T E A || 44

3.6K 178 4
                                    

FIGURA wanita yang sedang duduk berhadapan dengannya dipandang dengan tajam. Tiada langsung secalit senyuman di wajahnya. Hanya dengan berwajah dingin. Matanya kemudia beralih pada Syafiez yang berada tidak jauh daripada mereka.

Hanya seketika sebelum dia kembali menumpukan perhatian pada wanita itu.

"Clone."

"But with benefits." Jawab wanita itu dengan penuh selamba.

"Apa baiknya? Sampai kau sendiri tipu dia. Baik apa macam tu?" Soalnnya lagi dengan nada keras.

Raut wajah tegang milik Ezra dibalas dengan tawa sinis wanita itu. Darahnya berderau. Penumbuk digepal sehingga menggigil tangannya menahan diri daripada melayangkan sebuah tumbukan kuat khas buat wanita itu.

Sakit hatinya apabila wanita itu hanya ketawa sinis.

"Tanpa aku, diorang semua tetap akan kacau kau. Kalau aku tak hapuskan diorang, diorang tetap akan kacau kau, Ez." Ujar wanita itu dengan penuh tenang tanpa berasa takut.

Buat apa dia mahu takut?

Dua orang sudah dia bunuh.

"Apa maksud kau?" Soal Ezra pelik.

"Serra and Yusoff." Keningnya ternaik. Dahinya berkerut. Dia tidak faham akan maksud wanita itu. Dia kenal kedua-duanya tetapi apa yang dimaksudkan sendiri olehnya?

Apabila melihat wanita itu mulai tersenyum miring, tiba-tiba sahaja matanya terbeliak. Bulu romanya juga terasa sudah berdiri tegak satu tubuhnya.

Tiba-tiba sahaja dia ingat akan punca kematian dua orang manusia yang dikenalinya. Mereka dibunuh.

Dia geleng kepala mahu menafikannya.

Takkan lah?

"K-Kau..."

"Ya, aku. Aku yang hapuskan diorang berdua." Ezra terpempan. Kini dia sudah menjumpai jawapan di dalam kes pembunuhan anak kepada kawan daddynya dan juga skandal kepada bekas isterinya.

"Tapi kenapa?."

"Elya Aurea, your wife." Sekali lagi Ezra terkelu. Dia pegun disitu apabila mendengar nama isterinya disebut. Jantungnya berdegup kencang. Rasa takut mulai memunculkan diri.

Oh tuhan, janganlah isterinya juga sasaran wanita itu. Jika memang benar, langkah mayat dia dahulu.

"Don't you ever touch her." Ujar Ezra berbaur amaran. Dia takkan benarkan isterinya menghadapi benda yang sama. Jika isterinya tiada lagi, bagaimana dengan anak-anaknya?

Oh tidak, dia tidak akan membenarkannya. Dia sanggup merelakan dirinya untuk dibunuh sahaja oleh wanita itu.

"Oh no dear, not her but someone else that willing to hurt her. I will destroy them, one by one. In this case Ez, bukan hanya kau seorang sahaja yang tak nak dia sakit tapi aku."

"But why?" Ezra menghela nafas lega tetapi dalam masa yang sama dia terpinga-pinga. Apa yang istimewanya isterinya pada wanita itu sehingga dia sanggup membunuh demi isterinya.

Wanita itu mula menerangkan segalanya.

Setelah beberapa minit berlalu...

"That will be my last wish."

Wanita dihadapannya dipandang sayu. Teragak-agak dia angguk kepala setuju dengan permintaan wanita itu. Hatinya terasa berat.

"Aku harap kau faham kenapa aku buat semua ni." Ujar wanita itu sebelum bangun dari duduknya dan berjalan keluar dari ruangan makan peribadi yang bertemakan ala-ala jepun itu.

𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Where stories live. Discover now