BAB 18

581 30 34
                                    

Takbir raya sedang berkumandang di stesen Radio, menandakan telah habis bulan Ramadhan, kini Syawal menjelma. 

Di dalam kereta mereka bertiga, Kei WIng, Hariz dan Yazid ikut bersama mengalunkan takbir raya yang merdu, tanda mereka menang selepas sebulan berpuasa. Pada malam raya ini, mereka bertiga harus pergi ke Melaka untuk menziarah atuk dan nenek Yazid dan memberitahu akan kematian arwah Julia

sampai sahaja di halaman rumah atuk dan nenek Yazid, sekeliling rumah di hiasi dengan pelita dan lampu kelip kelip. Ada beberapa buah kereta yang parkir di dalam halaman rumah. 

"assalamualaikummmm" Yazid terlebih dahulu keluar dari perut kereta dan memberi salam

Kei WIng dan Hariz hanya berdiri di belakang Yazid jika berlaku apa apa

"waalaikumusalam" seorang perempuan keluar dari dalam rumah untuk melihat siapa yang datang pada malam ini

"nenek dengan atuk ada?" soal Yazid

"kau ni siapa?" soal gadis tersebut

"saya Yazid" balas Yazid

"siapa tu Intan?" soal wanita tua datang dari arah belakangnya dan melihat tetamu yang datang

"entah nek, dia kata dia Yazid" ujar Intan

"ouhhh anak makcik Julia kau la" ujar nenek Yazid atau di kenali sebagai Nek Timah

"kau tak penat penat ke datang sini ha?! kau nak suruh aku halau kau berapa banyak kali ni?" soal Nek timah yang mukanya bertukar bengis

Kei Wing kesat menelan air liur, pertama kali jumpa dengan mak arwah Julia

"nek?" Yazid menuju kearah wanita separuh abad itu untuk menyalam

"tak payah! kau tu anak haram! kotor pulak tangan aku nanti!" tempik Nek Timah "aku dah tak ada apa apa pertalian darah dengan korang, ni, budak berdua tercegat kat belakang ni siapa pulak?" soal Nek Timah

"saya penjaga Yazid, saya Kei Wing dan ini Hariz, kami kawan arwah Julia, kami datang nak bagitahu..." ujar Kei Wing sambil memperkenalkan diri dan memberitahu akan kematian Julia tapi Yazid yang memotong ayatnya

"mama dah tak ada nek, mama dah meninggal dunia sebulan yang lalu, ampunkan segala dosa dia terhadap nenek, halalkan makan dan minum serta susu nenek terhadap dia" ujar Yazid sambil menahan sebak, matanya sudah berkaca

Nek Timah terdiam sejenak, matanya turut berkaca bila terdengar akan kematian anak perempuannya

"kamu balik lah, nenek tak nak tengok muka kamu lagi, pergi la balik" ujar Nek Timah yang berjalan perahan masuk ke dalam rumah

"sebelum tu, makcik, ni wasiat oleh arwah Julia, bila acik dah sedia nanti call saya, saya peguam bagi pihak arwah Julia" Kei Wing meletakkan sampul yang mempunyai helaian wasiat dari arwah Julia

"nenek, takkan nenek taknak terima Yazid lagi nek? kawan kawan Yazid ada nenek yang diorang sayang, tapi nenek Yazid benci Yazid, kenapa? Yazid tak mintak untuk lahir ke dunia tanpa ayah, Yazid dah jumpa ayah kandung Yazid sendiri, nenek yang salah dalam hal ni, sebab nenek bagi kepercayaan terhadap ayah" kini semua yang terbuku di dalam hati Yazid terlepas juga

"Yazid, sudah bawak mengucap, tahan amarah tu, itu nenek Yazid" pujuk Hariz cuba menenangkan Yazid

"tak daddy, Yazid dah lama pendam, selama 10 tahun nenek dengan atuk buang mama, buang Yazid, nenek masih sama je lagi" ujar Yazid

Nek Timah berdiri kaku sebelum masuk ke dalam rumah

"dah Yazid, jom kita balik, kita berdoa je lagi supaya hati nenek lembut ya" pujuk Kei WIng sambil memeluk anak bujangnya itu

LELAKI BERLOCENG RAYA EDITION (COMPLETED)Where stories live. Discover now