T E A || 32

4.6K 273 7
                                    

TW: TOO MUCH SWEETNESS FOR SINGLE PEOPLE JUST LIKE YOU AND I.

EZRA AQASYAH memasukkan beberapa buah beg pakaian ke dalam but kereta. Begitu juga dengan sebuah beg besar berisi bermacam-macam jenis makanan dan pakaian yang dibeli oleh isterinya di Pasar Payang tadi.

Awal-awal pagi lagi isterinya mengajaknya untuk pergi ke Pasar Payang. Alasannya takut jika kesesakan di dalam kawasan pesisir payang ataupun tiada tempat untuk memarkir kereta.

Ezra hanya ikutkan sahaja. Jika dia buka mulut, takut nanti tak pasal-pasal dia disuruh untuk tidur luar.

Setelah beberapa minit dia dan anak-anaknya 'disidai' di dalam Pasar Payang sambil menunggu wanita itu habis membeli-belah, barulah mereka menghela nafas lega. Akhirnya tamat seksaan mereka bertapa di dalam tempat tersebut dengan keadaan yang sesak dan panas.

Si kembar tiga pula tidak berani mahu mengeluh dihadapan Elya. Kata mereka takut jika mama mereka bertukar menjadi singa di situ, jadi mereka hanya mampu mengeluh dan mengadu nasib pada papanya sahaja.

"Papa, mama memang sejak azali suka sidai orang ke?" Soal Endra

"Papa, mama tak tahu ke hukum pasal sidai orang ni?" Soal Edri disebelah papanya.

"Papa, kenapa dalam pasar ni, panas dia lain macam? Dah macam neraka dah Eyra rasa."

"Ke memang ni, tempat neraka? Neraka untuk orang-orang yang suka membazir duit sebab beli benda yang tak perlu. Setan betul!" Sambung Eyra lagi dengan wajah yang polos.

Apabila diingatkan kembali soalan dari anak perempuannya, dia juga terkelu lidah mendengarnya. Dah kenapa ayat anaknya pedas lain macam? Ikut siapa?

Siapa yang ajar pun dia tak tahu.

Apa dia boleh buat?

Dia faham anak perempuannya sedang dibelenggu emosi kerana panas tapi tak lah sepanas yang anak perempuannya describe.

Eyra baru balik hari dari neraka ke apa?

"Lepas ni kita nak pergi mana papa?" Suara kanak-kanak lelaki yang baru sahaja menyapa gegendang telinganya itu membuatkan dia terkejut.

Mana taknya? Tiba-tiba sahaja Edri muncul entah dari mana sambil menghulurkan kepadnya sebuah beg plastik besar. Seingat dia, Edri mengikut mamanya pergi ke food court sementara dia membawa segala barang hasil 'tangkapan' isterinya pada hari ini masuk ke dalam but kereta.

"Kenapa Edri dekat sini?" Soal Ezra kepada Edri seraya dia mengambil beg tersebut dari huluran anaknya yang sedang menayangkan riak wajah yang polos.

Alahai anak, tak tahu ke papa dia sudah tua? Kalau sakit jantung, macam mana? Siapa yang nak tolong Edri dapat adik lagi lepas ni?

"Saja nak ikut papa." Jawab Edri ringkas. Ezra geleng kepala. Ingatkan sebab apa tadi!

Usai meletakkan barang, Ezra menutup but kereta dan tidak lupa mengunci keretanya. Kemudian Ezra mulai menghulurkan tangan pada Edri supaya memegangnya tetap lain pula jadinya.

Edri memegang tangannya sambil tangan sebelahnya bermain di jari manis Ezra.

"Ni cincin kahwin papa dengan mama ke?" Soal Edri seraya dia mendongak memandang ke arah papanya. Ezra tergelak kecil sebelum mengangguk.

Dia bercangkung dihadapan Edri. Cincin berwarna silver yang tersarung kemas di jari manisnya ditanggalkan kemudian tangan sebelah menarik anaknya supaya lebih mendekatinya.

"Look at this. Edri nampak tak macam ada something dekat sini?" Soal Ezra sambil jarinya ditunjukkan pada sekeliling permukaan cincin tersebut.

Terdapat empat patah perkataan yang terukir.

"Belongs to..." Kepala disengetkan sambil memusingkan cincin tersebut.

