WAFIQ | 28

222 22 0
                                    

"What the— what is happening here?"

Wafiq yang tertidur itu jurus tersedar apabila mendengar suara yang kuat tiba-tiba muncul.

Wafiq memandang ke sekeliling untuk memokuskan pandangannya yang masih kabur. Dia menggosok matanya beberapa kali dan fokus akhirnya semakin jelas.

Dia kemudian berpaling ke sebelahnya dan Umniya juga tertidur sepertinya. Gadis yang kepalanya sedang tersandar di dinding di sebelahnya pun mulai bangun perlahan-lahan.

Wafiq mengalihkan pandangannya ke pintu, dan nampak Aqil sedang berdiri dengan kebingungan di situ.

"What are you..guys doing here?" Aqil berkerut dan cuba untuk membuatkan situasi itu masuk akal kepadanya.

Wafiq pun bangun dalam keadaan kakinya yang sedikit kebas. Kelenguhan terus dirasai ketika itu berpunca dari duduk terlalu lama dan kurang pergerakan.

"Haihh, kau kan—" Wafiq yang hendak bergerak ke Aqil itu berhenti apabila ternampak mekanik yang sedang mengemas di belakang rakannya itu.

Aqil pun secara tidak langsung mengikut anak mata Wafiq dan terus seakan teringat dengan situasinya.

"Kejap, bagi aku setel ni jap." Aqil berkata dan mula bergerak bersama mekanik itu ke ruang studio.

"Ow...."

Wafiq kembali berpaling ke lantai apabila mendengar rintihan perlahan Umniya. Dengan jelas, gadis itu sedang cuba untuk bangun, tetapi kakinya kebas.

Wafiq terus menghulurkan tangannya kepada Umniya.

Gadis itu tanpa berlengah mencapai lengan baju Wafiq sebagai bantuan untuk memudahkan dirinya bangun.

Melihat keadaan itu, entah kenapa, Wafiq terus teringat kepada mimpinya sebentar tadi.

Satu tangan menarik lengan bajunya dan Wafiq serta-merta terhenti dari percakapannya apabila dia tersedar yang dia ketika itu sudahpun duduk di baris paling hadapan roller-coaster itu.

.

Wafiq mulanya hanya senyum, dengan kedua tangan berada di ribanya, tetapi individu di sebelahnya lantas menarik lengan baju Wafiq dan menaikkan tangan Wafiq sehingga ke paras pipi.

.

Wafiq terkedu seketika. Lama dia merenung kepada lengan bajunya yang sudah lama dilepaskan oleh Umniya itu.

"Wafiq?"

"Wafiq!"

Wafiq kembali dari lamunannya dan berpaling kepada Aqil yang memangilnya itu.

"Kau dengar tak aku cakap?" Aqil bertanya.

"Huh? tak." Wafiq cuba untuk tidak terlalu memikirkan perkara di dalam fikirannya itu.

Dia terus membantu Umniya mengambil barangannya dan keluar dari bilik rakaman itu bersama.

"Asal korang dalam tu?" Aqil yang berjalan di belakang mereka berdua bertanya.

Wafiq meletakkan barangan Umniya di sofa dan segera memusing ke Aqil dengan bengis.

"Baru nak tukar tombol tu? kau tau tak kitorang dalam tu stuck berapa lama?" Wafiq melihat jam yang tergantung di dinding studio itu. "5 jam. LIMA."

"Lahh, kenapa tak call?" Aqil menggaru kepalanya, masih bingung dengan situasi Wafiq dan Umniya itu.

Wafiq hanya mengeluh.

"Panjang ceritanya.." Umniya membalas dari sofa.

***

"Bahahahhaha."

Aqil gelak dengan kuat apabila Umniya selesai menceritakan situasi mereka daripada awal.

Wafiq yang melihat keadaan itu segera mencekik gurau rakannya yang masih ketawa itu. "Kau rasa kelakar benda ni? aku nak marah pun tak boleh, sebab kau datang."

Aqil yang masih digoncang oleh Wafiq itu semakin kuat ketawa. "Ye doh! kalau aku tak datang, mesti korang stuck 24 jam dalam tu. Aku hero lah ni."

Wafiq menumbuk lembut dada rakannya itu dan kembali duduk di sofa. "Herolah sangat. Aku dah hampir mati kutu bila nampak mesej kau cancel session harini."

"Nasib baik awak ada, Aqil." Umniya yang duduk di sebelah Wafiq ketawa kecil.

"Nasib aku plan nak tukar tombol tu harini, kalau tak—"

"Mati kitorang." Wafiq dan Umniya jawab serentak.

Aqil yang ketawa lantas berhenti dan terus merenung Wafiq dan Umniya di sofa untuk seketika.

"Hmmm.."

Aqil meneliti keadaan mereka berdua dan kemudian senyum sendiri apabila menyedari yang Wafiq dan Umniya kelihatan rapat berbanding sebelum ini.

Dia kemudian terus berpusing dan menghadap ke komputernya.

"Bagus jugak korang tersekat dalam tu sebenarnya."

Dan Mungkin,Where stories live. Discover now