MDD 6

238 12 2
                                    

|Mrs Derrick Denver|

AURORA menilik penampilannya melalui cermin. Pada malam itu dia mengenakan dress Paras lutut yang berwarna navy blue. Kata mama ada tetamu istimewa yang datang. Touch up terakhir solekan muka dibuat. Rambutnya pula dilepaskan begitu sahaja. Puas hati dengan penampilannya barulah Aurora melangkah keluar.

Datin Angela yang sibuk di meja makan didekati.

"Mama..." Sapa Aurora. Datin Angela menoleh. Lantas senyuman diberikan.

"Hey Aurora."

"Ma, can you tell me who's the special guest?"

"No I can't dear. It's secret. Don't worry you will met them later." Ujar Datin Angela sambil tersenyum penuh makna.

"Hmmm...misteri sangatla. Okay Aurora tunggu." Aurora lantas menuju ke dapur. Buah-buahan yang Ada di atas meja dikupas kulitnya sebelum dibasuh. Buah-buahan tersebut kemudian dipotong Dan diletakkan di dalam mangkuk. Buah-buahan tersebut digunakan sebagai pencuci mulut.

Tina yang menjenguk ke dapur terpandang Aurora yang khusyuk memotong buah. Lantas adiknya itu didekati.

Aurora yang perasan akan kehadiran seseorang di sebelahnya terus menoleh ke tepi.

"Aurora aku curious lah." Tina memulakan bicara. Pisau diambil dan buah mangga dipotong.

"Curious? Curious about what?" Soal Aurora. Usai memotong buah honey dew, giliran buah epal pula dipotong.

"Mama masak banyak sangat lauk. Rasanya mesti tetamu yang datang tu ramai dan sangat-sangat special." Aurora memandang muka kakaknya.

"Itulah Kan. Sehingga mama tak nak beritahu siapa tetamu istimewa tu."

"Takpela Aurora. Eh, jom Kita angkat buah-buah ni ke depan. Aku dah siap potong ni."

"Ha jum." Kesemua bekas yang berisi buah-buahan diangkat Dan dibawa ke depan. Kemudian Aurora dan Tina menuju ke ruang tamu. Abbinya turut berada di situ. Menunggu tetamu istimewa tu kot.

SEBUAH kereta vellfire memasuki perkarangan rumah Dato' Marcel. Dato Marcel terus meluru keluar. Susuk tubuh seorang lelaki yang sasa keluar dari kereta tersebut. Aurora mengerutkan keningnya.

'Tuan Derrick Denver?' Desis hati kecilnya.

"Welcome my old friend!" Dato' Marcel terus memeluk rakan lamanya iaitu Tuan Besar Rowan. Datin Angela pula mempelawa Puan Besar Diana masuk.

Derrick tersenyum ke arah Aurora. Aurora pula terus menjeling lelaki itu.

"Its been a long time Marcel." Kata Tuan Besar Rowan.

"Ya. Jom kita sambung berbual di dalam." Ajak Dato' Marcel.

"Cantik anak kau, Angela." Puji Puan Besar Diana. Aurora yang sedang memaut lengan Angel dipandang sekilas.

"Anak kau pun apa kurangnya. Handsome." Kata Datin Angela pula.

Lalu mereka semua pun masuk ke dalam rumah. Ruang makan dituju. Angel, Tina dan Aurora selaku anak dara membantu Datin Angela dan Puan Besar Diana menghidangkan makanan. Derrick pula sejak tadi memerhatikan Aurora. Aurora yang terasa dirinya diperhatikan terus memandang sekeliling. Pandangannya bertemu dengan Derrick. Dilihatnya lelaki itu tidak lepas memerhatikannya. Pandangan Derrick itu sukar ditafsir. Pandangan yang nampak tenang dan tidak dingin seperti selalu. Merona merah mukanya apabila Derrick masih tidak mengalihkan pandangannya.

MRS DERRICK DENVER💌[on going]Where stories live. Discover now