BAB 17

366 20 3
                                    

Yazid duduk di bangku, pemandanganya kini adalah semua taman dengan langit yang terbentang luas, terasa lapang dada. Tiba-tiba datang wanita berkebaya dan berselendang serba putih mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"mama?" soal Yazid menoleh kearah wanita tersebut

"Yazid anak mama, dah besar anak mama ni, seronok duduk dengan papa dan daddy?" soal Julia

"seronok mama, walaupun mama tak ada di sisi Yazid, Yazid bersyukur ada daddy dan papa, diorang jaga Yazid sama macam mama jaga, tak kurang tak lebih" terang Yazid

"alhamdulillah" ujar Julia sambil melemparkan senyuman yang manis buat anak bujangnya ini

"mama, Yazid rindu mama" Yazid melabuhkan kepalanya dia riba Julia 

"mama pun rindu dengan anak bujang mama ni, walaupun mama jauh, tak ada disisi Yazid, tapi ingat la Yazid, mama sentiasa ada di dalam hati Yazid, you are my only son" ujar Julia

"tapi Yazid ada adik kan mama? mama pergi dengan dia tapi tak bawak Yazid pergi sekali, tak adil lah mama" ujar Yazid yang masih baring di pangkuan ibunya

"ada, adik kamu sedang bermain dengan kawan kawan dia" terang Julia "Yazid kene tabah, Yazid kene jadi orang yang berguna untuk masyarakat suatu hari nanti" ujar Julia

"eh mama datang dalam mimpi Yazid ni bukan untuk bawak Yazid sekali ke?" soal Yazid

"Yazid yang masih hidup, kene teruskan hidup, maju ke hadapan, berpantang maut sebelum ajal, belum tiba kita di jemput Ilahi, taatlah pada perintah Allah sayang, solat jangan tinggal tau" pesan Julia

"baik ma" balas Yazid

Tiba-tiba langit dari tadi cerah bertukar gelap bagai hendak hujan, kilat sambar menyambar, dada Yazid makiin berombak, perasaan tenang bertukar cemas, mamanya hilang entah kemana. "mama? mana mama pergi?" tiada sahutan dari Julia "papa, daddy.!!!!" laung Yazid meminta tolong

"YAZID!!"

"YAZID!!"

"YAZIDD!!"

satu suara yang bergema dari luar mimpinya, suara yang sangat di kenalinya

Yazid tersedar dari mimpi indah dan ngerinya, dadanya dari berombak mula tenang sedikit bila terlihat Kei Wing dan Hariz di hadapan matanya. Syukur ya Allah!

"Astaghfirullah hal azim.... Yazid? Yazid mimpi buruk ke sayang?" soal Kei WIng, dia memeluk anak bujangnya itu dan menggosok belakang badan untuk menenangkan jiwa yang kalut

"Yazid mimpi buruk pa"ujar Yazid, Hariz juga turut memeluk anak bujangnya

"dah dah, Yazid selamat, semua selamat, syukur alhamdulillah, Yazid rehat dulu" arah Hariz

"Yazid dekat mana ni? hospital ke?" soal Yazid

"ya Yazid, sayang dekat hospital, Yazid rehat dulu, nanti daddy panggilkan nurse suruh buat check up" ujar Hariz sambil mengusap rambut halus Yazid 

"daddy? papa? macam mana dengan Razak? bagitahu bahawa dia selamat kan?" jiwa Yazid sedikit tenang tadi kembali gusar

Kei Wing dan Hariz berpandangan sesama sendiri, ada benda tak baik terjadi tetapi harus di beritahu

"pa? daddy? kenapa ni? Razak selamat kan?" soal Yazid, air mata bertakung

Mereka berdua diam membisu bagaikan tak mahu berkata apa yang boleh membuatkan jiwa Yazid runtuh

______________

"jalan slow slow la sayang, kaki awak tu tak elok lagi" arah Hariz

Kei Wing hanya melihat dari belakang mereka berdua, 'ya Allah, terima kasih kerana kau memberikan aku peluang untuk bahagia bersama dengan orang yang aku sayang' dia memanjatkan kesyukuran pada Ilahi

LELAKI BERLOCENG RAYA EDITION (COMPLETED)Where stories live. Discover now