BAB 3

440 23 4
                                    

Hari kenduri rumah Tengku Putra sedang berlangsung, ramai kenalannya di jemput, tidak lupa juga kepada ahli surau taman perumahan dan dua buah sekolah tahfiz untuk sama sama mengumpul pahala dan mengimarakkan majlis kenduri kesyukuran dan tahlil pada malam ini. Usai bacaan Yasin, masing masing menadah tangan untuk memanjat kesyukuran, meminta hajat dan doakan kesejahteraan untuk semua yang datang bertandang. 

"Assalamualaikum wbt.." Tengku Putra bangun, para tetamu memandang langsung ke arahnya "Saya selaku tuan rumah ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara saudari sekalian kerana mengimarahkan majlis pada malam ini, maafkan saya jika berlaku kekhilafan dari pihak saya, yang baik itu sesungguhnya datang dari Allah SWT. Jadi selesai majlis tahlil dan kesyukuran malam ini, saya ingin menjemput saudara saudari sekalian untuk menjamu selera di khemah di sediakan di luar, untuk kaum ibu dan para wanita jika nak amek lauk dan makan di dalam ruang tamu ni pun di persilakan, tiada halangan. Jadi, silakan tuan tuan dan puan puan" Ucap Tengku Putra seusai majlis bacaan yasin, tahlil dan kesyukuran selesai. 

tetamu semua berpusu-pusu keluar untuk menjamu selera

"Assalamualaikummm.." satu suara memberi salam dari luar rumah bersama anak bujangnya. 

"waalaikumusalam.." sambut Tengku Putra lembut sambil melihat empunya suara

"uncle" ucap Julia sambil menunduk tanda hormat kepada keturunan diraja

"Julia?" tegur Kei Wing "akhirnya, datang jugakkkkk" Kei Wing jadi teruja akan ketibaan Julia

"eh, kenapa tunduk?" soal Tengku Putra

"Ha ah, asal kau tunduk, papa aku bukan yang di pertuan agong la" ujar Hariz mencelah dari belakang Tengku Putra

"eh yeke? tapi still kerabat diraja kan?" soal Julia menunduk malu

"tak, takpe, tak payah nak tunduk ya, sape ni, Julia kan? Wing, bawak masuk tetamu kita" arah Tengku Putra, tiba tiba, anak Julia, Yazid menyalam lembut tangannya "ini anak kamu ke?"

"ya uncle, Yazid Mukhriz namanya" balas Julia sambil terseyum

"ouhhh sedap nama anak bujang sorang ni, ni awak jadi abang long la lepas ni, awak nak dapat adik baru ni" sakat Tengku Putra "berapa umur awak ni?" soalnya

"15 uncle" suara Yazid garau membuatkan tak sama dengan mukanya yang comel dan babyface

"ouhhh sama dengan anak uncle yang last la, si Iman" ujar Tengku Putra "dah pergi masuk makan ya" pelawanya

Kei Wing dan Hariz membawa tetamu iaitu Julia ke khemas untuk menyenduk lauk.

"Wing, aku nak cakap dengan kau sikit" Julia menarik lengan Kei WIng ke tepi, mereka berdua membiarkan Hariz melayan si Yazid sambil melihat juadah yang tersedia ada

"ada apa weyh? kau okay tak ni?" soal Kei WIng kerisauan melihat permintaan Julia

"aku okay la nok, aku nak ucapkan terima kasih banyak banyak sebab kau sudi..." ucapan Julia di potong terus oleh lelaki separa cina dihadapannya ini.

"ouhhh dah, no need to say thanks, apa guna kawan kalau tak tolong kawan, aku doakan kau baik baik je Julia, kau jangan risau yang lain, aku janji means aku janji, dah la kau jangan fikir benda lain, aku nak baby kau sihat dan kau pun sihat, biasa la pembawaan budak ni, tu yang kau fikir macam macam tu" ujar Kei Wing panjang lebar

"yelah, mungkin betul cakap kau" akur Julia sambil tersenyum

"dah, jom la makan nyah, aku lapar ni tunggu kau dari tadi" pelawa Kei Wing

"hahahha okay jom, aku ada macam bau daging salai masak lemak cili api" teka Julia sambil menuju ke meja juadah, Hariz dan Yazid sudah ke ruang makan

"eh hebat sial hidung kau, betul dowh" terkejut Kei Wing, tekaan Julia tepat sekali, bagaimana, Julia yang tak tengok lagi juadah tapi dia tahu ada menu masak lemak cili api daging salai. 

LELAKI BERLOCENG RAYA EDITION (COMPLETED)Where stories live. Discover now