BAB 43

1.8K 69 1
                                    

HAURA memandang ke kiri dan ke kanan. Teruja betul bila dia keluar rumah tadi. Seperti budak kecil pula. Mana tak terujanya, sekarang dia berada di Kedah. Tempat di mana keluarga Rafqi menetap.

Setelah puas melihat disekelilingnya, pandangannya tertumpu ke arah Rausa yang bersusah payah mahu melayan kerenah anaknya. Dia akui dia kagum melihat remaja yang berumur 15 tahun sudah menjadi ibu. Haih, besar dugaan gadis itu. Kalau dia di tempat Rausa, rasanya dia boleh bunuh diri.

"Ryan, mama penat lah macam ni. Awak tu degil je. Nanti mama suruh kakak Haura babap awak nanti"kata Rausa. Sengaja mahu menakut-nakutkan anaknya yang baru berusia 2 tahun. Ryan hanya tersengih. Tangan Rausa diambil lalu dicium.

"Cowy mama. Caye tak buat agi"balas Ryan. Rausa tersenyum. Kepala anaknya digosok. Sempat dia mencubit pipi anaknya.

"Good boy." Balas Rausa. Anaknya didokong sebelum menoleh ke arah Haura yang setia menanti. Dia menguntumkan senyuman.

"Maaf kak, Ryan ni degil lah. Susah nak kawal. Kalau akak penat,akak bagitahu je tau."kata Rausa. Haura hanya mengelengkan kepalanya. Lagipun baru 5 minit berada di hadapan kedai ini. Entah apalah yang Ryan takut sampaikan masuk kedai ini pun tak nak.

"Akak ok je lah. Lagipun kena-"

"Uiii, tak nak singgah ke?"tegur seorang perempuan yang berumur 56 tahun. Orang kampung mengelarkan perempuan tua itu dengan panggilan 'Makcik Dahlia'.

"Eh tak apa lah makcik. Saya nak pergi jalan-jalan je. Lagipun abang tak bagi saya  keluar lama-lama"balas Rausa sopan. Haura hanya terdiam. Dia tidak kenal dengan orang di sini jadi biarlah dia berdiam diri saja.

"Ouh, abang kau tu dah balik rupanya. Ingat pulak jalan balik. Aku fikir dia tak nak jejak kaki dekat sini lagi dah."sindir Puan Dahlia. Rausa hanya menundukkan mukanya saja. Haih, asal berjumpa dengan orang tua ini je asyik kena kecam. Perempuan tu tak pandai ke nak baca Yasin?

"Siapa yang balik?"tegur seseorang. Puan Dahlia terus tersenyum melihat anak daranya. Tepat pada masanya.

"Alah, bekas tunang tak jadi kamu tu lah. Dah balik rupanya jantan tu. Ingatkan nak tinggal dekat Bandar tu sampai ke tua"kata Puan Dahlia. Hanis sudah tersenyum. Bekas tunang dia dah balik? Wah, pasti lagi kacak lelaki itu sekarang.

"Eh Rausa, abang kau ada dekat rumah ke sekarang? Aku nak jumpa dia lah!"

"Tak ada"jawab Rausa laju. Malas dia mahu melihat abangnya mengamuk. Lagipun wajah abangnya sangat menakutkan bila marah.

"Eleh, dekat belakang kau tu siapa? Bakal isteri abang kau ke?"tegur Hanis.

"Eh yalah, ni perempuan simpanan abang kau ke? Wah, cantik betul taste abang kau kan?"kata Puan Dahlia lagi. Haura sudah tergamam. Perempuan simpanan? Wah, dah melampau betul ni.

"Saya bukan perempuan simpanan sesiapa pun. Kenapa makcik nak tuduh-tuduh sesuka hati? Makcik tak ada otak ke?"balas Haura pedas. Puan Dahlia terus mengetap bibirnya.

"Eh perempuan kau jangan nak kurang ajar dengan aku. Tangan aku ni dah gatal nak tampar orang. Kau tahu?"marah puan Dahlia. Budak zaman sekarang tak pandai betul hormat orang tua. Haish, geram!

"Say-"

"Berani kau nak tampar isteri aku?"cantas seseorang. Haura tersentak. Lantas dia menoleh ke arah Syahriz yang tajam melihat ke arah puan Dahlia. Syahriz menoleh ke arah Haura sekilas. Tangan Haura ditarik lembut supaya berdiri dibelakangnya.

"Kau ni siapa pulak!"tanya puan Dahlia. Hanis disebelahnya sudah menekup mulut. Dia tersenyum gedik.

