MDD 10

120 3 2
                                    

|Mrs Derrick Denver|

Tuan Besar Rowan dan Dato' Marcel termenung masing-masing sambil menghadap ke arah sekumpulan burung merpati yang berterbangan. Keduanya bersepakat untuk bertemu setelah mendengar khabar retaknya hubungan kedua anak bongsu mereka iaitu Derrick dan Aurora.

“So Marcel, where's your daughter now?" Soal Rowan. Riak wajahnya tenang sahaja.

“She's still in Korea. And I don't think she will came back here that easily..."Jawab Dato' Marcel. Jus Oren di sebelahnya dihirup.

“Do you have any ideas apa yang terjadi di Melaka beberapa bulan lepas?” Soal Tuan Rowan lagi.

“I don't know about that. Apa yang saya tahu, mereka pergi ke sana atas urusan kerja.” Jawab Dato Marcel.

“Saya rasa ada sesuatu yang terjadi di sana. Kalau tidak kenapa hubungan mereka boleh retak macam itu sahaja.” Ujar Tuan Rowan mengemukakan andainnya selama ini. Marcel mengganguk bersetuju dengan andaian Rowan.

“At the same time Rowan, kita tak boleh biarkan perkara ni begitu sahaja...” Ujar Marcel risau.

“I know Marcel. Kita kena laksanakan apa yang termaktub dalam perjanjian.

******

Seoul Korea
3 tahun berlalu,


Dari jauh kelihatan figura seorang wanita menikmati pemandangan yang indah di depan matanya setelah puas berjoging.

Rambutnya yang panjang dan hitam ikal mayang beralun lembut mengikut arah angin. Lesung pipitnya tampak jelas, apabila wanita itu tersenyum manis melihat sekumpulan anak kecil yang bermain buaian.

“Kan best kalau aku ada anak yang comel macam tu...” Rungut Aurora sendiri.

“Haihhh! Kau dah kenapa Rora? Gatal sangat nak kahwin?” Monolog Aurora sendiri sambil tersenyum. Mujurlah tiada orang melihat dia mengumam seorang diri. Kalau tidak, naya dia.

“Bahhhh!!” Sergah seseorang dari belakang.

“Oh mak kau jatuh! Yaa! Kamchagiya!!” Latah Aurora. Dadanya diurut berkali-kali sambil menjeling gerangan yang menyergahnya tadi.

“Mian. Lucu juga ehh bila kau melatah.” Ujar gerangan tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.

“HAHAHA, lucu sangat.” Ujar Aurora sambil mengajuk gerangan yang di hadapannya itu ketawa.

“Relax babe. Janganla serius sangat. Nanti tak cantik. ” Usik gerangan itu lagi.

“Seriously Hana? Nasib baik aku tak kena heart attack tau.” Ujar Aurora.

Nak dijadikan cerita, Hana merupakan bff Aurora sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Cuma, sejak keluarga Hana berpindah ke Korea, Hana dan Aurora terputus hubungan sekejap. Dan sekarang hubungan tersebut terjalin kembali. Selama Aurora berada di situ, Hana lah yang paling banyak memberikan motivasi kepada dia selain Meghan.

“Hana, gomawo.” Ucap Aurora ringkas tetapi membawa makna yang sangat banyak dan padat.

Hana memandang muka sahabat baik nya itu lama. Dia bingung seketika. Selepas itu barulah dia faham.

MRS DERRICK DENVER💌[on going]Where stories live. Discover now