BAB 14

282 20 1
                                    

FLASHBACK POV KEI WING

"Julia aku mintak maaf ya, aku baca kau punya Jurnal ni, jangan kau menghantui aku time aku tidur dah lah ya" Kei WIng bermonolog sendirian di dalam ruang pejabatnya sambil membuka muka surat, helaian demi helaian di selaknya

Muka surat yang penuh dengan cerita pasal lelaki yang memperkosa Julia iaitu Halim bin Ahmad. 'dia di penjara semalam 15 tahun kerana kesalahan memperdagangkan manusia 'kau jual apa gampang? anak orang ke apa?' bisik hati Kei Wing

'ohhhh sebenarnya Halim ni bapak ayam la dekat KL, aku tak faham la macam mana mak ayah Julia boleh berkenan sangat dengan si Halim ni' soalnya di dalam hati lagi 'ouhhhh okay faham, Julia lari sebab berlakunya kekerasan, domestic abuse la ni, taguna punya jantan' 

Sehingga muka surat yang terakhir yakni pada tahun ini dan baru baru ni juga sebelum dia meninggal, ada satu nota penuh pasal Halim. Bila Kei Wing membaca dia seakan terkejut dengan apa yang di tulis oleh Julia 'Halim dibebaskan?' betul ke apa aku baca ni? 'Halim di bebaskan' sah!

"dia guna orang dalam jugak ni, hebat jugak connection si Halim ni sampai boleh keluar dari penjara, takkan senang macam tu je dia boleh di bebaskan" Kei Wing bermonolog sendirian

Kei Wing mendail nombor sambungan di pejabat guamnya

"hello?" terdengar orang menyapa dari corong telefon

"hello, Keym, masuk pejabat saya sekejap" arah Kei Wing, Akeym adalah pegawai penyiasat yang ada di dalam jabatannya, tiada siapa yang tahu apa tugas Akeym ini kecuali Julia dan dirinya. 

"okay encik Kei WIng" balas Akeym lalu meletakkan panggilan

Tak lama kemudian

"boss panggil saya?" Akeym meluru masuk ke dalam pejabat Kei Wing

"ha ah, masuk sini jap, kau busy ke hari ni?" soal Kei Wing

"tak, job masuk tak banyak, job kan biasa saya tunggu dari encik Kei WIng dengan cik Julia je" terang Akeym

"saya ada benda nak kau siasat ni" ujar Kei Wing sambil memberi satu file dimana di dalamnya ada maklumat tentang Halim, tetapi hanya maklumat pendek sahaja, selebihnya Akeym harus siasat.

"okay baik, maklumat lengkap saya kasi petang ni sebelum habis kerja, selebihnya saya akan siasat dan update dengan encik Kei Wing" balas Akeym

"okay boleh jugak tu, selebihnya whatsapp je senang sikit sampai maklumatnya" arah Kei Wing lagi

"okay boleh, tapi boss nak saya follow mamat ni ke?" soal Akeym sambil membelek isi di dalam file tersebut

"boleh jugak, kau boleh buat ke? sebelum ni Julia mintak kau follow siasat client kau tak nak" ujar Kei Wing

"kalau Julia mintak tolong, dia betul mintak tolong, dia tak nak bayar extra ke apa ke, duit minyak pun tak nak kasi, padahal dah mintak claim dah, dia reject" Akeym merungut

"ouhhh yeke, sorry la Akeym, aku tak tahu pasal tu, tak apa, aku suruh bermakna company bayar, kalau kau nak advance aku keluarkan surat nanti amek duit dekat finance department je, on tak on?" soal Kei Wing sambil menaikkan ibu jarinya

"on boss" ujar Akeym sambil tersenyum lebar bila dapat advance untuk kerjanya

"okay, kau balik la tempat kau, nanti apa apa kau bagitahu aku, aku nak pergi meeting kat tempat lain ni, file tu kau letak atas meja aku" arah Kei WIng

"okay boss, saya gerak dulu, pape roro" ujar Akeym sambil bangun dan menuju ke pintu bilik pejabat 

"pape roro? ape tu?" soal Kei Wing ingin tahu

LELAKI BERLOCENG RAYA EDITION (COMPLETED)Where stories live. Discover now