"Aku suami Haura Rose. Perempuan yang kau cuba nak tampar tu"balas Syahriz dingin. Puan Dahlia tergamam. Dia fitnah orang rupanya.

"Oh, ma-"

"Rausa,tolong bawak isteri abang balik. Abang ada benda nak bincang dengan diorang " potong Syahriz laju. Haura pula yang tergamam. Abang? Terasa diri dihimpap batu pula.

"B-baik."akur Rausa. Lantas dia menarik tangan Haura lembut supaya pergi dari tempat itu. Haura hanya menurut. Dia tidak membantah langsung. Hilang saja kelibat gadis itu, Syahriz tersenyum menyenget memandang wajah kedua orang dihadapannya sudah pucat. Apa kata sekali sekala dia jadi jahat? Tak jadi masalah pun rasanya.

PRANG!

"Apocot!"























HAURA hanya tersenyum kelat. Makanan dihadapan tidak disentuh langsung. Tapi bila dia melihat ke arah Syahriz, lelaki itu sangat berselera menikmati hidangannya. Bila diingat balik cara percakapan Syahriz dan Rausa tadi, hati terasa tercalar sedikit.

Cemburu? Isteri mana yang tidak cemburu bila suaminya bercakap lembut dengan perempuan lain. Bila dengan dia pula? Ber'kau aku'. Tak apalah mungkin Syahriz selesa mengelarkan dia panggilan sebegitu. Jadi dia tidak kisah.

"Love?"panggil Syahriz. Haura tersentak. Lantas dia menoleh ke arah suaminya.

"Ya?"sahutnya. Syahriz hanya mengelengkan kepalanya apabila melihat makanan di dalam pingan itu tidak terusik.

"Kenapa kau tak makan? Ke kau ada mengidam nak makan benda lain?"tanya Syahriz risau. Kesihatan isterinya nombor satu. Walaupun tadi Haura hampir dipukul.

"Haura, makanlah sikit, awak tu mengandung."pujuk puan Aida. Haura hanya tersenyum. Lantas dia mengelengkan kepalanya.

"Saya tak ada selera. Umi makan sajalah saya tak apa-apa"kata Haura sambil tersenyum. Syahriz pula hanya mengeluh. Lantas dia bangun dari duduk sebelum menapak ke arah isterinya. Sampai saja dihadapan Haura,dia mengosok lembut kepala gadis itu.

"Kenapa ni, hmm? Kau nampak muram je ni. Ada orang kacau kau ke?"tanya Syahriz. Haura hanya mengelengkan kepalanya. Tangan Syahriz ditempis perlahan.

"Saya nak pergi rehat sekejap. Maaf, saya tinggalkan pingan tak bersentuh. Saya minta diri dulu, babah,umi"pinta Haura. Dia memberikan senyum nipis dahulu sebelum melangkah pergi. Syahriz tergamam. Haura baru abaikan dia ke tadi? Tak akan lah masih merajuk? Ish, tak boleh jadi ni.

"Saya  na-""

"Biarkan isteri kamu tu dulu Dani. Dia penat kut. Jangan kacau dia dulu. Orang mengandung memang sensitif. Nanti kamu pergi pujuk dia, hmm?"pujuk Puan Aida. Lantas Syahriz mengeluh. Berat sangat hatinya mahu tinggalkan Haura dalam keadaan begitu. Sepatutnya dia yang perlu pujuk, belai dan teman. Tapi sekarang dia dihalang pula.

"Yalah umi"keluh Syahriz. Dia kembali duduk di tempat asal.

"Kamu tak ada niat nak kawin baru ke Dani?"soal Encik Fauzi secara tiba-tiba. Serta merta Rafqi yang tersentak. Laju matanya melihat ke arah Syahriz. Ah sudah, nak tambah masalah lagi ke tuan dia ni?

Syahriz hanya tersenyum.

"Cukuplah hanya Haura yang ambil hati saya. Lagipun, kalau Adam dan hawa dicipta untuk bersama, saya dan Haura mungkin dicipta untuk saling melengkapi."balas Syahriz. Ikhlas dari hati. Dia tidak boleh menipu dirinya lagi. Dia terlalu sayangkan gadis itu sehinggakan kemana gadis itu pergi, dia mesti perlu ada bersama.

"Tak akan lah kamu tak ada rasa nak tambah seorang lagi? Lagipun, Rausa  kan ada? Baik pula pun. Sesuai dengan kamu"kata Encik Fauzi. Lagipun Raisya tidak ada di rumah jadi bolehlah dia bercakap pasal ni. Rafqi tergamam. Kenapa perlu libatkan adik dia pula?

"Maaf babah, Raf dengan Dani nak minta izin sekejap."

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Där berättelser lever. Upptäck nu