BAB 9

3.3K 129 1
                                    

TERKAKU Haura dibuatnya. Bukan dia saja, malah Dania pun terkejut. Aih, buat terkejut dia saja. Bila masa pula lelaki itu sampai?

"Dania, milo tolak satu"kata Rafqi sambil tersengih. Suka dia bila melihat wajah perempuan itu marah. Comel saja gelagatnya.

"Ye lah"jawab Dania pasrah. Dia baru saja nak bergosip tapi itulah tak boleh. Banyak sangat orang gangu.

"Cik ok?"tanya Rafqi sebaik saja susuk tubuh Dania menghilang.

"Saya tak apa apa pun. Kenapa?"tanya Haura pelik. Rafqi hanya mengelengkan kepalanya saja. Itu saja kut dia nak tanya. Kalau banyak-banyak nanti takut lain pula jadinya.

"Tuan awak memang suka paksa orang eh?"tanya Haura.

Serta merta Rafqi mengerutkan keningnya. Paksa? Bukan semua orang tahu perangai lelaki itu suka memaksa ke? Kenapa perempuan ini masih tak tahu lagi? Ini mesti kes tak keluar rumah ni.

"Selalu je"kata Rafqi. Dia mendekatkan kerusinya ke hadapan. Haura hanya mengangguk kepalanya saja. Tapi kenapa selamba sangat lelaki itu kata? Dia tidak takutkah gajinya akan dipotong nanti? Ah biarkan saja lah.

" Ermm, awak rasa kalau saya kerja dekat sini dia boleh lepaskan saya tak? Jangan risau saya akan kerja tanpa gaji. Boleh kan?"tanya Haura sambil tangannya tidak berhenti mencubit sesama sendiri.

Harap-haraplah boleh. Dia masih muda untuk berkahwin atau lebih tepat dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki itu. Entah apa lah jadi pada dia nanti. Kalau lelaki itu pukul dia macam mana?

"Entahlah cik, Saya sendiri pun tak mampu nak lawan dia. Bukan saya je, ayah dia pun dia halau keluar. Tak ke anak derhaka tu"kata Rafqi sambil mengelengkan kepala. Aih, teruk betul.

"Kenapa pula dia buat macam tu?"tanya Haura lagi. Macam seronok je cakap pasal lelaki garang tu. Nak juga dia tahu lelaki itu macam mana.

"Saya pun tak tahu. Tapi saya dengar cerita, ayah dia buang dia. Saya tak pasti lah betul ke tidak."kata Rafqi.

Dia mencapai buah yang sudah dipotong di atas meja itu. Kemudian, buah yang berada di tangannya disuap masuk ke dalam mulut. Lapar pula lah dia harini ini. Kalau nak tunggu air milonya tu entah bila lah siap.

"Oh, patutlah"kata Haura sambil menganggukkan kepalanya. Kalau dia dibuang keluarga rasanya dia tidak boleh hidup kut. Kuat betul ujian lelaki itu.

"Saya rasa cik tak perlu kut fikir buruk pasal tuan Syahriz tu. Dia tak pernah lagi naik tangan dekat perempuan. Tak percaya tanya Dania"kata Rafqi. Ada sedikit sindiran yang terselit di ayatnya. Dia tahu fikiran perempuan macam mana. Buktinya, Dania dulu juga begitu. Suka fikir pelik-pelik.

Haura terus tersentak. Serta merta dia tersengih memandang wajah Rafqi. Tahu pula lelaki itu. Malu lah pula.

"Eh tak ada lah. S-saya tak fikir macam tu pun"kata Haura sambil memaling wajahnya ke arah lain.

"Lagi bagus kalau kau fikir macam tu"kata seseorang.

Terkejut Haura dibuatnya. Serta merta dia memalingkan mukanya ke arah pemilik suara. Lah! Dia bukan ke ada kerja? Macam mana boleh ada dekat sini pula? Ah tak apa lah ini memang rumah lelaki itu.

"Eh tuan, kenapa berdiri kat situ. Jom lah join "ajak Rafqi. Dia terus bangun lalu menarik kerusi bersebelahan dengannya. Selepas itu, dia mempelawa tuannya duduk. Aih, serupa melayan tetamu.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now