"Elya Aurea..." Edri memalingkan wajah pada papanya.

"Belongs to Elya Aurea?" Ezra mengangguk kepala sambil tersenyum manis. Memang benar apa yang disebut oleh anaknya.

Apatah lagi apabila nama wanita itu disebut oleh anak mereka berdua. Rasa berbunga-bunga hati mendengarnya.

"How sweet you are..."

"I know, Edri patut jadi macam papa bila dah besar nanti." Katanya dengan bangga. Cincin yang ditanggalkan tadi disarungkan semula ke jari manisnya.

"Mama pun ada jugak ke?" Soal Edri dengan nada teruja.

"Yes, mama pun ada. Nanti balik Edri tengoklah. Sebenarnya tu cincin kami berdua buat sendiri kat dalam kedai. Dia ada sediakan untuk custom." Jelas Ezra.

"Edri nak tahu mama punya guna ayat apa?"

"Nak!!!" Jawab Edri dengan teruja sambil menepuk tangannya.

"Ezra Aqasyah's favourite angel..." Ujar Ezra.

Dia dan Elya sama-sama membuat cincin tersebut sebelum mereka bernikah. Usai itu, mereka sama-sama mengukir ayat di atas permukaan cincin mengikut hati masing-masing. Mereka saling bertukar cincin.

'Belongs to Elya Aurea' merupakan idea dari Elya dan wanita itu mengukirnya pada cincin Ezra manakala ' Ezra Aqasyah's favourite angel' merupakan idea Ezra dan dia mengukirnya di atas permukaan cincin Elya.

"Awwww...." Mereka berdua tergelak kecil. Edri turut terhibur malah dia suka mendengar cerita tentang papa dan mamanya.

Padanya, ia lebih seronok berbanding cerita-cerita kartun di tv. Dia lebih suka mendengar tentang mama dan papanya. Kadangkala, dia bertanyakan pada Elya tentang Ezra. Bagaimana perangai papanya ketika mereka mula-mula berjumpa dahulu.

Dan disetiap kali dia bertanyakan soalan pasti akan ada soalan-soalan akhir yang wajib ditanyakan pada mamanya.

"Mama sayangkan papa tak?"

Wanita itu pasti akan menjawab,

"Mama selalu sayangkan papa" ataupun wanita itu akan mengangguk sambil tersenyum gembira.

Mendengar jawapan itu, hatinya berasa gembira. Dia gembira mamanya selalu menyayangi papanya.

"He always says he loves me and I feel loved by him. I guess I'm lucky enough to have your father as my husband."

Itulah yang sentiasa dikatakan oleh Elya kepada Edri setiap kali dia bertanya tentang mereka.

"Dah jom, kesian mama tunggu kita." Ezra berdiri kemudian dia memimpin tangan Edri untuk berjalan bersama.

Mereka berdua berjalan bersama sehinggalah sampai di tempat yang mereka tujui. Mata Ezra meliar melihat susuk tubuh seorang wanita kesayangannya sehinggalah,

Pandangannya bersambung dengan seseorang. Dia kembali tersenyum apabila melihat wajah yang dicarinya. Berbunga-bunga hatinya.

Rasa panas sekeliling tidak langsung menganggu malah dia lebih pantas melangkah menuju ke arah dimana wanita kesayangannya duduk bersama-sama anak-anak mereka yang sedang makan.

"Lambat betul? Panas tau! Ni sayang dah orderkan nasi dagang dengan air teh o ais limau untuk abang." Soal Elya.

"Kesian sayang abang ni tertunggu lama." Ezra mengusap pipi Elya yang kemerahan akibat menahan bahang panas. Kemudian Ezra mengambil tempat disebelah Elya.

Cup!

Sempat dia mengucup sekilas pipi Elya. Mata Elya membulat besar. Dengan pantas dia menepuk peha Ezra. Tidak kuat pun.

Halah! Elya pukul manja-manja sahaja. Nak lebih-lebih, bila mereka balik nanti.

"Dah jom makan."

Dia dan Elya mula menjamu selera manakala anak-anak mereka sudah lebih mendahului mereka kerana lapar yang teramat.
.
.
.
.
.
TBC.

Tiba-tiba rasa nak pergi Terengganu nak kacau penyu. Siapa nak ikut? HAHAHAHA

Instagram: @/moonbeamlauv

𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Where stories live. Discover now