankrup.

"Sabar ya encik, kita kena cepat cepat cari penderma buah pinggang untuk Hayden!" Doktor itu menepuk pelan bahu Johan memberi semangat, dan berlalu pergi dari situ.

Johan membawa isterinya masuk kedalam wad yang diduduki Hayden yang saat itu tengah tidur. Ada wayar yang melilit hidungnya. Banyak infus ditangannya, membuat Johan mengusutkan rambutnya kasar.

 Banyak infus ditangannya, membuat Johan mengusutkan rambutnya kasar

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Johan memandu keretanya untuk pulang ke rumah, sudah pukul 1 pagi. Ia berniat untuk mengambil baju Hayden, kerana dia harus menginap di hospital untuk mengawasi Hayden bersama isterinya. Sebenarnya, dia boleh saja mengambil baju bajunya esok, tetapi ia teringat sesuatu, Haikal yang ia kurung di bilik air.

Setelah memarkingkan keretanya digaraj, Johan membuka pintu dan terus berlari kearah bilik air. Membuka pintu yang ia kunci tadi dan memperlihatkan Haikal yang sedang menggigil kesejukan. Johan dengan sigap mendukung Haikal ala bayi koala.

HAIKAL DAN SEMESTANYA [✔️]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang