BAB 4

386 37 11
                                    

Bilik Kei Wing dan Hariz menyinari mentari pagi, mereka tidur kembali seusai solat fardu subuh tadi. Hariz celik mata, melihat Kei Wing hanya berlenggang dengan tuala yang lilit di pinggang. 

"amboi seksinya pagi pagi ni, nak goda Hariz ke?" soal Hariz bila celik mata melihat kekasihnya dalam keadaan separa basah

"hahaha tak la, sayang baru habis mandi ni, bie pergi mandi, sayang nak tengok Yazid kat bilik dia" arah Kei Wing sambil menyarung baju tak ada lengan dan sweatpants, nampak bicep yang berketul ketul, mengalahkan Hariz punya. 

"kejap bie mandi" lantas Hariz bingkas bangun dari katil menuju ke bilik mandi

"nanti bie turun bawah ya, kita sarapan sama sama" laung suara Kei Wing dari luar bilik mandi

"yaaaa okay sayang" sahut Hariz

Kei Wing keluar dari bilik dan menuju kearah bilik Yazid di tingkat atas sekali iaitu di tingkat 3, tingkat 3 merupakan tingkat paling atas dan bilik khas untuk tetamu. 

Daun pintu di ketuk beberapa kali sebelum Kei Wing menerjah ke dalam. 

"Yazid? jom sarapan dekat bawah?" pelawa Kei Wing yang mata meliar melihat sekeliling bilik. Tiada susuk tubuh Yazid pun dalam bilik tersebut, dia menuju ke bilik air, bilik mandinya kosong dan lantai masih kering, bermaksud bilik air tak digunakan lagi. Katil juga bersih dan kemas seolah olah tidak di injak lagi. 

Hati Kei Wing menjadi tidak senang. Dia menuju pula kebawah di ruang tamu, di ruang makan, di dapur, "mak yam, mak yam ada nampak budak Yazid tak?" soal Kei Wing bila terlihat Mak Yam iaitu pembantu dapur dan rumah Tengku Putra. 

"tak ada pulak, Mak ingatkan dia kat bilik lagi, awal pagi Mak tak nampak dia turun" ujar wanita lebih separuh abad itu "nak check kat bilik dia betul betul?" soalnya pula

"dah Mak Yam, dah tengok kat bilik, tadi Wing turun dah tengok kat ruang tamu, risau la Mak Yam" ujar Kei Wing sambil memandang sekitar dapur dan luar dapur

"apa yang kecoh kecoh ni?" soal Tengku Putra yang muncul dari belakang mereka berdua

"tak papa, Yazid tak ada dalam bilik, Wing dah tengok kat ruang tamu, bilik dia pun tak ada" ujar Kei Wing yang agak cemas

"dah tengok kat dalam bilik Iman? cuba tengok, papa pergi tengok kat luar rumah ni" arah Tengku Putra

Kei WIng akur, lantas dia menuju kearah bilik tidur Tengku Iman, dia kuak pintu bilik Iman, dia melihat Iman masih tidur terkangkang tak sedarkan diri. Tiada susuk Yazid di kesan.

Kei Wing berlari keluar rumah untuk mendapatkan Tengku Putra 

"ada pa kat luar?" soal Kei Wing

"tak ada" Tengku Putra hanya menggeleng 

Kei WIn berlari menuju ke bilik tidurnya, melihat Hariz baru sahaja memakai baju dan seluar seakan dengannya. 

"kenapa sayang? tercungap cungap naik tangga asal?" soal Hariz

Kei WIng mengambil nafas, dia tercungap cungap mendaki tangga "Yazid hilang" ujar Kei WIng dengan satu nafas

"ha?!" mampos

"I cari dekat bilik dia, dekat ruang tamu, dekat dalam bilik Iman, papa tengok dekat luar rumah, pun dia tak ada" terang Kei Wing

"kat dapur dah tengok?" soal Hariz lalu dia membuka skrin telefonnya

"dah cari, dia tak ada juga, sayang risau ni, mana dia dah pergi, habis lahhhhh" balas Kei WIng sambil duduk di tepi katil "bie buat apa? orang tengah risau ni"

"CCTV" balas Hariz pendek, mata tertumpu pada skrin

"ouhhh ha ah la, rumah ni ada CCTV, sayang lupa la" ujar Kei Wing

LELAKI BERLOCENG RAYA EDITION (COMPLETED)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن