BAB 11

354 20 5
                                    

Seseorang sedang merencana sesuatu dari dalam bilik hotel. Selepas dia keluar dari penjara selama 15 tahun, kini dia bebas, tetapi orang yang sepatutnya melangsaikan hutang telah pun tiada. 

'kalau dia tak ada, anak dia ada, anak dia anak aku jugak, apa ada hal? janji aku dapat duit aku, sementara nak tunggu dia besar tu, jadikan lah dia anak ayam aku' satu suara bermain difikiran, berlegai legai idea di kepala, satu persatu rencana di susun rapi, suapaya tak di ketahui. 

____________________

Usai Yazid membaca Diari arwah Julia, dia bingkas bangun dari katil dan menuju ke bilik bacaan untuk membuka laptop, hendak mencari maklumat tentang lelaki yang di perkatakan tunang arwah mamanya. Di sebabkan jantan tu dah terlanjur dan hendak memperdagangkan Julia sebagai pelacur di ibu kota Kuala Lumpur, dia lari dari lelaki tersebut dan pulang ke kampung tatpi diketahui oleh mak ayahnya, maka di halau dari keluarga. Terpaksa arwah Julia membesarkan anak yang di kandung tersebut, maka lahirlah insan bergelar Yazid Mukhriz bin Abdullah. 

Walaupun tak ber 'bin' kan nama ayah kandungnya, tetapi ayahnya masih hidup. Julia cuba mencari balik lelaki yang membuntingkannya tapi sayangnya, tiada berita. DIa juga ingin mencari di kampung, kerana lelaki tersebut di kenankan oleh kedua ibu bapanya juga suatu ketika dahulu, bila terkenang dia dah di buang keluarga, dia membatalkan niat untuk meminta bantuan dari keluarganya. 

Tengah ralit Yazid mencari maklumat di facebook tiba tiba terbuka lampu di bilik bacaan

"Yazid?" sapa Kei Wing

"papa" sahut Yazid

"Yazid tak tidur lagi ke? atau Yazid baru bangun?" soal Kei Wing lalu masuk ke dalam bilik bacaan "next time nak guna laptop, bukak lampu, nanti sakit mata, boleh rabun kang" nasihat Kei Wing

"hehehe sorry papa, Yazid nak cepat, terlupa nak buka lampu, Yazid tak boleh tidur" terang Yazid

"Yazid buat apa? nak papa tolong? Yazid okay ke ni sayang?" soal Kei Wing

"Yazid okay pa, Yazid dah habis baca jurnal mama, ayah Yazid masih hidup, sebab tu Yazid bukak facebook nak cari dia dekat facebook, cari nama dia dekat sini, banyak sangat nama 'Halim' ni" balas Yazid

"ouhhhh sebab tu ke?" soal Kei WIng ingin tahu "Halim bin apa?" soalnya lagi

"Halim bin Ahmad" balas Yazid

"ouhhh nama yang ada dalam jurnal tu" ujar Kei Wing

"ha ah, papa tau ke benda ni?" soal Yazid

"mulanya papa tak tau, papa tau selepas papa jumpa jurnal mama kamu, papa kemas barang arwah mama, dan papa jumpa, dan....." belum sempat Kei WIng menghabiskan kata-katanya

"dan papa baca jurnal mama?" soal Yazid

"papa mintak maaf, sepatutnya papa minta izin dari Yazid dahulu sebelum baca sebab Yazid yang berhak membacanya dulu" ucap Kei WIng

"huurrmmm tak apa la papa, papa pun dah baca, apa boleh buat lagi" ujar Yazid

"Yazid marahkan papa ke?" soal Kei WIng memandang tepat kearah Yazid

"tak papa, Yazid tak ada hak nak marah papa" balas Yazid sambil melemparkan senyuman manis buat lelaki separa cina ini "apa yang papa tahu pasal ayah Yazid?" soalnya 

"papa tak tau sangat, yang papa tau sekarang papa kene masak untuk sahur" ujar Kei Wing lalu bingkas bangun untuk ke dapur, dia berhenti di muka pintu dan memandang kearah Yazid

"huuurrrmmmm" Yazid merengek 😩

"nanti kita cari sama sama ya?" pujuk Kei Wing

"yelah" akur Yazid

LELAKI BERLOCENG RAYA EDITION (COMPLETED)Where stories live. Discover now