UMNIYA | 14

205 26 0
                                    

"Cara yang biasa digunakan untuk help recover loss memories mungkin tak boleh berjaya kalau dilakukan kepada Encik Wafiq."

"Seperti cara yang obvious macam puan pernah buat, macam tunjuk gambar, show videos, beritahu dia pasal puan and more. Cara tu tak berjalan dan hanya akan effects his mind worse sebab forcing something his mind trying to block from masuk."

"Sebab this whole memory might be something he doesn't want to remember, so, forcing him to remember will do nothing."

"Kita boleh kembalikan memori dia tapi dengan cara yang berbeza. Alternatif yang subtle, yang tak terlalu jelas, yang takkan triggers his mind."

"Apa yang saya maksudkan, kita ingatkan dia, tapi kita tricks his mind into thinking yang he's the one that naturally remembers. So that way, his mind takkan block or cuba buang anything yang dah recover. It will stay inside while the other lost memories slowly come back as well."

"And insyallah, over time, he will fully remember."

.

Umniya termenung sendirian di meja kerjanya mengingati kata-kata yang doktor psychiatrist nyatakan kepadanya tempoh hari.

"Apa yang aku nak buat..." Umniya mengeluh perlahan. Dirinya kian buntu memikirkan cara yang boleh dilakukan.

Dia kemudian berpaling ke tingkap yang dibuka di sebelah kanan ruang itu. Dia meninjau pemandangan hijau dari laman belakang rumahnya. Sinaran matahari memancar lembut ke ruang kerjanya bersama angin yang sepoi bertiup dari luar.

Tiupan angin yang sedikit kuat itu secara tidak langsung telah menjatuhkan beberapa helai kertas dari meja besar yang berada di belakang Umniya. Melihat keadaan itu, Umniya terus bangkit dari kerusinya dan mengutip kertas yang bertaburan di lantai itu.

Sambil dia mengambil kertas itu satu per satu, matanya meninjau sekilas kepada penulisan di atas muka kertas itu. Ianya cetakan draf manuskrip tentang kisah dirinya dan Wafiq yang sudah lama dia tulis untuk dibukukan sebagai hadiah kepada Wafiq untuk ulang tahun kedua perkahwinan mereka yang bakal tiba dalam masa 8 bulan.

Umniya senyum sendiri, tetapi senyuman kecil yang timbul di mukanya terus hilang apabila dia teringat kepada realiti yang dia sedang alami sekarang.

"Will we be able to celebrate aga—"

Umniya terdiam apabila dia secara tiba-tiba terfikirkan sesuatu pada saat itu.

Matanya kemudian kembali melihat kertas-kertas di lantai itu.

Meninjau pula kepada cetakan di genggamannya, dia lantas mengutip cetakan lain yang masih bertaburan dan terus membawanya ke meja kerja.

Sebaik sahaja dia meletakkan cetakan-cetakan itu di atas meja, tangannya dengan pantas mencapai telefonnya yang juga berada di situ.

Dia tanpa berlengah terus membuat panggilan kepada Aqil ketika itu.

"Hello?" Aqil menjawab di sebalik talian.

"Aqil, aku dah jumpa caranya. Cara untuk kembalikan memori dia."

"Oka—"

"Tapi, kau kena anggap yang kau tak kenal aku."

"Semua orang."

"Termasuk ibu dengan ayah Wafiq."

"Anggap aku ni sebagai stranger."

***

haa! terkejut kan, tetiba saya publish lagi, patutnya minggu depan ahahha

harini otak saya aktif semacam tak tahu kenapa, idea masuk berpusu-pusu, x rilek betul

bukan selalu imaginasi aktif, jadi honney pun ambil peluang untuk tulis terus sebab kalau biar, nanti idea hilang macamtu je, rugi kann.

great news untuk honeybees lah ni hehe

okklah, author nak sambung tulis, bye!!!!!! sending love and hugs for everyone!

Dan Mungkin,Where stories live. Discover now