WAFIQ | 02

292 18 0
                                    

"Sumpahlah kau terima offer tu?!"

Aqil yang sedang menyunting rakaman suara di skrin besar komputer itu lantas memusingkan kerusinya ke belakang: ke arah sofa di mana Wafiq sedang duduk.

Wafiq yang dalam keadaan menyandar dan kaki bersilang itu hanya mengganguk kecil. Dia melihat Aqil yang masih terkejut itu untuk beberapa saat dan pandangannya kemudian terus beralih melihat keadaan ruang dalaman studio rakaman di mana dia dan Aqil sedang berada.

Dia meninjau peralatan-peralatan baharu yang berteknologi tinggi yang dia tidak pernah nampak sebelum ini. Skrin komputer yang besar tergantung megah di beberapa dinding dan di meja besar di keliling Aqil itu. Monitor-monitor yang tersusun di atas meja itu berkelipan dengan lampu yang terang. Oleh kerana ruang bahagian di mana dia dan Aqil berada dalam keadaan gelap dan hanya diterangi dengan lampu 'LED' berwarna biru, Wafiq dengan jelas nampak bilik rakaman yang terang dengan lampu dari tingkap kaca berhadapan dengannya itu. Bilik itu dihiasi dengan dinding pengedap suara dan beberapa mikrofon. 'Headphones' juga kelihatan tersusun dan tergantung kemas di atas kaki mikrofon di situ.

"Bila upgrade studio ni?." Wafiq bersuara dan kembali melihat kepada Aqil di kerusi itu.

Aqil secara tidak langsung melihat keadaan ruang studio itu secara sekilas. "Masa dua bulan kau hiatus tu. Team aku minta upgrade, so bos renovate sikit-sikit and tambah equiptment yang perlu."

Wafiq hanya mengganguk.

"Now, back to the topic." Headphone yang terpasang di telinga Aqil ketika itu diturunkan ke lehernya. "Macam mana kau boleh terima dengan mudah offer tu? like..aku tak boleh brain..sebab seingat aku..kau dah tak accept mana-mana offer yang kena collab dengan other voice actor sebab semua tak menepati citarasa kau."

"Aku terpaksa." Wafiq menjawab sambil memandang ke siling.

"Kenapa?" Aqil lantas membalas dan Wafiq secara tidak langsung terus berpaling kepada Aqil. Dia dengan jelas nampak anak mata Aqil bersinar dengan perasaan ingin tahu.

"Bro, aku lenyap dua bulan. DUA BULAN. Kau tahu kan aku macam mana. Aku tak pernah rehat selama ni. Aku tak pernah ambil cuti untuk benda yang sia-sia." Wafiq kembali duduk dengan tegak dan menyambung.

"But suddenly, aku terpaksa ambil cuti disebabkan accident tu. Lepastu, tak pasal-pasal kerjaya aku hampir lenyap sebab budak baru debut tu. Kau expect aku tolak offer tu? Memang tak lah, aku takkan biar dia rampas hak milik aku."

"Kau rasa kau boleh ke kerja ada partner?" Aqil membalas.

"Aku sanggup buat apa je demi selamatkan kerjaya aku. Aku yakin aku boleh handle kerja dengan orang lain." Wafiq menyambung.

"Okay, bro. Aku faham. Cuma..aku harap kalini kau tak strict sangat, jangan sampai partner kau untuk projek ni pun undur diri macam partner kau yang lain-lain sebab kekejaman kau." Aqil berkata.

"Yang tu aku tak boleh janji." Wafiq membalas.

"Tak boleh, bro. Sumpah kalini kau jangan buat hal camtu." Aqil berkata.

Wafiq hanya mengangkat sebelah keningnya dan berkerut sebagai balasan. "Asal?"

"Tak ramai yang sanggup nak kerjasama dengan kau, kau tahu tak? bila actor lain dengar nama kau, diorang terus reject tawaran. Sumpah team produksi struggle gila nak cari orang yang sanggup nak colab dengan kau. Out of all voice actors yang dipilih, sorang je yang setuju...which is, partner kau untuk projek ni. So, jangan buat hal."

Walaupun Wafiq adalah pelakon suara no.1 negara dengan kehebatan yang sememangnya diperakui oleh setiap orang, tetapi, majoriti pelakon suara yang lain sering tidak mahu bekerjasama dengan Wafiq dalam suatu projek. Ini semua kerana, sifat keperibadian Wafiq yang tidak berperikemanusiaan. Dirinya yang tegas dan terlampau cerewet telah membuatkan orang lain tidak mampu untuk menurut langkahnya sehinggakan kesemua mereka berputus asa dan mengundur diri.

Dan Mungkin,Where stories live. Discover now