BAB 15

313 21 4
                                    

Danial datang ke rumah Hariz dan Kei Wing telah menerangkan segala-galanya kepada kawan baiknya itu, tiada yang kurang dalam penceritaan. Danial cuba mendengar dan menghadam segala-galanya. 

"aku faham dah sekarang, tapi kau dah perasan kereta tu tapi kenapa kau tak tegur atau buat report polis?" soal Danial, walaupun badan letih tetapi otaknya masih ligat memikirkan solusi untuk mereka berdua

"aku tau, salah aku, aku tak bagitahu dekat Hariz pada mulanya. Aku fikir dia hanya nak tengok anaknya and bersangka baik la, kalau aku bagitahu dekat Hariz dari awal lagi mesti semua benda ni tak terjadi" terang Kei Wing yang menahan sebak

"sayang.. dah sayang, benda dah terjadi nak buat macam mana, stop blaming yourself please" pujuk Hariz sambil menenangkan buah hatinya

"aku tahu semua gerak geri dia tapi aku lambat ambil keputusan untuk buat report polis, sebab Yazid ada bertanya pasal ayah dia, so aku fikir kalau ayah dia datang dan bagitahu semua kesalahan dia kepada dia dan dia berambus dalam hidup Yazid, tapi luar dugaan, Yazid masih boleh terima dia dan dia kata nak bagi peluang kedua sebab dia nampak ayah dia dah menyesal dan bertaubat, mungkin ini cara dia nak tebus kesalahan dia kepada Yazid" terang Kei Wing "tapi aku bodoh, pergi percayakan Yazid, dia masih mentah dalam membuat keputusan"

"tapi investigator kau macam mana?" soal Danial

"dah lost track after dia baru balik dari Melaka" balas Kei WIng

"investigator kau pulak Hariz?" soal Danial ingin tahu

"still tak ada apa-apa berita" balas Hariz sambil mengeluh

"kalau macam tu, kau kene buat report polis jugak la, malam nanti kau dah boleh buat report polis" nasihat Danial, dia juga risau bila tengok keadaan kawan baiknya ini

"kau tak ada sesiapa yang boleh mintak tolong?" soal Kei Wing

"ada, aku cuba contact kejap lagi, sebab sekarang dekat nak masuk waktu berbuka, baik korang pergi buka puasa dahulu, aku balik and aku tolong mana yang termampu, malam nanti lepas terawih aku datang sini" ujar Danial

"okay Danial, terima kasih weyh" ucap Hariz

"tak ada apalah, aku tengok korang berdua ni dah macam mati laki dah, tak sanggup aku tengok korang murung macam ni" ujar Danial

"anak bujang kitorang Dan, apa la yang di tengah harung sekarang ni, kat mana la dia agaknya" ujar Kei Wing, kini empangan air matanya melimpah, tak boleh nak disekat lagi

"yyee, aku faham, bawak bertenang, bawak bersabar, doa yang baik baik.." pujuk Danial

_________________

FLASHBACK POV YAZID

'aku ingatkan budak gay berdua tu cerdik, rupanya bodoh amat, senang nak kene tipu' berlegar legar suara di dalam kepala Halim sambil dia memandang Yazid di sebelah, dia memandang Yazid sebagai lubuk duit olehnya, dia hanya bersabar selama 4 tahun untuk merampas semua kekayaan Julia

'Yazid dah tidur keletihan akibat berjalan sakan cari baju raya. Kini masa untuk kau tebus semua duit yang kau dah guna tadi, anak haram!' bisik hati Halim

Halim mencapai telefon milik Yazid di atas dashboard kereta dan dan menyembunyikannya. Tiba sahaja di satu lorong.

"Yazid bangun, hey bangun!" bentak Halim bila sudah tiba di tengah tengah lorong 

Yazid tersentak dari lenannya "kat mana ni ayah? kenapa gelap je tempat ni? lorong mana ni?" soal yazid sambil terpisat-pisat matanya

"ni rumah ayah, jom masuk naik atas" arah Halim

LELAKI BERLOCENG RAYA EDITION (COMPLETED)Where stories live. Discover now