BAB 2

531 24 6
                                    

Hari ini Kei WIng hanya menyinggah anak syarikatnya untuk menyusun jadual dan menghadiri meeting mingguan, kali ini di syarikat guamannya sendiri. Kei Wing melangkah masuk, dia melihat satu susuk tubuh tengah mencekak bagai menahan pinggang dari tercabut. 

"ambooiiiii.... aku masuk je, muka kau dah stress eh mak buyong ni?" ujar Kei Wing bercanda tatkala melihat Julia sedang berdiri tegak sambil membelek belek fail di atas meja keraninya.

"datooooo!! lama tak datang office" canda Julia, kali ini giliran dia menyakat lelaki bermata sepet ini. 

Semua staff melihat ke muka pintu, terlihat kelibat Kei Wing berdiri.

Kei Wing terasa segan di sakat begini "diam la Julia, u ni memang la, nanti diorang ingat I dah dapat pangkat dato la" ujar Kei Wing

Julia merangkul lengan Kei Wing dan mereka berdua menuju ke bilik Kei Wing, semua staff melihat dan menguntumkan sebuah senyuman, Kei Wing hanya membalas dengan senyuman yang manis pada pagi ini. 

Julia merupakan ibu tunggal selepas suaminya meninggal dunia akibat covid 19 selepas pandemik pada 8 bulan lepas. Selepas suaminya meninggal, baru dia tahu, dia mengandung berusia 1 minggu. Julia ada 2 orang anak, sulung adalah anak lelaki berusia 15 tahun, anak sulung merupakan anak luar nikah dengan lelaki lain. kedua, anak yang dikandungnya sekarang tapi Allah sayang akan bapanya. Julia juga merupakan partner perniagaan dalam guaman ini. Julia orang pertama yang bekerja dengannya tanpa ada apa-apa sehingga dia berkahwin dengan arwah suaminya. Kasihan tapi ini lah namanya kehidupan, hidup harus diteruskan. Julia mempunyai keluarga dia Sungai Putat, Melaka tapi disebabkan dia melahirkan anak luar nikah, dia di buang oleh keluarga. Mengikut cerita Julia, dia masih kasi duit untuk mak ayahnya dan mereka masih hidup di kampung dengan adik beradiknya yang lain. Dia pernah bawa anak sulungnya berjumpa dengan keluarga, tapi hakikatnya mak ayah Julia masih tak boleh menerima cucu luar nikahnya. 

Kei Wing masuk ke dalam pejabat dan mengambil tempat di sofa di tengah tengah ruang pejabatnya. Julia menutup pintu dan duduk di depan Kei Wing dengan skirt pendeknya. Mengandung tapi kene ada gaya. 

"u dah sarat mengandung ni, bawak bawak la pakai baju kelawar ke, dress ke" tegur Kei Wing, takut melihatnya

"hahahhaa ala nok, I ni partner business you, nak jumpa client kene ada gaya, kalau tak, client tak nak tengok mak, takpe minggu depan due, nanti mak pakai maxi dress pergi kerja" terang Julia

"hahahahhaha rasa cepat je weyh nak due date" tawa Kei Wing "mak hayam ni memang tau, dah sarat sarat pun nak kerja lagi"

Julia membisu seketika bagai memikirkan sesuatu

"eh asal u? I know there is something in your head, tell me. what is it?" ujar Kei Wing, dia melihat Julia tiba tiba diam seribu bahasa

"Kei Wing, aku nak mintak pertolongan dari kau boleh? as kawan dan sahabat kita selama ni, kali ni je aku nak mintak tolong" rayu Julia

Ayat 'aku kau' mula terpacul dari mulut Julia, ini menandakan dia sedang serius, Kei Wing pernah kene marah dengan mak buyong ni bila ayat 'aku kau' terkeluar, disemburnya 2 hari 2 malam akibat tak serius. 

"what's up Julia? tolong apa? kau buat aku gabra la" soal Kei Wing yang kini membetulkan posisi tulang belakangnya dan fokus kepada apa yang Julia ingin katakan

"aku ada buat satu surat wasiat" Julia berkata, tetapi dia tahu Kei Wing akan memangkah kata katanya terlebih dahulu

"wait, whut?" Kei Wing agak terkejut, kenapa tiba-tiba nak buat surat wasiat

"sabar, bagi aku habiskan cerita aku dan niat aku dulu beb" ujar Julia, kini Kei Wing diam membisu, dia akan lebih peka mendengar "kei Wing, aku buat surat wasiat ni bertujuan kalau terjadi apa apa dekat aku, wasiat aku buat ni untuk pelihara anak-anak aku dari apa apa masalah yang bakal berlaku, aku tak nak anak anak aku hidup susah, aku nak mintak tolong kau uruskan anak anak aku dan harta aku, pada umur 18, kau serahkan semua harta kat anak aku dan jaga anak anak aku macam anak kau Kei Wing, aku merayu" tubir mata Julia terlihat bergenang dengan air mata

LELAKI BERLOCENG RAYA EDITION (COMPLETED)Where stories live. Discover now