T E A || 25

4.5K 256 4
                                    

THROWBACK PART I

Empat tahun lalu...


"Ezra tak nak, daddy! Ezra dah janji dengan isteri Ezra sendiri untuk setia dengan dia! So my answer is no!" Bentak Ezra kasar. Sungguh dia tidak sanggup untuk mencurangi isterinya. Dia sudah berjanji.

Dia tidak mahu menyakiti isterinya.

"Ini permintaan arwah kawan daddy, please Ezra. Arwah percayakan kamu!" Ezra geleng kepala laju.

Tak, dia takkan setuju.

Dato Ghazi meraup wajahnya kasar. Apa lagi yang dia boleh buat untuk memujuk anaknya supaya dapat ikut arahannya? Dia sudah buntu kali ini.

"Dad, jarak umur kitaorang jauh tahu tak? I'm 34 meanwhile Elya 24! Orang akan ingat Ezra ni pedophile!" Kata Ezra keras. Dia sedar yang dia terlalu tua untuk Elya.

Walaupun dia tidak kenal dengan gadis itu tetapi dia tidak mahu membebani Elya. Gadis itu baru sahaja habis belajar dan sudah tentu gadis itu mahu menikmati zaman bujangnya!

Baik dia berikan kepada adik kembarnya sahaja, Ezri. Lelaki itu lagilah tak ada seorang pun calon untuk menjadi peneman hidupnya.

"But as a sugar daddy, dad tak rasa benda tu necessary." Membulat mata Ezra mendengarnya

"Seriously dad? A sugar daddy?!" Semakin bergema kuat suara lelaki itu. Ezra memandang Dato Ghazi tak percaya. Punggung dihempas kuat ke atas sofa.

Dia duduk menekup wajahnya menggunakan telapak tangannya. Sungguh dia tertekan ketika ini.

Mencurangi isterinya dengan perbuatan sebegitu? Dan semuanya berlaku disebabkan permintaan karut dari arwah kawan baik daddynya?

Memang tak guna!

"Daddy dah lama perhatikan dia, Ra. Daddy yakin dia boleh jadi isteri yang baik untuk Ra. Cubalah kenal dengan dia dulu. Kalau Ezra rasa Ezra dah tak nak, okay you can go. Stop jadi sugar daddy dia but daddy akan sentiasa perhati dan menjaga dia dari jauh sebab daddy dah anggap dia sebagai amanah buat dad."

Mendengar kata-kata itu, Ezra terus angkat kepala. Jadi dia ada peluang untuk tidak menikahi Elya lah?

"Serious daddy?" Dato' Ghazi angguk kepala perlahan. Terpaksalah dia setuju tetapi ia tidak bermaksud dia akan berhenti, dia akan buat Ezra benar-benar jatuh cinta dengan Elya.

Dari kecil hinggalah gadis itu tumbuh dewasa, dia menjaga Elya tanpa berpaling sedikit pun. Jujur dia katakan yang dia sangat berkenan dengan gadis itu. Bukan Serra.

Ini kerana dia tidak berasa yakin dengan Serra. Mana tidaknya, semasa di dalam majlis syarikat, Serra kelihatan mesra dengan salah seorang ahli perniagaan yang merupakan rakan kongsi Ezra. Ezra tidak perasan tetapi dia perasan!

"Fine, Ezra akan buat. As long Ezra takkan nikahi dia, Ezra akan buat." Ujar Ezra seraya itu dia bangun dari duduknya dam mendekati Dato' Ghazi dihadapannya.

"Kat mana tempat tu?"

"London. Dia selalunya stay sorang-sorang dekat sana jadi ada peluang besarlah untuk Ezra pancing dia" Ezra angguk kepala faham.

"Ezra pergi sekarang." Ujarnya dengan yakin. Dia pasti rancangan ini bakal berjaya.

~~~~~~

𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Where stories live. Discover now