T E A || 51

2.7K 152 3
                                    

Beberapa bulan kemudian...

"SO what does it means?" Soalan Syafiz memecahkan kesunyian di dalam kereta namun matanya masih lagi tertumpu pada jalan raya samvil menunggu respon daripada figura lelaki di sebelahnya.

"I guess the war is over." Jawab lelaki itu dengan datar sebelum menghela nafas lega.

Kepalanya kembali disandarkan pada tempat sandar kepala kemudian pandangan dihala ke arah tingkap.

"Do you really think this is the end, Tuan Ezra?" Keluh Syafiez Adam lagi. Walaupun konflik utama mereka sudah pun tamat, tetapi dia masih lagi berasa tidak senang duduk.

Ezra kembali menoleh ke arah Syafiez.

"It has to be...". Jawabnya dengan penuh yakin.

"It has to be over now." Dia kembali membuang pandangannya pada luar tingkap.

Melihat reaksi Syafiez yang masih lagi tidak yakin dengan jawapan yang diberi, Ezra terus mengeluh perlahan.
Mengalahkan perempuan resah pembantunya seorang ini.

Dia dengan perempuan, dua kali lima! Complicated!

"He's dead, Syaf. Drake dah mati. Kes Marlina pun dah dibicarakan, dah dapat keputusan dah pun. Tak payah nak risau sangat lah!" Kata Ezra dengan nada malas.

Malas dia mahu memikirkan dua orang itu. Yelahkan, bekas teman lelaki isterinya sudah pun mati di dalam sebuah kemalangan yang melibatkannya juga.

Tetapi baguslah juga, Drake mati kerana rancangannya sendiri iaitu cuba untuk melanggar kereta Ezra dari bahagian sisi kereta tetapi takdir menyebelahi Ezra, tiba-tiba sahaja Drake melanggar sebuah kereta Buggati yang bergerak di belakang Ezra dan dalam masa yang sama kereta itu juga mahu memotong jalan tetapi gagal akibat dilanggar.

Dan siapa pula Marlina?

Wanita yang mengaku dirinya ialah ibu kandung kepada isterinya sejak kali pertama mereka berjumpa semula di Terengganu.

Marlina juga merupakan adik kembar kepada ibunya.

Puan Sri Medina dan Puan Marlina merupakan kembar seiras.

Semuanya bermula dengan cemburu dan obses dari Marlina. Bagaimana? Biar dia saja yang tahu. Disebabkan obsesnya yang semakin teruk, hampir semua yang cuba mengacau Elya, dibunuh oleh Marlina.

Hanya kerana obses.

Padanya, tidak dapat bapanya seakan tiada masalah kerana Tan Sri Ismail Mahadi sudahpun menolaknya sebelum menikahi ibu kepada Elya, Puan Sri Medina.

Jadi, Elya lah yang menjadi mangsa obses nya.

"Okey lah...." Keluh Syafiez.

Fikiran buruk cuba untuk dia buang jauh-jauh. Tetapi betul apa yang dikatakan oleh majikannya.

Drake sudah mati, Marlina sudah tentu akan dihukum setimpal dengan kesalahannya!

Jadi mengapa dia perlu bersusah payah runsing? Dia sendiri tak ada kena mengena dengan konflik Ezra. Mengapa dia perlu pening kepala sekali?

......

JUNTAIAN rambut yang menutupi sedikit bahagian wajah wanita yang sedang tidur pulas dihadapannya disisir perlahan dan digantungkan ke telinga.

Bibirnya tidak lepas daripada mengaris sebuah senyuman.

Mungkin terasa tidurnya terganggu, wanita itu berkerut dahi dan mula membuka kelopak matanya secara perlahan-lahan sebelum tatapannya bersambung pada milik suaminya.

"Dah lama balik?" Soal Elya perlahan bersama dengan suaranya yang sedikit serak. Matanya masih lagi redup memandang Ezra dihadapannya.

Bau haruman maskulin lelaki itu dapat dihidu dek jarak mereka yang amat dekat, hanya berbaki beberapa inci.

Ezra geleng perlahan sebagai jawapannya kepada soalan wanita itu.

"Baru je. How is your check up?" Tangan Ezra bergerak menjelajah di belakang tubuh wanita itu.

"Pretty well, it was twins. Nampaknya ada betul instinct abang tu."

Ezra senyum bangga. Tak nak riak dengan kebijaksanaan yang diperoleh tetapi itulah hakikatnya. Sudah lah tampan, sasa dan bijak. Hebat betul dirinya.

"Abang kan bijak." Kata Ezra sambil menayangkan riak wajah bangganya. Rasa bijak pula dia dalam bab-bab seperti ini walaupun bukan dia yang mengandung.

Padan dengan rupanya!

Elya menayangkan riak wajah menyampah. Menyesal dia beria beritahu yang naluri Ezra itu betul. Dah tua bangka pun riak.

Entah-entah, masa pencen nanti riak lagi. Maklumlah, umur pun semakin meningkat. Dah nak masuk alam warga emas dah pun.

"Geli saya."

"Lain kali jangan nafikan naluri seorang bapa." Bidas Ezra merangkul tubuh Elya dan sembamkan wajahnya di leher wanita itu. Menghidu segala bau haruman semula jadi isterinya.

Gedik.

Kalau bawah lagi, takut kena pelempang mak anak tiga Elya. Tahu-tahu ada cop mohor rasmi dari wanita itu.

"Wanginya... Nak gigit!" Kata Ezra dengan nada manja seperti kucing kurap.

"Kalau rasa dah lama sangat guna telinga, buatlah!" Ezra terkekeh apabila mendengar respon dari isterinya.

Tangannya pula masih lagi merayap di permukaan perut wanita yang sudah pun membukit besar.

Dah berusia 8 bulan, lagi beberapa bulan sahaja lagi untuk si kembar Ezra dan Elya lahir ke dunia.

Perempuan atau lelaki?

Itu rahsia.
.
.
.
.
.
TBC.

Semakin lama tinggal, semakin boring. Tak apa, lepas ni dah habis kisah mereka. Dah boleh lah korang lupa kan.

Instagram: moonbeamlauv

𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Where stories live. Discover now