BAB 16

309 23 0
                                    

Usai sahaja Hariz park kereta di tepi, mereka bertiga keluar dari kereta. 

"Razak, nanti ikut kami rapat rapat tau, uncle takut awak pulak yang hilang" arah Kei Wing

"ha ah betul tu, awak ada nombor uncle tak? nanti kalau hilang pin je live location, nanti kami pergi cari awak" cadang Hariz

"baik uncle, ajak follow belakang uncle tapi kejap, ajak pin live location siap siap, senang nanti" akur Razak, dia pun tidak mahu membuat apa apa masalah lagi setelah kehilangan Yazid, dia melihat riak wajah Kei WIng dan Hariz begitu berdukacita

"okay, jom" mereka berjalan menuju seberang jalan, dan jalan memandang orang yang ada di sekeliling.

"Danial tak bagitahu ke club malam apa?" soal Hariz dah mencekak pinggang

"eh ha ah, ada, club malam nama dia blue boy" balas Kei WIng

"blue boy?" Hariz mengeluarkan telefon pintarnya dan menggunakan google map sebagai tanda arah yang patut di tuju "blue boy arah sana la sayang"

"kejap, sayang nak kasi pin live location dekat Dan" ujar Kei Wing, usai pin live location, mereka beredar pergi kearah Maybank berdekatan, kali terakhir owner club malam nampak hotel berdekatan, tapi tak pasti hotel mana satu

Sedang Hariz dan Kei WIng sibuk di hadapan, Razak terlihat satu buah kereta yang park di tepi lorong gelap, gambaran masih sama sewaktu dia nampak kereta ini di kubur. Sah! 'ini la kereta dia' bisik hatinya

Razak ingin memanggil Kei WIng dan Hariz ternyata, mereka berdua hilang dari pandangan yang di tenggelami oleh lautan manusia.  

Razak biarkan saja, dia sudah pun memberi pin location kepada Kei WIng. Dia bergerak menuju kearah kereta terbabit, ternyata memang benar, ini lah kereta di kubur tempoh hari, bermakna, tuan punya badan ada jugak sekitar sini. 

Tiba-tiba datang seorang maknyah menyapa Razak, "amboi ada pucuk muda lagi la nyah, untung boss kita tu ada pucuk muda macam ni, ha kau buat apa sini? lari eh?" soal maknyah di belakangnya 

"eh mana ada kak, eh abang? eh cik, saya cari kawan saya je" terang Razak ketakutan, takut kalau di apa-apakan

"eh ye jela kau ni cari kawan, kau nak mencuri kereta eh? baik cakap betul betul" soal maknyah tadi dengan suara jantan

"eh betul bang, kawan saya maybe ada dekat sini, ni kereta ayah dia" terang Razak lagi

"betul kawan kau ke?" soal maknyah inginkan kepastian

"betul, sumpah saya tak tipu" ujar Razak sambil mengangkat sumpah

"sini, ikut aku cepat, sini la... sebelum boss aku keluar baik kau sini" arah Maknyah tadi sambil menarik tangan Razak

"eh bang, jangan lah apa apa kan saya, saya bawah umur lagi" terang Razak

"eh aku tau la, kau pikir aku ada taste ke pucuk muda macam kau ni? konek pun kecik, yihhh!! malam malam dah buat aku naik hangin lah kau ni" bebel maknyah  

Razak hanya membututinya

"kau sini. Kau datang sini buat apa? sini bukan tempat mainan kau tau?" soal Maknyah tadi

"saya tau, tapi saya nak selamatkan kawan saya, dia tak balik 3 malam dah, parent dia risau gila dengan dia, kitorang dah buat report polis atas kehilangan dia" terang Razak "nama abang siapa?" soalnya

"nama aku Rizz" balas Rizz pendek

"abang ada nampak tak budak sebaya macam saya tinggal dekat sini?" soal Razak ingin mencuba nasib

"kalau aku bagitahu kau ni, mampus aku kene kerja dengan boss" terang Rizz

"siapa nama boss abang?" soal Razak lagi

LELAKI BERLOCENG RAYA EDITION (COMPLETED)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora