BAB 56

1.8K 69 6
                                    

TERCUNGAP-CUNGAP nafas Syahriz apabila berlari. Matanya melilau mencari figura isterinya namun tiada. Matanya terus teralih ke arah Rifqi yang sedang menenangkan isterinya.

"Rif,mana Haura? Aku pergi bilik dia tadi tapi tak ada."tegur Syahriz. Hatinya sudah tidak tenteram. Semua yang berada di situ menatapnya dengan pandangan sayu. Jangan kata Haura sakit lagi. Ya Allah, kenapa kau tak turunkan saja sakit itu pada aku. Jangan pada isteriku Ya Allah. Rifqi menghembuskan nafas berat. Wajah lelaki itu dipandang.

"Puan dalam keadaan kritikal. Doktor tengah cuba selamatkan nyawa puan dengan anak tuan."balas Rifqi. Apabila mendengar itu, Syahriz terkaku. Dunianya mula terhenti. Jatungnya berdegup kencang. Tak. Tadi gadis itu baik saja. Siapa yang buat semua ni.

"S-siapa punya angkara?"tanya Syahriz terketar-ketar. Tangannya juga turut mengigil. Jujur, memang dia mahu siat-siatkan orang itu sampai lunyai. Rifqi hanya meneguk air liurnya. Pahit! Lantas telefon bimbit Haura dihulur kepada lelaki itu. Syahriz mengerutkan keningnya. Tanpa banyak soalan, lantas telefon bimbit ditangan Rifqi itu diambil. Mesej daripada nombor yang tidak dikenali dibaca.

Terima kasih bagi aku rasa isteri kau walaupun sekejap. I enjoyed it. Have a nice day. *fly kiss

Syahriz mengetap rahangnya. Secara tidak langsung tangannya mengepal membentuk buku lima.Dia tahu siapa punya angkara. Telefon milik Haura digengam kuat. Berani lelaki itu sentuh Haura. Memang maut dia beri nanti.

"Jantan tu memang nak mati!"rengus Syahriz. Baru saja dia mahu menapak pergi, Rafqi terlebih dahulu menahan lelaki itu. Syahriz merengus. Dia menolak tubuh lelaki itu namun masih tiada gerak balas. Lelaki itu masih kuat menahan dia.

"Sabar tuan, jangan ikut hasutan syaitan. Fikir pasal puan"halang Rafqi. Syahriz terus menatap Rafqi tajam. Hasutan syaitan apa nya! Lelaki itu memang berani menempah maut!

"Dia sentuh bini aku lah Raf! Kau ingat aku boleh sabar?!"bertak Syahriz. Dadanya turun naik menahan sabar. Jujur, dia tidak boleh sabar lagi. Kenapa lelaki itu mesti sasarkan Haura! Kenapa bukan dia saja! Sumpah dia tidak boleh menahan sabar lagi. Dia seperti mahu lunyaikan lelaki itu cukup-cukup!

"Ya. Saya tahu. Tua-"

"Habistu! Kau lepaskan aku. Biar aku bunuh mereka sekarang juga!"cantas Syahriz laju. Rafqi mengetap giginya. Dada lelaki itu ditolak sehingga lelaki itu terundur ke belakang.

"Kalau kau pergi sana, kau ingat kau boleh hidup lagi ke! Fikir guna otak lah Syahriz! Jangan ikut kehendak hati!"tengking Rafqi balik. Dadanya turut turun naik menahan sabar. Cukup lah. Kalau begini tuannya tak akan sedar. Puas dia memujuk daripada tadi. Sudahlah dia muntah banyak apabila sampai saja di sini tadi. Pening tahu tak! Syahriz tergamam. I-itu Rafqi ke? Wah, boleh tahan juga.

"Kau ingat kau siapa nak tengking aku! Kau cuma budak lah Rafqi!"balas Syahriz. Rafqi menjuihkan bibirnya. Budak? Eh, budak ni lah yang tolong kau dulu tahu!

"Budak yang kau kata ni lah yang selalu nasihatkan kau tahu! Kau memang tuan tak guna!"marah Rafqi.Rifqi pula sudah tercengang. Ah sudah. Bergaduh pula mereka ni. Lantas Rifqi bangun dari duduk. Wajah mereka dipandang bergilir ganti.

"Sabar. Jan-"

"Kau diam!"tengking Syahriz dan Rafqi serentak. Rifqi terkedu. Aish, sudahlah ini hospital. Mereka pula bergaduh macam budak-budak darjah satu. Haish, lantak lah.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now