BAB 24

2.8K 86 1
                                    

HAURA merengus apabila ada sesuatu yang menganggunya tidur. Dia mahu gerak tapi apakah daya badannya seperti dihimpap dengan batu. Berat sungguh.

Dia mengeliat sedikit. Perlahan-lahan matanya terbuka. Wajah kacak suaminya menjadi permandangannya saat matanya terbuka. Haura tersenyum kecil. Memang apa yang lelaki itu janjikan sudah tertunai.

Perlahan-lahan tangannya naik mengusap wajah lelaki itu. Daripada kening sehingga pipi lelaki itu dia sentuh. Apabila sampai saja di bibir lelaki itu, ada benda yang tidak kena. Bibir lelaki itu lebam. Lelaki itu bergaduh ke semalam?

Ke dia yang tidur lasak sangat sampaikan tertumbuk wajah lelaki itu? Eh tak mungkin. Dia bukannya lasak sangat pun. Mustahil!

"Morning Rose "

Haura terus tersentak. Bila lelaki itu bangun? Syahriz pula daripada tadi sudah tersenyum memandang wajah isterinya. Tangan kanannya mengusap lembut rambutnya. Tangan kirinya pula mengeratkan lagi pelukan.

"A-awak dah bangun?"

Syahriz menganggukan kepalanya. Bibirnya terlalu sakit mahu bercakap. Matanya daripada tadi hanya memandang wajah polos isterinya.

"Awak mesti lapar kan?"tanya Haura. Entah kenapa dia pula membelai rambut lelaki itu. Pelik betul. Selalunya pandang lelaki itu pun dia tak mahu apatah lagi sentuh.

Syahriz menganggukkan kepalanya. Dia sangat lapar. Mungkin kejadian semalam?

"Kalau macam tu saya masak untuk awak. Awak tunggu tau nanti saya datang balik ok?"kata Haura. Lekas dia terus berlari turun ke bawah.

Syahriz mengelengkan kepalanya. Mahu tergelak pun ada. Tapi apabila dia mengenangkan perbuatannya semalam, senyumannya terus pudar.

Hanya tuhan saja yang tahu dosa yang dia lakukan semalam.Orang tua tak sedar diri tu sudah mati ditangannya. Dia masih ingat lagi lelaki itu menjerit supaya dia hentikan semua itu.

Syahriz menumbuk wajah orang yang cuba menghalangnya. Botol yang berada di genggamannya dipecahkan. Serpihan kaca itu diambil.

"Tuan ki-"halang Rifqi.

"Bunuh semua orang yang ada dalam ni. No mercy."kata Syahriz.

Mereka menurut perintah. Dengan hati yang tidak rela, mereka membunuh semua orang yang berada di kelab malam itu kecuali ayah tuannya.

"J-jangan buat kerja gila Syahriz!"marah Dato Kwang. Dia mengundur beberapa tapak apabila Syahriz sudah mula mendekat.

"What? Macam mana kau nak ambil DD dari aku kalau kau penakut? We can see who much powerful now."kata Syahriz dengan nada belagak. Tanpa sebarang amaran, tubuh lelaki tua itu ditendang. Tubuh lelaki itu jatuh menyembah bumi.

"K-kau tak takut bila bini kau tahu?"

Apabila mendengar soalan itu , Syahriz mencebik. Haura? Dia terlalu naif untuk tahu. Cukuplah gadis itu hanya mengenali namanya. Itu sudah memandai.

SYAHRIZ ROSE[COMPLETE]Where stories live. Discover now