BAB 6

369 30 4
                                    

POV YAZID

Hari persekolahan Yazid bermula pada hari ini, selepas 1 minggu bercuti selepas kematian arwah Julia. Kebiasaannya pagi begini mamanya yang siapkan untuk pergi ke sekolah dari baju sehingga lah menghantarnya ke sekolah.

Usai mandi, dia melihat bilik bujangnya yang baru, luas mengalahkan biliknya sebelum ini. Semuanya berubah sekelip mata. Dia tak tahu apa akan jadi terhadap hidupnya yang akan datang, adakah pahit atau manis? 'aku hanya berserah kepadaMu Ya Allah' bisik hatinya

Kini dia memandang almari pakaian, dan isinya tiada baju uniform sekolah, 'pelik, mana pulak baju sekolah ni? semalam amek dari rumah lama, aku dah terus gantung dalam ni, pagi ni tak ada kenapa pulak?' ngomelnya pagi pagi tatkala melihat baju sekolahnya tiada dalam almari

'tie aku pun tak ada, seluar sekolah pun tak ada ni, kejap, aku amek ke tidak sebenarnya? adakah aku berhalusinasi? ada hantu ke kat rumah ni yang sorokkkan baju sekolah aku, baju lain tak nak disoroknya, baju sekolah aku pulak dia amek' kali ni dia buntu nak buat apa, nak panggil uncle? tak nak kacau pagi pagi begini

tiba-tiba..... daun pintu biliknya di ketuk

"assalamualaikum, Yazid? Yazid dah bangun ke belum?" kedengaran suara Kei Wing dari luar bilik

"waalaikumusalam" balas Yazid sambil membuka daun pintu bilik

"aik, ni bertuala ni, dah mandi ke belum ni?" soal Kei Wing sambil menghulurkan baju sekolah yang sudah siap di seterika

"dah, ni kepala Yazid masih basah lagi ni, cuba pegang, kenapa uncle amek baju sekolah Yazid, patut la Yazid cari dalam almari tadi tak ada" ujar Yazid

"haha sorry, tadi papa amek baju awak time awak tengah solat kat surau, papa ironkan baju awak ni, kedut sangat" balas Kei Wing

"ouhhhh terima kasih uncle" ucap Kei Wing 

"sama sama, dah cepat siap, nanti turun bawah, kita boleh sarapan sama sama, daddy pun tengah siap kat bilik tu, nanti papa hantar awak pergi sekolah" arah Kei Wing dengan muka yang manis sekali

"okay uncle, Yazid siap dulu" balas Yazid

Kei Wing lalu pergi dari muka pintu biliknya dan turun ke bawah

Dia pantas menutup daun pintu bilik, 'ya Allah baiknya uncle, sanggup dia ironkan baju aku?' bisik hatinya. 

____________________

Usai sarapan

"Yazid, Yazid nak naik dengan siapa nak pergi sekolah hari ni?" soal Hariz

"Yazid naik public transport jela uncle, Yazid tak nak susahkan sesiapa" balas Yazid

"No, jawapan tak menepati skema, I ask you again, Yazid nak naik dengan daddy or papa?" Hariz mula nak buat muka tegas pagi pagi begini

"okay, uncle Kei Wing" balas Yazid pendek tapi macam ketakutan

"okay good boy, nanti balik daddy amek awak pulak" ujar Hariz "by the way, Yazid balik pukul berapa?" soal Hariz inginkan kepastian

"1.30" balas Yazid pendek lagi

"okay, salam daddy, daddy nak pergi kerja, take care of your papa, be nice with him" ujar Hariz tegas

"jangan la garang sangat pagi pagi ni, bie ni kenapa?" bisik Kei Wing yang jalan berdua duaan ke hadapan tetapi masih boleh di dengari oleh Yazid

"eh mana ada garang, garang ke? tegas je, kata I am a daddy" balas Hariz yang masuk ke dalam perut kereta

"hahahaha tahik la dia ni" canda Kei Wing

LELAKI BERLOCENG RAYA EDITION (COMPLETED)Where stories live. Discover now