BAB 36

2.3K 76 1
                                    

SYAHRIZ mengeluh malas. Kerjanya yang bertimbun itu dipandang kosong.  Haih, apasal lah dia kerja harini? Malas betul lah.

Difikirannya sekarang hanyalah isterinya saja. Hatinya memberontak supaya balik sekarang tapi dia tidak boleh. Kerjanya sangat banyak sekarang. Lagilah sekarang dia sudah ada banyak projek baharu.  Semuanya daripada negara luar.

"Aih, rindunya dia"gumam Syahriz sambil meraup wajah kasar. Monitor yang berada di hadapannya dilihat. Difikirannya sudah terlintas satu perkara. Lantas dia menaip perkataan 'tugas suami'di search.

Berkerut kening Syahriz melihatnya. Banyak betul kerja suami sebenarnya. Dia pun baru tahu. Salah satunya adalah..

1.suami perlulah memberi nafkah dari segi zahir dan batin kepada isterinya sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Tangan Syahriz naik menongkat dagu. Rasanya setiap hari dia bagi duit pada Haura. Dari segi batin pula rasanya semalam sudah banyak kali kut. Jadi dia luluslah kan? Baiklah, next.

2. Bukan tugas isteri untuk mengemas rumah, sebaliknya tugas suami.

Syahriz menganggukan kepalanya. Pasal itu pula, dia sudah ada pekerja untuk tugas itu jadi dia tidak perlu risaulah. Jadi dia lulus!

3. Selain itu, tugas suami adalah mengingatkan si isteri supaya solat lima waktu tidak ditinggalkan.

ZAP!

Seperti kilat yang menusuk di lubuk hatinya. Serius, dia gagal bab itu. Dia tidak pernah ingatkan Haura pasal solat lima waktu malah gadis itu selalu solat bersendirian.

Dia memang seperti manusia tidak berguna. Kali terakhir dia solat itu pun semasa berada di rumah Rafqi. Jujur dia katakan, walaupun Rafqi pendosa seperti dia, namun lelaki itu tak pernah meninggalkan solat walaupun ketika mereka berada di misi. Dia selalu lihat wajah lelaki itu tenang saja selepas melakukan solat pada masa itu.

Dia mahu solat? Persetankan semua itu. Mahu mengambil air wuduk pun dia masih terkial-kial apatah lagi mahu menjadi imam buat bidadarinya. Dia sedar dia manusia yang jahil. Kejam sungguh dia.

"BAAA!"jerkah Rafqi. Syahriz hanya memandang wajah kosong lelaki itu. Haih, hilang langsung mood dia harini.

Rafqi terus melepaskan keluhan. Tak jadi pula kali ni. Ingatkan jadi lah tadi. Tanpa disuruh, lantas dia duduk di atas kerusi berhadapan dengan tuannya. Wajah lelaki itu dilihat.

"Tuan kenapa ni? Pagi tadi bukan main lagi wajah berseri tapi sekarang terus hilang seri. Kenapa? Puan mengajuk lagi eh?"teka Rafqi sambil keningnya diangkat-angkat. Syahriz mengeluh. Dia mengelengkan kepala sebagai jawapan. Rafqi mengeluh.

"Habistu?"

Syahriz tidak menjawab malah pandangannya teralih ke arah gambar isterinya yang berada di dalam telefon. Dia mengusap wajah isterinya. Terbit rasa bersalah di hati.

"Betullah kata aku selama ni. Aku memang bodoh. Nak masuk islam tapi benda senang pun tak pandai buat. Haish, apa gunanya aku belajar selama ni"rengus Syahriz tidak puas hati. Badannya dihempas kasar di kerusinya. Terasa dirinya memang manusia paling bodoh dalam dunia. Dia malu sangat pada Haura. Sangat malu. Dia sudah janji mahu tarik Haura masuk syurga tapi lihatlah. Dia sendiri yang menarik diri ke dalam neraka. Memang tak guna.

Serta merta Rafqi tersenyum nipis. Fail yang berada di atas meja ditolak ke arah tuannya. Serta merta kening Syahriz ternaik.

"Apa yang tuan tak faham lagi tentang Islam?"tanya Rafqi. Dia tidaklah pandai mana bab ini tapi manalah tahu dia boleh tolong lelaki itu daripada sesat. Walaupun lelaki itu sebenarnya sudah sesat.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now