WAFIQ | 27

198 21 0
                                    

"I never really..."

Satu tangan menarik lengan bajunya dan Wafiq serta-merta terhenti dari percakapan apabila dia tersedar yang dia ketika itu sudahpun duduk di baris paling hadapan roller-coaster itu.

Sebelum sempat dia berbuat apa-apa, roller-coaster itu sudahpun bergerak perlahan-lahan.

"I never...I never..ni first time saya naik.." Wafiq sedikit berdebar apabila tunggangan itu mulai bergerak semakin tinggi.

"Wha—ARGHHH"

Suara di sebelah Wafiq tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila roller-coaster itu mula menjunam dengan laju.

Wafiq yang jantungnya seakan luruh ke lutut menutup mata. Mulutnya diketap rapat dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Manakala, kendengaran di belakangnya dan sebelahnya jeritan dan sahutan yang kuat.

Pergerakan yang laju dan berpusing-pusing itu membuatkan badannya dan rambutnya seakan menari laju. Matanya yang ditutup itu dibuka selepas beberapa saat. Melihat ke sekitar dalam keadaan yang senyap, dan mendengar jeritan yang dikeluarkan dari mulut orang ramai, keterujaan tiba-tiba dirasai.

Wafiq secara tidak sedar ketawa ketika itu dan mula mengangkat kedua tangannya untuk menikmati keterujaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Wafiq menarik nafas, dan jeritan yang kuat dilantunkan keluar dari mulutnya.

***

Satu tangan menyarungkan sesuatu pada kepala Wafiq, dan apabila dia berpaling ke skrin hadapan, dia sedar dengan 'headband' telinga kucing berwarna hitam di atas kepalanya.

Beberapa saat kemudian, skrin photobooth itu mula berbunyi dan bersuara.

"CAPTURE TIME!"

"1"

"2"

Wafiq dapat merasa tangan kiri yang menyarungkan kepadanya sebentar tadi memegang bahagian kecil pada headband di kepalanya dan mula melakukan gaya untuk bergambar. Tangan kanan seseorang itu pula dilunjurkan ke depan dan jari jemarinya mula dibentuk kepada 'peace sign'.

Wafiq mulanya hanya senyum, dengan kedua tangan berada di ribanya, tetapi individu di sebelahnya lantas menarik lengan baju Wafiq dan menaikkan tangan Wafiq sehingga ke paras pipi.

Wafiq pun secara tidak langsung membuat gaya 'peace sign'

"3"

"PERFECT!"

***

"More! more! more!"

Wafiq berkata-kata sambil tangannya laju melontarkan bola-bola ke dalam jaring yang bergerak-gerak di mesin permainan 'basketball' di depannya itu.

Wafiq tergelak-gelak sambil matanya sering memaling ke mesin yang sama di sebelahnya itu. pandangannya fokus kepada markah yang terpapar di situ. Markah orang di sebelahnya itu jauh berbeza dengan markahnya. Bola yang dilempar oleh individu di sebelahnya itu pun jarang memasuki jaring.

"NOOOOOO!!"

Wafiq tergelak mendengar jeritan di sebelahnya itu sambil dia membalingkan bolanya yang kerap masuk ke dalam jaring dengan sempurna.

Apabila detik kiraan mula berbunyi untuk memberi tanda yang permainan hampir tamat, huru-hara semakin dirasai.

"ARGHHH! No! No! No!" Suara di sebelahnya kendengaran perlahan kerana ruang itu riuh dengan suara orang ramai dan bunyi yang datang dari permainan-permainan yang lain.

Apabila permainan itu tamat, Wafiq terus melompat di kedudukannya berkali-kali.

"WOOOOOH!!! LET'S GOOOOOOO!!! I WINNNN"

"You're going to pay for the waffles!"

Dan Mungkin,Место, где живут истории. Откройте их для себя