T E A || 27

4.3K 257 4
                                    

THROWBACK PART III



KAKI panjangnya dihayun laju menuju ke arah sebuah kereta yang diparkir betul-betul dihadapan pintu rumah.

"ELYA!"

Dia memekakkan telinga. Semakin laju hayunan kakinya tetapi langkahnya tiba-tiba mati apabila lengannya direntap kasar dan secara automatik tubuhnya berputar ke belakang menghadap lelaki itu.

Beg bagasi yang di pegangannya turut terlepas.

"Please sayang, jangan tinggalkan aku. Aku janji semua ni akan berakhir. Soon it will be just us. You and me!" Elya menarik lengannya supaya terlepas dari pegangan suaminya.

"Kau ingat bini kau tu barang ke?! Dah pakai lepastu buang?!!" Jerkah Elya. Dadanya naik turun laju menahan amarah.

"Aku boleh explain. As long as kau dengar dulu. Please sayang, aku tak sanggup hilang kau. Aku boleh jadi gila tahu tak?"

"Bukan ke kau memang gila ke? Gilakan perempuan sundal?" Soal Elya sinis. Tak, dia takkan sesekali mengalah dengan rayuan dari suaminya.

He is a liar. Greatest liar...

Kedua-dua tangannya ditarik dan digenggam.

"She is nothing to me, Lya. Not anymore. She betrayed me! Kalau kau pergi maknanya kau pun sama macam dia!" Kata Ezra tanpa berfikir panjang.

"Dan aku lebih memilih untuk jadi sama macam dia." Ujar Elya keras. Serentak dia menarik kedua-dua tangannya kemudian memalingkan tubuhnya. Beg bagasi diambil kemudian diberikan kepada pemandu peribadi mereka.

Dia memboloskan diri ke dalam perut kereta manakala Ezra diluar sudah tergamam. Dia statik berdiri di tempatnya bagaikan sebuah patung.

Dia melihat kereta yang dinaiki oleh isterinya bergerak keluar dari perkarangan rumah mereka berdua dengan laju meninggalkan dia keseorangan di situ.

......

SEPANJANG perjalanan, dia tidak henti-henti menangis teresak. Separuh hatinya terasa berat mahu meninggalkan seorang lelaki yang dicintainya tetapi apakan daya? Mereka ditakdirkan untuk berpisah. Jika masih lagi ada masa, mungkin mereka akan dipertemukan semula di kemudian hari.

Bukanlah kehendaknya mahu berbuat keputusan sebegini tetapi disebabkan wanita yang bernama Serra Dahlia.

Disebabkan wanita itu, dia terpaksa merelakan semuanya. Dia terpaksa melepaskan semua yang dia sayang demi kebaikannya.

Manakala separuh hatinya lagi, terasa sakit. Ditipu hidup-hidup oleh lelaki yang menjadi penghuni hatinya. Hatinya bagaikan dirobek.

"Puan, kita akan singgah ke satu tempat ni sekejap. Ada orang yang nak jumpa puan." Elya tersentak dari lamunannya.

"Serra?"

"Bukan Puan Serra." Jawab pemandu peribadinya ringkas. Mulut Elya terkunci kemas. Dia menyandarkan tubuhnya manakala pandangan dibuang ke arah tingkap.

𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Où les histoires vivent. Découvrez maintenant