T E A || 50

3.2K 145 3
                                    

DERUAN angin dingin di waktu malam memukul lembut kulit di tubuhnya. Bunyi tumbuh-tumbuhan perhiasan di laman yang saling menolak dan memukul antara satu sama lain kuat didengari apabila angin kencang mulai bertiup ke arah mereka.

Sang wanita mulai mendongak melihat langit malam yang hanya berawan dan secara automatik menyembunyikan kehadiran bulan purnama. Kemudian dia kembali kalihkan pandangannya ke arah laman semula sebelum mengeluh perlahan seakan memikirkan sesuatu.

"Puan."

Elya terus menoleh ke arah si empunya suara itu.

Syafiez Adam.

Lelaki itu hadir bersama sebuah fail berwarna biru di tangannya kemudian fail itu diletakkan di atas meja sebelum digerakkan ke hadapan Elya.

Elya menjongket keningnya tidak faham.

Apa yang lelaki itu mahukan?

Mengapa Syafiez menyerahkan fail itu kepadanya?

"You should open it. In this file, you will find the truth about your life and also the truth instead of lies that everyone told you before this." Kata Syafiez sambil jari telunjuknya menunding ke arah file tersebut.

"Maksud awak?"

"Just open and read, Puan Elya Aurea. Puan layak untuk tahu tentang benda ni. Semuanya ada dalam ni dan ia mampu menjawab segala persoalan di dalam minda Puan." Jelas Syafiez lagi.

Elya terdiam. Dia kaku sebentar sebelum teragak-agak membuka fail tersebut. Usai dia membuka fail biru itu, matanya tertancap pada maklumat yang tertera pada kertas di dalam fail tersebut.

TAN SRI MAHADI LAST WISHES

1. All property owned by me and my wife will be given to our daughter.

2. The mansion that is just in the process of being built and located on Prisluake hill belongs to my daughter and will be given to her when she is 18 years old.

3. I entrust Dato' Ghazi to take care of my daughter even from a distance and always protect her like his own child.

4. If you don't mind, I would like my daughter Elya Aurea Binti Ismail Mahadi to be married to Dato' Ghazi's son, Ezra Aqasyah Bin Ghazi.

I am very confident that Ezra can take a good care of my child and be able to take my place when my wife and I are no longer in this world.

Elya Aurea menekup mulutnya. Satu muka surat pun sudah mengejutkan dirinya. Jadi yang selebih muka surat fail ini, bagaimana pula?

"J-Jadi..."

"Perkahwinan Puan dan Tuan Ezra memang secara dirancang oleh arwah Tan Sri sendiri dan juga Dato' but trust me, Tuan Ezra's feelings to you are real..." Kata Syafiez terlebih dahulu kerana takut wanita itu terus jump into conclusions.

"Pada mulanya, dia membantah dengan rancangan tersebut tetapi akhirnya dia mula setuju."

"Jadi memang perjumpaan kami berdua dekat London memang dirancang?" Soal Elya. Walaupun berasa sedikit sakit untuk diterima tetapi terpaksa juga. Dia sangkakan pertemuan mereka buat kali pertama hanyalah sebuah takdir tetapi sayangnya....

Sebaliknya.

"It's true but when the second time he looked at you in the store, he fell for you. Not because the tensions between you two but your warmth and your beauty managed to melt his cold and icy heart." Jelas Syafiez lagi.

"Dia cakap macam tu?"

"Tuan kata perasaan dia masa tu indescribable. Dia kata dia tak pernah rasa macam tu masa dia kahwin dengan arwah bekas isteri dia. Tak pernah sekuat itu." Kata Syafiez lagi. Masih segar di ingatannya Ezra menceritakan tentang bagaimana dia boleh jatuh suka dengan isterinya.

𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Donde viven las historias. Descúbrelo ahora