BAB 42

2.1K 70 2
                                    

HAURA mengerutkan keningnya apabila bunyi azan berkumandang. Dia menguap sedikit. Kipas berwarna putih menjadi pandangan pertamanya.

"Aih? Sejak bila rumah ni ada kipas?"omel Haura. Lantas dia bangun dari baringan. Apabila melihat sekeliling, Haura mengerutkan keningnya. Sekejap. Dia tidur di rumah siapa? Ah sudah. Tangannya secara tidak langsung naik menekup mulut. Dia kena culik ke?

"Abang!"panggil Haura panik. Dia merengus apabila panggilannya tidak dijawab.Baru saja dia mahu menapak keluar, Syahriz muncul dihadapannya.

"Hei love, kenapa ni?"tanya Syahriz cemas. Dia meneliti ke arah gadis itu jika ada sebarang luka atau lebam. Mana lah tahu terkena patuk itik.Di rumah ini ada itik pula. Haih, seram bila dia tengok muka itik tu.

"Kenapa abang tinggalkan saya? Abang pergi mana tadi?"tanya Haura. Air matanya sudah bertakung di kelopak mata. Hanya tinggal tunggu mahu jatuh saja. Syahriz panik. Wajah gadis itu ditekup.

"Eh love, aku tak tinggalkan kau pun. Tadi aku pergi ambil wuduk. Aku minta maaf love. Aku tak sengaja."pujuk Syahriz.

Air mata yang mengalir itu dikesat menggunakan ibu jarinya. Comel betul Haura sekarang. Bila kena tinggal saja nangis. Tak tahulah macam mana bila dia tinggalkan gadis itu nanti. Pasti dia tidak sampai hati.

"Betul ni?"

Syahriz hanya menganggukkan kepalanya sebagai jawapan. Umbun-umbun isterinya dicium.

"Aku dah janjikan yang aku tak akan tipu kau lagi. Aku tak akan mungkir janji aku love. "balas Syahriz dengan lembut. Haura hanya menundukkan wajahnya. Suara lelaki itu seakan-akan memujuk budak kecil saja. Dia suka. Malah, sangat suka.

"Jangan nangis lagi ya. Kau nampak macam itik bila menangis"kata Syahriz lagi. Laju mata Haura melihat wajah suaminya tajam. Aih, ini dah melebih. Suka hati saja kata muka dia macam itik. Aish, nak merajuk lah.

Syahriz tersenyum. Wajah Haura ditarik mendekati wajahnya.

"Tapi kau masih nampak cantik di mata aku love. Aku suka bila tengok hidung kau merah. Nampak sexy."bisik Syahriz sambil tangannya mencuit hidung Haura. Lantas pipi Haura berubah warna. Bahang rasanya sekarang. Aih, geram betul lah.

"Ish, siapa yang rasuk abang ni."kata Haura. Bibirnya dicebik. Sempat lagi dia menjegilkan matanya. Mengada!

"Mana ada aku kena rasuk? Kau lah yang goda aku sampaikan wuduk aku dah batal. Aku patut denda kau harini"balas Syahriz tegas. Tapi dalam hatinya sengaja mahu membuat isterinya cuak.

Terus membulat mata Haura. Yalah. Dia dah batalkan wuduk lelaki itu. Alah, bukan salahnya pun. Lelaki itu yang mahu sentuh dia. Bukan dia yang minta.

"Abang yang sentuh saya. Bukan saya yang sentuh abang pun. Jadi, ni semua salah abang"balas Haura. Dia pun tidak mahu mengalah. Biarlah dia mahu mengalah atau tidak.

"Eh,eh. Geram je aku tengok kau ni. Kau nak kena ke?"

Lantas Haura menjuih bibirnya. Apa yang lelaki itu mahu buat? Lagipun berani ke Lee Syahriz Dani ni?

"Eh, babies. Tengok daddy awak ni. Dia nak buli mummy " kata Haura. Syahriz tergamam. Lah, dia terlupa pula. Haura sedang mengandung. Alahai, patutlah manja semacam.

"Mana ada daddy buli mummy. Daddy cuma puji je. Tak salah kan babies"balas Syahriz. Haura mencebik. Tengok tu. Tak habis-habis mahu menang saja. Biarlah dia menang lepas ni.

"Haish, nak merajuk lah macam ni"rengus Haura. Baru saja dia mahu menapak, tangannya ditarik lembut. Syahriz tergelak kecil. Seluarnya ditarik sedikit sebelum dia melutut di hadapan Haura. Haura terkejut. Aih, apa yang lelaki itu nak buat ni?"

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now