Umniya; Hajat. Seperti erti yang terukir pada namanya, Umniya memegang erat kepada satu-satunya Hajat yang dirinya gian untuk capai. Tiada apa yang lebih penting dari itu; tiada. Wafiq; Kejayaan. Keinginan untuk meraih kejayaan sentiasa menjadi cogan kata untuk hidupnya. Pengertian namanya itu adalah frasa di dalam kamus dirinya. Wafiq tidak pernah gagal; dia sentiaㅡPerlu berjaya. Dua insan dengan kehendak berbeza, Disuakan dengan Satu Harapan yang sama. Iaitu, untuk berjaya. Dan mungkin, Ia akan tercapaiㅡataupun tidak.