UMNIYA | 11

193 15 0
                                    

seminggu selepas Wafiq sedar dari koma

"It's called Post-Traumatic Amnesia. It's very common untuk some patients to be unable to remember some things just after mereka sedar dari coma. Usually, untuk pesakit yang kemalangan, macam Encik Wafiq, kebiasaannya they will regain back their lost memories within days or a few week. The success rate is about 90%. It's very normal, so puan doesn't have to worry too much."

Fikiran Umniya berterusan mengingati kata-kata doktor yang dikata pada seminggu yang lepas. Dirinya setiap hari khuatir dengan keadaan suaminya yang tiada kemajuan. Dia bukanlah mempersoalkan kenyataan doktor itu, tetpi setiap hari sepanjang minggu yang lepas, Wafiq tidak langsung dapat mengingati walau satu pun memori kecil tentang Umniya.

Dan apa yang lebih menghiraukan, keadaan Wafiq juga tidak seperti yang dikatakan oleh doktornya...

.

Seminggu yang lepas (dua hari selepas Wafiq sedar dari koma)

"You remember? masa first time kita jumpa? ingat tak gambar ni?" Umniya menunjukkan gambar polaroid yang dia simpan di album gambar mereka. Dia kemudian menyelak helaian album itu dan menunjukkan gambar yang lain.

"Ingat our first selfie? this tree? Where it's all started?" Umniya senyum seorang diri.

Apabila dia berpaling ke Wafiq, suaminya itu kelihatan menggigil di posisinya. Tangannya terketar-ketar memegang polaroid yang diberi oleh Umniya itu.

"Saya isteri awak. Kita dah kahwin. Do you remember?" Umniya menunjukkan cincin di jari manisnya.

"No..no..no..ini bukan saya...saya belum.. kahwin... ARGHHHHHH"

Wafiq menjerit sambil kedua tangan mengenggam kepalanya. Urat di dahinya mula timbul dengan jelas dan peluh mulai menunjukkan kewujudannya.

"ARGHHHH"

Umniya yang terkedu dengan situasi itu lantas bangun dari kerusi dalam keadaan tergamam. Gambar-gambar yang berada di atas katil itu jatuh bersepah ke lantai oleh kerana Wafiq yang meronta dan tidak keruan itu.

Ketika itu, doktor dan beberapa jururawat muncul apabila mendengar jeritan Wafiq dari luar.

Umniya masih terpaku di posisinya. Matanya tidak lerai dari melihat keadaan suaminya itu.

"Puan, puan. Maaf, tapi puan diminta untuk keluar sebentar. Kami perlu periksa keadaan Encik Wafiq."

Tiada jawapan yang dibalas dari Umniya. Dia masih terpaku di posisinya.

"Puan, minta beri kerjasama. Puan?" Jururawat itu akhirnya menarik tangan Umniya dan menggerakkan Umniya keluar dari bilik itu.

"Maaf, puan, tapi puan kena keluar."

.

Seminggu yang lepas (tiga hari selepas Wafiq sedar dari koma)

Umniya dengan ceria melangkah masuk ke dalam bilik pesakit untuk melawat suaminya.

"Saya ada masakkan lauk kegemaran awak—"

Wafiq yang sedang berbual bersama ibunya yang duduk di sebelahnya itu secara tidak langsung berpaling ke Umniya yang berada di pintu.

Wafiq melihat Umniya sejenak dan kemudian berpaling ke ibunya.

"Ibu, ni siapa?"

.

Seminggu yang lepas (empat hari selepas Wafiq sedar dari koma)

"Saya ada..bawa sesuatu." Umniya berkata sambil matanya menjeling ke kedua mertuanya yang berdiri di tepi katil Wafiq.

Wafiq yang seakan baru mengenali Umniya beberapa jam yang lepas, hanya mengganguk dari posisinya.

Umniya menarik nafas sedalamnya untuk beberapa saat dan mulai mengeluarkan album bersaiz a3 keluar dari beg tangannya.

Dia perlahan-lahan mendekati Wafiq dan meletakkan album itu di atas selimut.

Wafiq berpaling kepada kedua orang tuanya untuk seketika dan apabila ibu bapanya mengganguk lembut, dia kembali melihat album itu.

Setelah beberapa saat dia merenung, dia akhirnya menyelak muka pertama.

Matanya terus dipaparkan dengan gambar perkahwinan mereka berdua.

Dengan jelas terlihat di dalam gambar itu, Umniya memegang jambangan bunga dengan senyuman yang lebar sambil memandang ke Wafiq di sebelahnya. Wafiq juga senyum dengan lebar sambil tangannya erat memegang tangan kecil Umniya.

Melihat gambar itu, tangan Wafiq mulai menggigil. Matanya sedikit terbeliak. Dia menelan air liur dan teruskan menyelak ke muka yang lain.

Setiap paparan gambar yang lain, Wafiq menjadi semakin tergamam. Keadaannya badannya pula semakin menggigil.

Dahinya mulai berpeluh.

Selakkan album yang pada awalnya perlahan menjadi semakin laju dan laju.

Nafas Wafiq mulai pendek. Urat di dahinya semakin menonjol.

Umniya yang melihat keadaan itu mula memaling ke arah kedua mertuanya. Ibu dan ayah Wafiq juga mulai risau dengan kelakuan anaknya itu.

"Urghhh..Urghh.."

Selakkan muka album itu terhenti apabila Wafiq mula mengerang dalam keadaanya menggigil. Dia menekan kepala dengan kedua tangannya.

"ARGHHH...sakitt!! ARghhhhhh."

Wafiq yang dalam posisi duduk lantas terbaring sambil mengerang dengan teruk. kedua kakinya dilunjur sehingga ke perut dan dia meronta kesakitan sambil menekan kepalanya.

Umniya ketika itu menangis dan mulai panik.

Tidak sempat berfikir apa, dia terus berlari keluar untuk mendapatkan pertolongan doktor.

.

Seminggu yang lepas (lima hari selepas Wafiq sedar dari koma)

Umniya merenung Wafiq yang masih tidur di katil itu. Selepas beberapa minit, Wafiq secara perlahan bangun dari lelapnya.

"Sayang dah bangun?" Umniya dengan lembut menyapa dan mengusap tangan Wafiq yang masih erat dipegangnya.

Wafiq berkelip beberapa kali dan apabila dia berpaling ke Umniya, dengan lantas dia menepis tangannya yang dipegang itu. Dengan riak wajah yang cuak, dia menjauhkan diri dari Umniya.

"Awak...awak siapa?"

Dan Mungkin,Where stories live. Discover now