MDD 2

229 11 0
                                    

|Mrs Derrick Denver|

“Jadi bila Derrick nak masuk pejabat?” Tuan Besar Rowan menyoal anak terunanya yang seorang itu sambil matanya tidak lekang daripada suratkhabar. Entah apa yang menarik dalam suratkhabar tu.

As soon as possible dad. Lagipun Derrick dah lama sangat tinggalkan office Derrick tu.” Derrick membelek telefon pintarnya. Mana tahu member dia call. Richard yang sedang bermain PUBG tu terus menoleh ke arah Derrick.

Seriously bro? Kau nak masuk secepat mungkin?” Soal Richard seakan tidak percaya.

“Betullah. Kenapa?” Soalan berbalas soalan. Tepuk dahi jap.

Thank you god! Thank you god! Kau tahu tak selama kau tak ada ni, pening kepala aku dan abang Rylan nak uruskan syarikat yang nenda amanahkan tu.” Richard memberikan man hug kepada Derrick. Nak sesak nafas Derrick dibuatnya. Bahu abang keduanya itu dipukul kuat.

“Dah tepi. Kau ni gay arrr..” Perli Derrick.

“Kurang ajar punya adik.” Richard terus mencebik sebelum menyambung bermain PUBG semula.

“Jangan nak mengada lah Richard. Yang penat lelah tu aku bukan kau.” Sampuk Rylan. Dia baru sahaja balik daripada majlis perkahwinan anak kawan Tuan Besar Rowan.

Derrick sudah mengekeh ketawa.
“Alaa...bang kau ni tak sporting lah.” Kata Richard. Rylan juga turut ketawa seperti Derrick.

Richard ni perangai dia agak gila-gila sedikit dan sengal. Rylann pula suka bergurau tetapi dalam gurauan tu tetap terselit sifat tegasnya sebagai seorang anak sulung. Derrick pula sejak dia insaf dia amat dingin kecuali dengan keluarganya.

“Kalau macam tu, lebih baik Derrick masuk kerja esok.” Arah Tuan Besar Rowan. Surat khabar yang sudah habis ditelaah dilipat lalu diletakkan di atas meja.

Puan Besar Diana muncul dari arah dapur membawakan sedulang teko teh dan sepinggan keropok lekor.

“Wuishh mom sedapnya bau.” Tangan Rylan menjalar hendak mencapai keropok lekor tersebut namun pantas ditepis oleh Puan Besar Diana.

“Pergi basuh tangan dulu. Mommy tahu Rylan baru balik dari majlis tu kan?” Puan Besar Diana menuding jari ke arah Rylan. Rylan menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih. Lalu dia menuju ke dapur dan mencuci tangannya.

“Tak silap mommy, PA Derrick dah bertukar.” Kata Puan Besar Diana memandang wajah suaminya. Suaminya tersenyum penuh makna. Dan senyuman itu dilihat oleh Rylan.

Is that true dad?” Soal Rayyan yang baru tiba dari dapur. Sempat dihidunya pewangi yang masih melekat harumannya di kedua tangannya.

“Ye betul. Semalam sesi temuduga diadakan. Dan esok dia akan mula bekerja.” Ujar Tuan Besar Rowan.

“Mana pergi PA Derrick yang dulu?” Setelah agak lama berdiam barulah Derrick bersuara.

“Dia ikut aku. Sebab masatu kau masih kat Jepun.” Sampuk si Richard. Keropok lekor diambil lalu dikunyah.

“Kenapa dad tak ambil PA tu untuk Richard. Sebab PA Richard tu kan PA lama Derrick.” Soal Derrick lagi. Tuan Besar Rowan terdiam, macam mana dia nak jawab.

“Derrick bukan ke PA kau dulu tu seksi nak mampus. Nanti perangai lama kau datang balik pula.” Rylann menjawab bagi pihak Daddynya. Tuan Besar Rowan menarik nafas lega.

MRS DERRICK DENVER💌[on going]Where stories live. Discover now