11

108 11 8
                                    

Haikal masuk ke rumah yang selama ini menjadi tempat ia berpulang. Perlahan lahan ia membuka pintu dan melihat kedua orang tuanya sedang duduk diruang tamu sambil menonton TV.

"Haikal dah balik...." sapa Haikal, namun orang tuanya memulaukannya. Haikal lantas berlalu pergi ke atas. Melangkahkan kakinya di anak tangga satu persatu.

Ia masuk kebilik Hayden sambil memegang plastik putih berisi makanan kegemaran Hayden. Dilihatnya Hayden yang masih lemah dan diatas keningnya tertampal Cool Fever. Haikal duduk dibucu katil Hayden.

"Abang Hayden, Haikal ada bawak balik makanan nih!" Haikal menepuk nepuk bahu Hayden pelan, Hayden perlahan lahan membuka matanya.

"Haikal suapkan eh?" tanpa sempat Hayden merespon Haikal terus membantu Hayden untuk duduk. Ia membuka bungkusan makanan tersebut, dan mulai menyuapi abangnya.

Hayden tersenyum tipis, sangat tipis bahkan tidak terlihat bahawa ia tengah tersenyum. Haikal masih setia menyuapi abangnya dengan kasih sayang. Sesekali dia bercerita kalau dia ingin menjadi seperti Hayden yang sangat pandai. Hayden hanya membalas sstiap ocehan itu dengan raut muka dan tatapan dingin.

Setelah satu suapan terakhir sudah selamat masuk ke dalam mulut Hayden, Haikal mengambil minuman dan menyerahkannya kepada Hayden. Haikal membersihkan semuanya, membantu Hayden untuk tidur lagi dan menjaga Hayden sampai ia terlelap.

Setelah dirasa Hayden sudah dibawa ke alam mimpi, Haikal membisikkan sesuatu ditelinga Hayden "Haikal sayang abang, abang jangan sakit lagi tau..."

Haikal bergerak pergi dari bilik Hayden ke biliknya.Dia belum salin baju dan mandi, jadi ia memutuskan untuk mandi terlebih dahulu.

Malam itu saat Haikal sedang mengulang kaji pelajaran yang ia belajar di sekolah tadi, ia mendengar suara batukan yang kuat dari bilik Hayden yang bersebelahan dengan biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam itu saat Haikal sedang mengulang kaji pelajaran yang ia belajar di sekolah tadi, ia mendengar suara batukan yang kuat dari bilik Hayden yang bersebelahan dengan biliknya.

Haikal menghentikan aktivitinya dan pergi untuk memeriksa keadaan Hayden, ia melihat Hayden berulang alik ke tandas . Mata Hayden membengkak. Kulitnya pucat seperti mayat.

Haikal bergerak menuju ke arah Hayden yang ingin masuk ke dalam tandas lagi. "Abang kenapa?"

Hayden menoleh. "Taktau"

Haikal hanya mengangguk dan menunggu Hayden didepan pintu tandas. Tiba tiba Haikal mendengar bunyi seperti orang muntah membuatkan ia gelabah dan risau akan keadaan Hayden. Tanpa berfikir panjang, dia terus memecahkan pintu tandas dengan kuat hingga terdengar sehingga ke bawah.

"ABANG HAYDEN BUKA!!" jerit Haikal, kerana tidak ada sahutan dari dalam. Akhirnya Haikal membuka paksa pintu tandas tersebut. Di dalam sana terlihat Hayden yang sedang terduduk tidak bermaya dan banyak sisa sisa muntah di sekitarnya bercampur darah.

Haikal memapah Hayden di bahunya, membantunya untuk keluar dari tandas. Saat baru keluar dari area tandas, kebetulan ketika itu jugalah Johan dan Yuna baru tiba.

Johan tanpa isyarat terus mengambil tubuh Hayden dari Haikal secara kasar.
"Macam mana Hayden boleh jadu macam ni?"

Haikal hanya diam menunduk, Johan lalu melirik Hayden yang tampak tak bermaya. "Kamu makan apa tadi?"

Dengan sekuat tenaga Hayden menjawab "Makan makanan yang Haikal bagi"

Johan yang mendengar terus menyerahkan tubuh Hayden kepada Yuna. Yuna dengan sigap terus membawa Hayden ke katilnya sedangkan disini Haikal sedang bersiap sedia dengan pukulan yang akan Johan berikan.

"KAU NAK BUNUH ANAK AKU KE HAHH?!!!"

Tanpa babibu, Johan menarik rambut Haikal kasar sehingga menyebabkan beberapa darinya gugur dan membawanya ke bilik air yang berada dibawah. Haikal yang menyedari arah tujuan sang ayah terus berusaha mengeraskan kakinya dan mencuba merayu.

"Maafkan Haikal yah... Haikal tak ada niat nak buat abang Hayden sakit..Sumpah yahh Haikal taktau...Jangan kurung Haikal yah, Ayah pukul Haikal sampai Haikal mati pun takpe asalkan jangan kurung Haikal dalam gelap yah... Haikal takut."

Haikal mengaduh kesakitan, tarikannya cukup kuat sampai rasanya rambut Haikal akan tercabut semua daripada kepalanya.

Johan menolak Haikal kasar ke dalam bilik air dan menutup pintunya kasar. Ia mengurung Haikal dibilik air dan mematikan lampu.

"AYAH BUKAAAA!!" Jerit Haikal dalam kegelapan. Haikal menangis, kenapa ayahnya selalu menghukumnya tanpa bertanya dahulu apa masalahnya?

Johan menghiraukan jeritan Haikal, ia naik semula ke bilik Hayden. Meninggalkan Haikal yang sedang menangis kerana takut akan kegelapan. Johan membawa Hayden ke hospital untuk memeriksa keadaan anaknya saat ini. Ia takut sesuatu terjadi pada anak kesayangannya yang satu itu.

"Ayah... buka yah" Haikal mengetuk ngetuk pintu cemas, berharap Johan, sang ayah berbaik hati membuka pintu untuknya.

"Ayah..." Haikal memejamkan matanya dan terkulai lemah dilantai sejuk bilik air.

" Haikal memejamkan matanya dan terkulai lemah dilantai sejuk bilik air

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




HAIKAL DAN SEMESTANYA [✔️]Where stories live. Discover now