MDD 5

211 9 0
                                    

|Mrs Derrick Denver|

AURORA melangkah ke dalam bangunan Denver's Holdings terkocoh-kocoh dengan Heels nya yang belum disarung. Orang ramai yang melihat hairan melihat Aurora malah ada juga yang ketawa. Hati Aurora menyumpah seranah, dapat dilihat mukanya kemerahan menahan malu dan marah dalam masa yang sama. Ini semua gara-gara sebuah jam loceng miliknya yang tiba-tiba rosak dan tidak berfungsi menyebabkan dia bangun lewat.

Pintu lif yang sudah mahu tertutup rapat ditahan, mujurlah dia sempat memasukinya. Aurora menghela nafas lega. Tanpa mempedulikan orang di sebelahnya heels nya disarungkan ke kaki. Hari itu dia mengenakan skirt berwarna merah terang dan kemeja putih. Sangat kasual dan feminin.

"Lambat bangun ke?" Perli satu suara. Secara drastik pandangannya dilemparkan ke tepi, kepada Tuan empunya suara. 'Tuan Derrick?'

"Hmmm...." Aurora melemparkan pandangannya ke depan semula. Jam di pergelangan tangannya ditilik.

"You come in right time. If you late just now, I'll cut your salary." Ujar Derrick selamba. Aurora mencebikkan bibirnya.

"Its up to you lah Tuan. I don't care." Balas Aurora yakin. 'Angkuhnya'. Desis hati kecil Derrick. Gadis di sebelahnya itu dipandang kejap.

"Oh really? We will see it after this."

Aurora tersenyum sinis.

"Jadi. Kalau you datang lambat lagi dari Hari ni, I akan potong gaji you terus." Ujar Derrick. Kali ini nadanya lebih serius daripada yang tadi. Entah kenapa sejak Hari pertama dia bertemu Aurora, dia suka sangat membuli gadis itu. Disuruhnya Aurora buat itulah, buat inilah dan paling tak masuk akal mengemas meja kerjanya.

'what the hell!' Bisik hati Aurora.

Wajah yang sempurna sifatnya itu tetapi perangai tak sempurna sifat dipandang lama oleh Aurora. Sebetulnya dijeling. Derrick turut membalas jelingan tatapan Aurora itu. Bunyi guruh berdentum seolah-olah mereka berdua berlawan mata.

TING!

Pintu lift terbuka. Pekerja lain yang hendak masuk ke dalam lift termangu sebentar melihat CEO muda mereka yang berlawan mata dengan PAnya.Ada yang menggaru kepala dan ada juga yang berbisik sesama sendiri.

Derrick mengalihkan pandangan apabila melihat pintu lift yang terbuka luas. Para pekerja yang menunggu di dalam lift dipandang tajam.

"Dah kenapa tak masuk?! Semua buat kerja masing-masing!" Arah Derrick dingin tetapi tegas. Mereka semua bergegas masuk ke dalam lift. Dia pula memasuki officenya diikuti oleh Aurora.

"Aurora, lepas ni you masuk bilik I. Bawa sekali schedule I." Arah Derrick sambil berjalan ke depan. Blazernya ditanggalkan Seraya disangkut ke tangan kirinya. Tangan kanan pula menjinjing briefcase.

Aurora di belakang sempat menjegilkan mata ke arah Tuan Derrick Denver.
Tugasnya sekarang semakin bertambah. Memandangkan jawatan Secretary kepada Derrick juga dipegang olehnya.

Derrick menghentikan langkah drastik apabila Aurora tidak menyahutnya. Nak membuntang mata Aurora, mujurlah hidung mancungnya tidak berlaga dengan belakang lelaki itu memandangkan dia busy melihat schedule Derrick di dalam tab. Derrick berpusing ke belakang.

"Did you hear what I say just now Aurora Samara?" Derrick menyoal. Muka ketatnya ditayangkan. 'Ha sudah, singa muncul pula'. Kutuk Aurora di dalam hati.

MRS DERRICK DENVER💌[on going]Where stories live. Discover now