UMNIYA | 08

194 18 6
                                    

2 bulan yang lepas, beberapa jam sebelum kemalangan Wafiq

'TUK'

Pintu rumahnya dibuka dan mata Umniya terus bergerak melihat ke arah di mana bunyi itu muncul. Dia yang sedang duduk di meja makan di dapur itu tidak berganjak dan hanya meneruskan menatap ke ruang laluan di hadapannya.

Beberapa saat kemudian, Wafiq muncul di depan ruang laluan itu. Dia berjalan sambil melonggarkan tali leher di kolarnya. Riak wajahnya berkerut dan kelihatan penat. Dia masih tidak perasan dengan keberadaan Umniya di meja makan dan apabila dia menoleh, dia terus berhenti dari langkahnya.

"Sayang mungkir janji." Umniya dengan monyok berkata. "Again."

Wafiq mengeluh dan meletakkan beg kerjanya di salah satu kerusi di meja makan itu.

"I'm really..sorry. Kerja harini sumpah hectic."

Umniya menjeling dan merenung ke lauk-pauk yang sudah sejuk setelah dibiarkan lama terhidang selepas dia bersungguh masak beberapa jam yang lepas.

"It's always kerja, kerja." Umniya membalas.

Wafiq kian mengurut dahinya dan beransur jalan ke peti ais, tidak cuba untuk bergaduh. Dia mengeluarkan minuman sejuk dan sekali gus air itu diteguk.

"Saya dah tak ingat bila last kita makan sama-sama." Umniya berkata sambil matanya mengikut pergerakan Wafiq.

"Saya bangun pagi, awak dah pergi kerja. Bila saya nak call ajak lunch, phone off. Nak dinner, pukul 3 pagi baru balik."

Wafiq hanya berdiam diri.

"Saya ke yang salah?" Umniya menuding jari ke dirinya.

Wafiq mengeluh dan mencekak pinggang dari kedudukannya. "Sayang kena faham saya. Saya buka—"

"Kerja awak lagi penting dari saya ke?" Umniya memotong.

Wafiq jurus menutup mata dan mengambil nafas.

"Ya, saya faham, awak busy. Tapi saya pun busy, and itu tak jadi alasan untuk saya tak dapat bahagikan masa untuk orang yang saya sayang."

Wafiq dengan lantas berpaling kepada Umniya. "It's not fair. Awak rasa saya tak bahagi masa untuk kita? awak ada nampak saya waktu cuti pergi lepak dengan kawan? pergi studio? buat kerja?"

Wafiq mengeluh. "Masa saya fully dihabiskan dengan awak."

Umniya terus berkerut. "oh, maksud awak, awak selama ni tak nak habiskan masa dengan sayalah. Kenapa tak pernah cakap awak nak keluar lepak ke apa? saya tak pernah halang awak untuk buat benda yang awak suka—"

"Bukan tu maksud saya—"

"habistu apa?" Uminya menyilangkan tangannya.

Wafiq mengeluh sambil menunduk. "Can we just not fight? I don't think I can handle it. Today has been rough already."

Wafiq berjalan mendekati meja makan. "It's okay, we can re-heat the lauk and eat."

"This is not about the food, Wafiq." Umniya bangun dan menghalang Wafiq di depannya. Intonasi suaranya kian kedengaran semakin tegas.

"What's wrong with you?" Wafiq semakin berkerut. "I don't want to fight."

"What's wrong with me?!" Umniya terkedu. "What's wrong with you?"

Wafiq memegang kepala dengan kedua tangannya dan menghela nafas panjang. "I can't...we both need to calm down."

Wafiq kemudian mencapai kunci kereta di meja makan itu dan mulai melangkah pergi.

"Of course. See? This behavior. Again. Running away from the situation. Kenapa mesti nak lari?  saya tak faham. Benda ni takkan settle kalau perangai awak macam ni." Umniya menggosok rambutnya kasar.

Wafiq hanya balas senada.

"I'm really sorry, but I need to clear my mind and forget about this."

Dan Mungkin,Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt