MDD 8

198 9 0
                                    

|Mrs Derrick Denver|

"Baby.." Derrick memanggil Aurora. Aurora yang baru saja hendak melelapkan matanya sekejap terus menoleh ke tepi.

"Biey panggil Aurora ke?" Soal Aurora. Derrick ketawa kecil.

"Ye baby, siapa lagi baby kat dalam kereta ni." Pipi Aurora dicuit sekilas. Aurora terus menatap sisi wajah Derrick yang sedang memandu. Hensem je laki tu, dengan kaca mata hitamnya dan kemeja yang dilipat lemgannya.

"Ouh hehe. Biey nak beritahu something ke"

"Haah. Minggu depan baby kena ikut biey fly ke Melaka." Beritahu Derrick terus terang. Dia khuatir sebenarnya yang Aurora akan menolak untuk pergi ke Melaka.

"Melaka? Buat apa pula pergi sana? Biey jangan macam-macam." Aurora sudah memberikan amaran. Yang dia tahu, mungkin Derrick mahu membawanya kahwin lari.

"Baby i'm not done yet."

"Sorry..."

"Biey ada meeting dengan client kat sana. So, as my PA baby kena ikut." Derrick memberikan keterangan.

"Owh. Okay, tapi kalau baby tak ikut. Boleh tak?" Aurora membuat muka comel. Lengan sasa Derrick diusap perlahan. Derrick memandang kejap tangan kecil milik Aurora yang hinggap pada lengannya.

"Babyyyyy...don't try to seduce me." Derrick memberikan amaran. Aurora gigit bibir lalu tangannya dialihkan dari mengusap lengan Derrick. Derrick lega. Barulah dia dapat bernafas dengan tenang. Setiap kali dia berada di samping Aurora, dia gagal mengawal keinginannya. Macam sekarang.

"Nanti I akan inform mummy dan Abbi." Ujar Aurora. Tidak lama kemudian, mereka tiba di perkarangan banglo milik keluarga Aurora.

"Biey tak nak masuk dulu ke?" Pelawa Aurora. Derrick mendekatkan tubuhnya ke hadapan ke arah Aurora. Berkelip-kelip mata Aurora melihat wajah yang begitu dekat dengannya. Nafas lelaki itu terasa menderu di sekitar wajahnya.

"I want to but, I've got to go baby." Derrick menunjukkan muka kesalnya. Sungguh dia gembira apabila Aurora mahu mempelawanya masuk ke kediaman keluarga mereka. Tetapi dia perlu selesaikan sesuatu di pejabatnya.

"Its okay. Maybe next time." Aurora mengangguk faham. Pipi Derrick diusap perlahan.

"Come here baby...." Derrick menarik Aurora mendekat sedikit. Terdorong ke depan badan Aurora. Tangannya menahan dada bidang itu.

"Nak buat apa?" Soal Aurora polos. Derrick hanya diam. Dia menjatuhkan mukanya. Bibirnya perlahan-lahan digeselkan pada bibir Aurora sebelum dicium lembut. Sangat ringkas tetapi mendebarkan hati Aurora.

"Baby dah boleh pergi sekarang. That was a goodbye kiss from your prince." Ujar Derrick. Aurora yang berasa mukanya membahang terus meloloskan diri dari kereta Hyundai milik Derrick. Derrick tertawa kecil.

******

Pejam celik pejam celik, minggu yang dinantikan telah tiba. Baru petang tadi Derrick menelefonnya. Esok dia akan berangkat ke Melaka atas urusan kerja. Pada malam itu Aurora mengemaskan pakaiannya. Dia hanya memasukkan pakaian dan barang tertentu ke dalam luggage miliknya.

MRS DERRICK DENVER💌[on going]Where stories live. Discover now