BAB 68

2.3K 65 4
                                    

BULAN dan bintang di malam hari dilihat. Wajah Syahriz hanya datar saja. Langsung tiada secalit senyuman. Tidak lama selepas itu, keluhan panjang dilepaskan.

"Tak sejuk?"tegur Haura dari belakang. Syahriz tersentak apabila tangan sejuk Haura mula terkena pada lengannya. Syahriz tidak menjawab malah dia mengerutkan keningnya. Sekejap. Siapa yang sejuk sekarang? Dia ke Haura?

"Tangan kau sejuk love"kata Syahriz perlahan. Tangan kiri Haura dipegang. Haura mengangguk setuju. Memang dia tengah sejuk pun sekarang. Angin malam di kampung memang sejuk dari di bandar. Lain rasanya.

"Saya sejuk sikit. Awak buat apa dekat sini?"tanya Haura selepas dia melabuhkan pungungnya di atas kerusi bersebelahan dengan suaminya. Syahriz tersenyum kecil.

"Aku teringat masa lalu"balas Syahriz. Terus terangkat sebelah kening Haura. Maksud lelaki itu apa? Jangan kata lelaki itu nak..

"Aku bukan teringat pasal zaman jahiliah aku lah love. Aku teringat masa kau lahirkan twins. Rasa kelakar pun ada juga kalau aku ingat balik"balas Syahriz. Haura mengangguk faham. Macam tahu-tahu saja. Tapi bila dia turut ingat masa dia melahirkan anaknya, terasa kelakar pun ada juga. Haih, tak boleh dia nak kata apa. Memang kecoh betul waktu tu.

"Saya pun rasa macam tu.."

Terus terbayang memori yang mengegarkan satu hospital itu dulu. Di mana, sudah dua jam berlalu, suara tangisan bayi pun tidak didengar daripada daripada tadi. Raisya pula sudah panik. Dia berjalan kehulur kehilir. Manakala si Rifqi sudah mengaru kepalanya. Doktor kata suami Haura perlu berada di sisi Haura tapi lihatlah Syahriz dimana? Masih koma! Tak akan lah Rifqi pula yang perlu pergi?

"Argh! Sakit!"jerit Haura dari dalam bilik bersalin. Raisya sudah cuak. Matanya sudah bertakung. Haura sakit seorang diri sekarang. Kalau dia boleh masuk, sudah lama dia masuk tapi doktor tidak benarkan! Aduh macam mana ni?

"Awak, Haura tengah sakit tu. Tak akan tak ada siapa yang nak teman dia kat dalam?"rengus Raisya. Daripada tadi dia tidak senang duduk. Rifqi melepaskan keluhan panjang. Kalau boleh, dia nak saja masuk tapi dia pun tidak dibenarkan. Doktor di dalam tu memang kejam.

"Aku tak boleh buat apa sayang. Kalau aku boleh bakar hospital ni sudah lama aku buat"balas Rifqi. Raisya terus menjeling ke arah suaminya. Hish, apa ni! Tak membantu langsung.

"Awak ni. Tak pernah cakap benda betul kan. Haura tengah sakit tu. Kesian dia"marah Raisya. Dia cuba meninjau dari pintu itu tapi tiada apa yang dia boleh lihat selain daripada dinding. Haish, hatinya mula tidak sedap ni!

"Haish, lepaslah! Aku nak jumpa bini aku!"tengking seseorang. Rifqi dan Raisya terus terkejut. Lantas dia menoleh ke arah suara. Bila lihat saja gerangan, mereka menekup mulut. Itu Syahriz kan?

"Tak boleh encik. Encik masih tak stabil lagi. Tolong kembali ke katil sekarang"pujuk jururawat lelaki itu. Dia cuba menghalang Syahriz daripada berjalan. Lagipun lelaki itu masih tidak pulih sepenuhnya. Syahriz merengus. Baru saja dia mahu menumbuk wajah jururawat itu, Rifqi terus menghalang. Syahriz tersentak. Lantas dia menoleh ke arah Rifqi. Dia memberikan isyarat mata kepada lelaki itu. Rifqi mengangguk faham.

"Maaf, tapi tolong benarkan tuan saya pergi tolong isteri dia sekejap. Saya janji saya akan bawa dia balik semula ke katil ward."pujuk Rifqi. Jururawat itu mengetap giginya. Alahai,kalau dia kena marah macam mana? Tapi bila lihat wajah lelaki itu dia sudah rasa bersalah. Aduh, apa yang dia mahu buat?

"Baiklah. Kalau begitu saya akan pergi dulu"pinta jururawat lelaki itu. Syahriz pula sudah tersenyum besar. Lantas dia menolak semua orang yang berada di sana. Pintu bilik bersalin dirempuh.

"Haura!" Syahriz menjerit kuat. Bila lihat saja, dia tergamam. Sekejap. Ini bukan..

Haura ketawa mengekek apabila melihat wajah merah Syahriz. Suka dia. Syahriz apatah lagi. Terus cemberut mukanya. Mana tidaknya. Dia salah masuk pintu. Rifqi pula sibuk nak bercerita kepada semua orang. Haish, tak apa. Dia tunggu giliran lelaki itu nanti.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now