T E A || 37

3.9K 270 13
                                    

SEMUA mata tertumpu pada lelaki yang sedang duduk di atas sofa yang berwajah tegang tanpa secalit senyuman. Tertumpu juga pada seorang gadis yang sedang berada di dalam pelukan ibunya sambil menangis teresak-esak.

"Aunty tak sangka yang Ezra sanggup buat macam tu pada Qayla. Kalau nak sangat dengan dia, kahwin lah dengan dia! Jangan anggap macam pelacur!" Tempik Datin Qailah. Naik turun dadanya melihat lelaki itu.

Hatinya sakit melihat anaknya nangis teresak-esak akibat perbuatan lelaki itu pada tengahari tadi. Tengahari tadi, dia menyaksikan adegan yang amat menyakitkan hati dan mengejutkannya. Luruh jantungnya melihat anak darannya diatas riba Ezra sambil dicium rakus oleh lelaki itu.

"Hiks..hikss m-mama..."

"A-abang Ezra p-paksa Qay-"

"ENGKAU JANGAN JADI BODOH BOLEH TAK?!!ENGKAU YANG PAKSA AKU SEDANGKAN AKU TAK NAK!" Tengking Ezra sambil berdiri. Amarahnya sudah menaik tinggi.

"EZRA!" Datin Qailah mula membela anaknya.

"ANAK ENGKAU YANG PELACUR NI YANG NAK CIUM AKU! DIA PAKSA AKU SEBAB TAK BOLEH TERIMA APA YANG DIA DENGAR! DASAR PELACUR BODOH!" Tengking Ezra keras dengan melihat Qayla puas. Puas hati dia melihat gadis itu terkejut dengan tengkingan kerasnya.

"EZRA AQASYAH!" Dato' Ghazi mula bersuara. Tangannya mahu naik menampar wajah anak sulungnya tetapi gagal apabila lelaki itu pantas menahan.

"Apa daddy? Apa!!! Sekarang ni Ezra tak kira, Ezra akan bongkarkan semuanya hari ni jugak! Ezra dah tak tahan! Hari ni, semua orang kat sini akan tahu apa rancangan daddy dulu untuk Ezra! Termasuk siapa lagi yang tahu tetapi buat-buat tak tahu supaya mommy clueless sebab kita!!!!" Katanya keras.

Dia sudah nekad. Mulai hari ini, dia tidak akan lagi berahsia tentang keluarga kecilnya. Semua di dalam rumah itu bakal melihat dan mengenali isteri dan anak-anaknya.

"DAN KAU!" Jari ditunding ke arah Datin Qailah. Dapat dilihat dengan jelas ketakutan diwajah wanita tua itu.

Datin Qailah menggigil sambil memeluk tubuh anak gadisnya.

"Aku takkan sesekali menikahi perempuan macam anak kau. Bertutup litup tetapi perangai malu dia macam sial!" Tengking Ezra lagi.

Mereka berdua sudah ketakutan. Datin Marinda hanya mendiamkan diri. Mulanya dia mahu membantu wanita itu tetapi dia matikan sahaja kerana takut melihat wajah tegang Ezra yang seperti dirasuk syaitan durjana. Cara percakapannya juga sudah berlainan. Segala kata-kata kesat dihamburkan kepada Datin Qailah dan Qayla tanpa rasa kasihan.

"Tolonglah abang! Qayla-"

"KAU BUKAK MULUT BUSUK BAU BANGKAI MAYAT KAU LAGI, AKU TAKKAN TERAGAK-AGAK LEMPANG KAU SAMPAI KEPALA KAU TANGGAL! FAHAM?!!!" Kata Ezra berbaur amaran.

Semua disitu sudah kehilangan kata malah takut akan Ezra termasuklah Ezri yang hanya menjadi pemerhati. Dia juga mahu menahan abangnya tetapi dia biarkan sahaja. Dia melayan rasa kecewanya pada Qayla.

Dato' Ghazi hanya senyap. Dia juga tidak boleh melawan anak sulungnya. Dia mengaku, Ezra mengikuti barannya manakala anak bongsunya mengikuti isterinya.

Ezra disitu bagaikan sudah dirasuk syaitan. Dia sudah tidak fikir apa lagi selain melenyapkan Datin Qailah dan Qayla dengan cara yang kejam sekali. Dia seperti mahukan darah mereka di tangannya.

"Semua akan tunggu dekat sini sampai anak dan isteri aku sampai..." Ezra berlalu pergi sambil membiarkan Datin Marinda terpinga-pinga.

"Isteri dan anak-anak? Apa ni abang?" Wajah Dato' Ghazi dipandang supaya mendapat jawapan tetapi dibalas dengan pandangan yang redup.

𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Where stories live. Discover now