10

115 15 36
                                    

"ANAK SIAL!!!" Haikal yang baru saja tiba setelah pulang dari sekolahnya terkejut kerana melihat Hayden yang sedang dipukul oleh ayahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"ANAK SIAL!!!" Haikal yang baru saja tiba setelah pulang dari sekolahnya terkejut kerana melihat Hayden yang sedang dipukul oleh ayahnya. Ia mendekati keduanya hairan.

Apa yang terjadi? Kenapa ayahnya memukul Hayden? Ini ada pertama kalinya dalam hidup Haikal melihat Hayden dipukul oleh Johan. Di samping Hayden terlihat Yuna yang sudah menangis, memohon kepada Johan untuk memaafkan Hayden.

Saat ini difikirannya hanyalah, kenapa mama nya tidak seperti itu ketika ia dipukul oleh ayahnya? Justeru, ibunya tampak puas ketika melihatnya dipukul oleh ayahnya.

Johan mengambil sebuah kayu baseball dan mengangkatnya tinggi, bersedia untuk memukul Hayden.

"AYAH, JANGAN!!!" Haikal menjerit menahan kayu baseball yang sebentar lagi akan mengenai Hayden. Hayden yang tadinya memejamkan matanya terus melihat Haikal yang berada dihadapannya untuk melindunginya.

"Tepi Haikal!" bentak Johan, ia kehilangan kesabaran.

"Ayah kalau ayah tengah marah atau penat. Pukul Haikal saja. Jangan pukul abang Hayden ya yah?" Haikal mengarahkan kayu itu kearahnya. Yuna membawa Hayden masuk ke biliknya meninggalkan Johan dan Haikal.

Dan petang itu menjadi petang yang penuh jeritan kesakitan. Jeritan yang penuh dengan penderitaan.

-
-

Malam itu menjadi cerita tersendiri bagi Haikal dan lukanya. Setelah dipukul dengan kayu baseball membuatkan tulangnya terasa remuk. Ia mengelap luka yang baru ia terima sekaligus luka yang kemarin yang belum betul betul sembuh.

Ia berusaha menahan rasa sakit saat kain basah tersebut menyentuh lukanya. Ia anak kuat, mustahil ia menangis hanya kerana luka.

Tiba tiba pintu bilik Haikal terbuka, memperlihatkan Hayden yang sedang membawa makanan dan alkohol. Ia duduk di samping Haikal. Meraih kain basah tersebut dan menatap Haikal lama.

"Abang, bagi sini" pinta Haikal, Hayden mengambil kapas dan menuangkan alkohol. Ia mengubati lelaki dihadapannya tersebut.

Haikal tercengang. "Bi-biar Haikal yang buat!"  Haikal hendak meraih kapas yang berada di tangan Hayden namun Hayden menatapnya tajam.

Dengan cekap dan lembut, Hayden mengubati luka tersebut. Haikal menatap Hayden dengan tatapan hangat. Apa Hayden sudai mulai menerima kehadirannya? Apabila sudah selesai, Hayden mengambil makanan yang sedari tadi berada di atas meja lampu di tepi katil, menyendokkan nasi dan ingin menyuapi Haikal.

" Takpe bang, biar Haikal makan sendiri"  tolak Haikal, ia merasa tidak baik dengan abangnya itu.

"Takyah cakap banyak, nak kena pukul?" ujar Hayden, Haikal menggeleng ketakutan lalu membuka mulutnya. Satu persatu suapan nasi masuk ke dalam mulutnya sehingga nasi yang tadinya penuh di dalam pinggan kini licin.

Hayden membersihkan semuanya lalu beranjak untuk pergi namun langkahnya ditahan oleh tangan Haikal.

"Terima kasih abang" ucap Haikal, Hayden menghentak tangan Haikal yang berada dilengannya kasar. Lalu meninggalkan bilik Haikal tanpa sepatah kata pun.

HAIKAL DAN SEMESTANYA [✔️]Where stories live. Discover now