MDD 4

219 11 5
                                    

|Mrs Derrick Denver|

SEMINGGU telah berlalu dan dalam tempoh seminggu itu juga Aurora menjadi PA kepada Tuan Derrick Denver. Dalam seminggu  Aurora terpaksa menadah telinga mendengar bebelan Tuan Derrick. Disuruhnya Aurora buat itulah buat inilah sehingga pada suatu hari Aurora terpaksa balik lewat.

Nasib lah hari ni dia tidak bekerja. Syarikat Denver's Holdings akan bercuti pada hari sabtu dan ahad. Untung kan? Kesempatan ini Aurora ambil untuk berjogging di taman berdekatan dengan kawasan banglo keluarganya.

Di bahagian tengah Taman tersebut terdapat sebuah tasik dan sering menjadi port untuk berkelah. Pada waktu pagi begini, sudah ramai yang berada di Taman tersebut terutamanya anak-anak muda. Pokok bunga ros berwarna merah ditanam di sekeliling Taman tersebut.

Aurora berjogging di kawasan taman tersebut dengan headphone di kepala. Setelah membuat 5 pusingan larian, dia menuju ke sebuah pohon yang rendang. Punggungnya dilabuhkan di atas sebuah kerusi batu di bawah pohon tersebut. Pandangannya memaku kepada sekawan burung yang sedang hinggap di sebatang pokok.

“Tak sangka saya dapat jumpa 'PA' saya kat sini.” Secara spontan botol air yang dipegang oleh Aurora terjatuh.

Lelaki tersebut lantas mengutip botol miliknya sebelum diserahkan. Aurora menyambut.

“Tuan Derrick buat apa kat sini?” Matanya meneliti setiap lekuk di botol air miliknya. Nasib baik tak calar. Mahal tau dia beli.

“Aik? Salah ke saya nak datang sini? Banyak je orang beriadah kat taman ni.”

Tanpa segan silu Derrick melabuhkan punggungnya di sebelah Aurora. Taklah dekat sangat, ada jarak sikit.

“Saya tak cakap macam tu pun.”

Pandangan Aurora terhala ke arah sekumpulan remaja yang bermain futsal. Dia tak berminat langsung nak pandang muka Boss kerek kat sebelah dia ni.

“Samaraaa...saya datang sini nak jogging lah. Takkan lah saya nak memasak pula.” Ujar Derrick sambil ketawa.

Aurora berfikir sejenak. Dia salah dengar ke? Samara? Mana pernah orang panggil dia dengan nama tu. Tuan Derrick di sebelahnya dipandang senget.

“Kenapa pandang saya macam tu? Tahulah saya ni handsome.” Ceh. Derrick memuji diri sendiri.

Aurora angkat kening dengan mulutnya dilengkungkan sedikit seolah-olah mengejek Derrick.

“Tuan Derrick panggil saya Samara heh? For your information the people around me and out there are used to call me Aurora or Rora. Kenapa Tuan pandai-pandai panggil saya Samara? Hmm??” Aurora menyoal dengan suara tertahan. Bukan marah. Tapi itu memang gaya dia.

Derrick tersenyum. Aurora cair melihat senyuman Derrick.
Wow! I'm so proud when you said that. You know why? Cause I know that I'm the first guy called you 'Samara'.

Derrick merenung wajah Aurora. Dia nak menguji sejauh mana keberanian Aurora. Dia tersenyum kemenangan tanpa diketahui Aurora apabila gadis itu tidak berani bertentangan mata dengannya.

Up to you. Saya tak puas hati dengan Tuan. On the first day pun Tuan saja je nak susahkan saya. Tuan suruh saya buat macam-macam kerja.” Aurora menghamburkan segala rasa yang dipendam di hadapan Derrick.

MRS DERRICK DENVER💌[on going]Where stories live. Discover now