T E A || 02

7.7K 340 2
                                    

Empat tahun lalu...

ELYA mengatur langkah menuju ke arah bilik bacaan yang tidak jauh dengan ruangan yang dia duduk sebentar tadi. Hatinya sudah memanas dan dalam masa yang sama hatinya terasa sakit. Sakit ditipu oleh orang yang dia sayangi.

Rasa bagaikan hatinya ditoreh.

Dia berjalan sambil tangan kanannya memegang sebuah kotak yang telah dibuka penutupnya.

Sampai sahaja dihadapan pintu, tombol pintu dipulas tanpa mengetuk dahulu. Pintu kayu jati itu dikuak ke dalam dengan kasar.

Perbuatannya tadi telahpun berjaya menarik perhatian seorang lelaki yang dari tadi duduk membelakanginya dan kini sedang duduk menghadapnya. Lelaki itu seakan terpinga-pinga melihat Elya.

"Kenapa sayang? Are you okay?"

Elya tanpa membuang masa mencampakkan kotak yang dipegang tadi ke atas meja lelaki itu. Kotak itu benar-benar mendarat dihadapan lelaki itu.

Mata lelaki itu membutang besar apabila melihat beberapa keping gambar yang berselerak di dalam kotak.

Gambar dirinya bersama dengan seorang wanita.

Di atas pelamin.

Mereka berdua tampak gembira sekali.

Lelaki itu bangun dari duduknya.

"Sayang dapat daripada mana?" Dia berjalan menghampiri Elya lalu tangannya menyentuh bahu wanita itu tetapi gagal. Elya terlebih dahulu menepis kasar tangan kekar lelaki itu. Rasa jijik tika ini.

"Siapa bagi dekat sayang?" Soal lelaki itu. Mendengar soalan yang baru sahaja ditujukan kepadanya, Elya terus ketawa sinis.

"So maknanya betul lah semua ni?" Lelaki itu diam.

"Maknanya betul lah awak tipu saya, Ezra?"

"Awak sebenarnya dah kahwin, kan?"

"JAWAB!!!" Jerit Lya apabila melihat lelaki itu diam. matanya memanas tanda air mata mulai bertakung.

"Aku sayangkan kau Lya, sebab tu aku tipu kau..." sekali lagi wanita itu tergelak sinis. Sungguh dia terasa seperti perempuan bodoh disaat ini.

"Awak ingat saya ni memang nak jadi perampas ke, hah? Kalau lah saya tak bodoh pergi percayakan awak, kononnya awak belum berkahwin lah lepastu saya pergi goda awak sampai kita hampir terlanjur, mesti takkan jadi macam ni kan?" Soalnya sinis. Air matanya sedikit demi sedikit mengalir.

"Kalau lah saya tak bodoh malam tu, mesti kita takkan bersetuju nak kahwin semata-mata tak naklah buat maksiat dalam bilik bagai, nak terus halal..."

"Mesti saya takkan terseksa dengan fikir yang saya ni perampas suami orang tu semua!"

Elya menepuk tangannya.

"Bravo! You just ruined my entire life, you dumbshit!!!" Carutnya tanpa memperdulikam reaksi suaminya sekarang ini. Dia memalingkan tubuh badannya. Kakinya diangkat mahu melangkah tetapi dia kembali menghadap suaminya.

"Oh I almost forgot about this shit! From now on, awak takkan jumpa saya lagi dan kalau awak jumpa pun, itupun dekat kubur saya. Bye bastard!" Katanya dengan sinis sebelum kembali membuntuti suaminya dan berjalan beredar dari ruangan itu.

END FLASHBACK

"Elya..." wanita itu masih diam.

"Elya..."

"Elya Aurea..."

"Woi mak lampir!" Wanita itu terus tersentak. Dengan pantas dia mencerlung kawan baiknya. Dengan berani Amara memanggil dirinya 'mak lampir', jadi betul-betul kang!

Telefon pintar yang jatuh dari pegangannya kembali diambil.

"Nak apa!" Soalnya malas.

"Marah-marah aku pula! Buat bazir air liur aku je pergi panggil kau tapi tulah dari tadi kau asyik termenung macam mati laki!" Hamburnya. Padanya, baik lepaskan geram cepat kalau dipendam lama, mahu tujuh kaki kebawah Amara kerjakan si Elya.

"Eleh! Mahal sangat ke air liur kau tu?" Soal Elya selamba.

"Haah mahal. Kalau aku ludah memang confirm esok kau bangun, wangi je muka kau. Tak pasal-pasal, dapat hidayah awal!" Hujung bibir Elya terangkat. Geli pula dia mendengarnya.

"Kenapa buat muka macam tu? Nak?" Elya menggeleng laju. Tak kuasa dia nak angguk. Dia lebih rela masuk dalam mulut jerung daripada kena ludah dengan Amara.

"Tahu pun takut..."

"Ni hah, nyah! Kau dah kenapa termenung macam tak ada otak tadi tu? Mati laki ke?" Soalnya. Elya sudah terkumat-kamit. Kalau Amara dengar, memang mental dibuatnya.

"Taklah, mati rasa..."

"Mati rasa tu bukan ke yang dalam lagu Mahalini. Yang kisah sempurna tu? Awat? Berantakan ke hidup kau nyah?" Elya sudah gigit bibir. Boleh tahan payah juga ada kawan otak tiga suku seperti Amara.

Memang malanglah siapa yang kahwin dengan kawan dia ni.

"Tak bego, aku tak sebut lagu!"

"Habis tu?"

Mata Elya bergerak keatas dan kebawah berkali-kali memandang Amara.

Bombastic side eye,
Criminal offensive side eye,

"Dah lah aku nak tidur. Layan kau lama-lama, boleh jadi bebal aku..." katanya sebelum masuk ke dalam selimut. Amara bangun dari duduknya di birai katil.

"Bukan ke kau memang bebal ke? Bebal kuasa dua!" Elya sudah berdecit. Geram pula dia dengan Amara. Dia baru nak tidur, dah kena pula kacau dengan kawan berperangai persis seperti setan.

Maklumlah baru sahaja dilepaskan selepas 30 hari diikat.

~~~~~~

"TUAN dah ada pewaris ke?" Soal seorang lelaki di dalam talian. Ezra yang mendengarnya terus berkerut kening. Pewaris? Anak? Sejak bila? Sudah lima tahun dia berkahwin dengan Serra tetapi masih belum lagi dikurniakan seorang anak.

"Tak ada, kenapa?"

Lelaki itu diam seketika.

"Sebab tunang saya ada bagitahu saya tadi, dia ada seorang murid lelaki berumur empat tahun yang nama dia berbinkan nama tuan..." ruas dahinya berkerut seribu.

"Siapa dia?"

[......]

Matanya membulat besar selepas nama yang disebut oleh lelaki yang berada di dalam talian menyapa sistem pendengarannya.

"Kau cari segala maklumat dia . Tak kisahlah mana-mana sistem ke apa, aku nak tahu siapa dia, bila dia lahir dan siapa ibu dia."

"Baik tuan." Selepas itu panggilan ditamatkan. Telefon pintar yang berada di tangannya diletakkan ke atas meja semula. Kedua-dua tangannya diletakkan atas meja.

"Siapa?"

Sungguh dia terkejut disaat ini. Bebola matanya bergerak-gerak. Dia menelan air liur payah. Sedaya upaya dia cuba untuk kembali berfikir dengan normal. Harap ianya bukan perkara yang berkait rapat dengan dirinya.
.
.
.
.
.
TBC.

Do votes and comments ya sayang semua?

-E.N🤍

𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Where stories live. Discover now