BAB 3

4K 122 1
                                    

BUNYI musik di kelab malam merancakkan lagi suasana di malam hari. Semua yang berada di situ menikmati dunia mereka sendiri.Begitu juga dengan Haira. Walaupun umurnya masih muda tetapi dia masih lagi tidak kisah akan dosanya yang melimpah. Bunyi bising itu langsung tidak menganggu perbuatannya.

Air minuman keras itu diteguk sehingga habis. Hanya minuman itu sahaja yang boleh mengurangkan rasa tertekannya sekarang ini. Difikirannya sekarang adalah duit. Bagaimana dia mahu hidup kalau pelanggannya semakin lama semakin sedikit. Kalau tiada pelanggan tiada duit. Jadi dia mahu kerja apa? Tangannya naik memicit kepala. Berdenyut dari tadi. Air minuman keras itu langsung tidak boleh menghilangkan sakitnya. Makin bertambah sakit kepalanya adalah. Dia merengus kasar.

Sedang leka dia meneguk air minuman keras, ada satu tangan yang merayap di belakang badannya. Haira terus mengeluh perlahan. Dia kenal sangat dengan manusia yang berada di belakangnya.

"Boleh tak jangan kacau aku? Aku penat lah" kata Haira. Dia tidak menoleh ke belakang.

"Penat? Kau penat buat apa?"Tanya Haiqal pelik. Daripada tadi dia melihat gadis itu hanya duduk sahaja. Jadi apa yang membuatkan gadis itu penat?

"Penat nak fikir mana aku nak dapat duit. Nanti adik aku nak makan apa? Hah!" Marah Haira. Matanya menjeling ke arah lelaki itu. Makin serabut pula dia sekarang.

"Oh, adik kau tu kan dah besar? Kenapa kau nak kisah lagi pasal dia?" Tanya Haiqal.Dia melabuhkan punggungnya di atas satu kerusi bersebelahan dengan gadis itu. Selepas itu,dia memesan 3 gelas air minuman keras.

"Dia saja keluarga yang aku ada sekarang. Aku sanggup buat apa saja asalkan dia tak rosak macam aku"

"Ceh, kau ni macam tak ada otak pula nak fikir. Barang dah ada depan mata tu kau jual saja lah. Senang."sinis lelaki itu. Air minuman keras itu diteguk sehingga habis. Selepas itu, dia memandang ke arah gadis yang daripada tadi mengerutkan kening. Mungkin gadis itu masih lagi tidak faham.

"Maksud kau? "Tanya Haira sambil mengerutkan kening. Tidak faham dengan ayat lelaki itu.

"Kau jual je lah adik kau. Mesti banyak duit kau nanti. Senang kan?"kata Haiqal sambil tergelak. Dalam gurauan itu terselit seribu makna tersirat.

"Kau fikir benda ni kelakar ke? Tak lawak lah Haiqal!"marah Haira. Tangannya mengigil menahan marah. Mahu saja dia menampar lelaki yang berada di hadapannya. Geram betul bila bercakap dengan lelaki itu. Lebih baik dia berseorangan daripada bercakap dengan lelaki itu. Buat sakit hati saja!

"Aku gurau je kan.Kenapa? Kau takut aku jual adik kau macam aku jual kau? Relax Haira banyak lagi perempuan yang aku boleh jual. "Sinis lelaki itu. Tersenyum sinis dia melihat wajah merah padam gadis itu.

"Jangan harap aku akan serahkan adik aku pada kau! Kau sentuh adik aku, penjara tempat kau!" Bertak Haira. Pandangan mata helang diberikan kepada lelaki itu.Tersenyum sinis Haiqal mendengar jawapan gadis itu. Perlahan lahan Haiqal mendekatkan wajahnya ke wajah gadis itu. Rambut gadis itu dibelai lembut.

"Kau dah lupa sesuatu ke Haira Rausa?"tanya Haiqal sambil membelai rambut gadis itu. Terus berkerut dahi Haira. Apa yang dia sudah lupa?

"Kau tak ingat?"tanya Haiqal lagi. Tergelak kecil dia melihat gadis itu. Macam mana lah gadis itu boleh lupa hal yang boleh membuatkan nyawa gadis itu melayang pada bila -bila masa saja.

"Apa yang aku dah lupa?"tanya Haira sebaik sahaja dia mendiamkan diri. Apa yang dia lupa?Jujur dia langsung tidak ingat apa yang dia sepatutnya ingat. Mungkin disebabkan alkohol dia jadi begini.

"Kau dah lupa dengan D.D?"

Serta merta wajah Haira berubah pucat. Macam mana dia boleh lupa dengan kumpulan itu. Dia sepatutnya tidak boleh lupa dengan perkara itu.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Место, где живут истории. Откройте их для себя