MDD 3

197 9 0
                                    

|Mrs Derrick Denver|

DENVER'S HOLDINGS

AURORA laju mengatur langkahnya memasuki bangunan yang gah di hadapannya. Di sinilah dia bakal menimba pengalaman bekerja buat kali pertama. Jam yang melilit pergelangan tangannya ditilik sambil langkahnya dipercepatkan.

“Ada lima minit lagi Aurora. Habislah aku. First day dah lambat.....” Aurora membebel seorang diri. Lif yang hampir sahaja tertutup ditujunya dengan  pantas. Mujur sahaja badan kecilnya dapat memasuki lif tersebut. Kalau tak kemeklah dia.

Pintu lif terbuka dan dia melangkah keluar dari lif. Dia sekarang berada di tingkat yang teratas iaitu tingkat 25. Keluarnya Aurora dari lif, mulutnya terlopong sedikit. Ruangan pejabat utama tersebut sangat luas dan dicat dengan cat berwarna putih. Aurora juga dapat melihat kira-kira beratus-ratus kakitangan yang bekerja di situ. Belum lagi di tingkat yang lain.

Dapat dia lihat semua manusia di situ sangat sibuk dengan urusan masing-masing. Dan syarikat Denver's Holdings merupakan syarikat yang terkemuka di Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa. Keuntungan syarikat utama sudah mencecah keuntungan beratus-ratus juta belum lagi cawangan yang ada di bandar lain seperti Greenland. Sedang dia leka memerhati keadaan sekeliling, Aurora didatangi seorang perempuan berbangsa melayu.

“Selamat datang cik. Saya Maisarah. Cik ada buat temujanji ke?” Gadis yang memperkenalkan diri sebagai Maisarah tersebut menyoal Aurora sambil tersenyum manis. Aurora turut membalas senyuman tersebut. Kang kalau tak balas orang kata sombong pula. Lagipun Aurora Samara memang murah dengan senyuman.

“Err tidak. Nama saya Aurora, saya ni PA baru kepada CEO muda syarikat ni.” Aurora menerangkan tujuan sebenarnya dia datang ke pejabat utama tersebut.

“Owh baru saya ingat. Jadi cik Aurora ni PA baru lah ye? Jom cik ikut saya. Tuan sedang tunggu di bilik dia.” Maisarah mempelawa Aurora mengikutinya. Aurora terkejut kecil. Dia tak salah dengar kan?

“Tuan?” soal Aurora mendapatkan kepastian.

“Ye, 'Tuan'. Tuan Besar Rowan.” Aurora kaget. Pelbagai suara bermain di mindanya.

Habislah kau Aurora Bisik hati kecilnya.

Its okay Aurora, you can do it.” Bisik satu suara lain.

Aurora menggagahkan juga kakinya mengikuti  Maisarah. Nafasnya ditarik sebelum dihembus perlahan sambil membututi langkah Maisarah. Langkah tersebut diulang sehinggalah dia berada di hadapan sebuah pintu kaca lutsinar berbingkai kayu berkualiti bercat putih.

Maisarah mengetuk pintu tersebut sebelum memasuki ruangan pejabat dan diikuti oleh Aurora.

“Tuan, the new personal assistant for your son is here.” Maisarah memaklumkan Tuan Besar Rowan tentang kehadiran Aurora.

Aurora berkerut dahinya.

“personal assistant for your son.”

Jadi dia bukan PA kepada lelaki di hadapannya ini, tetapi kepada anaknya.

Tuan Besar Rowan mendekati Aurora. Sebuah senyuman dihadiahkan buat gadis tersebut.
“Awak tahu apa tugas seorang PA?”

MRS DERRICK DENVER💌[on going]Where stories live. Discover now