T E A || 23

5.4K 290 9
                                    

ANGIN pantai pada petang itu menampar lembut kulit wajahnya. Walaupun tidak terlalu kuat tetapi mampu membuatkan rambutnya yang tidak terikat itu berantakan.

Bauan air garam pantai yang menusuk rongga hidung membuat hatinya terasa tenteram.

Rasa segar.

Kini dia berada di pesisiran pantai Cherating. Ezra yang mengajak mereka untuk bercuti. Katanya, alang-alang dia masih tidak terlalu sibuk dengan kerja, ada masa juga untuk membawa mereka bercuti.

Ezra juga telahpun menempah sebuah chalet jadi mereka akan berada di sana dalam tiga hari dua malam sahaja.

Sambil dia menikmati saatnya, sempat juga dia melirik ke arah empat beranak yang sedang bermandi-manda di dalam air tidak jauh darinya.

"Papa!!! Tak nak jauh-jauh! Takut!!!"

"PAPA! KAKI EYRA DAH TAK DAPAT JEJAK!!!!" Laung Eyra semakin kuat taktkala papanya menyakatnya dengan membawa anak perempuannya semakin ke dalam.

Abang-abangnya usah dikata, mereka ketawa terbahak-bahak melihat adik mereka disakat oleh Ezra.

Elya juga turut tergelak melihat mereka. Geli hatinya melihat wajah Eyra yang kelihatan seperti mahu menangis sambil tangannya tak henti-henti memukul lengan sasa Ezra.

Alahai anak, ingat dia pukul tu kuat? Macam kena pukul pakai gula-gula kapas adalah!

"Jom kita dalam lagi!" Usik Ezra kepada anak perempuannya.

"PAPA JANGANLAH!!!" Suara Eyra sudah naik serak setelah berkali-kali menjerit. Ezra terkekeh. Setelah melihat wajah Eyra yang sudah merah tanda mahu menangis, dengan segera Ezra menenangkan anaknya dengan menepuk belakang Eyra sambil dia naik ke darat.

"Alololo princess papa ni janganlah nangis. Nanti hilang kecomelan anak papa ni." Pujuknya dengan tangan yang tak henti-henti menepuk belakang tubuh anaknya.

"Hiks... Hiks..hikss... Papa jahat! Nak mama!"

Ezra tergelak kecil mendengarnya. Baru nak ingat mama dia kalau tidak asyik papanya sahaja dia panggil.

Dasar.

Ezra berjalan mendekati Elya yang sedang duduk di atas pasir putih itu. Elya pula mencapai tuala dan membalut tubuh anaknya setelah dihulurkan oleh suaminya.

"Mama tengok papa!" Eyra menyembah wajah di dada Elya. Dia melepaskan tangisan di situ. Ezra geleng kepala serentak dia melabuhkan punggung di sebelah isterinya.

"Cengeng betul! Ikut siapa entah..."

Dengan pantas Elya merenung tajam ke arah suaminya. Jangan sampai dia tinggalkan Ezra lagi! Biar orang tua tu pula jadi cengeng.

"Hehehe... Jangan marah sayang. Takut abang!" Ezra tersengih-sengih. Dengan penuh manja dia melentok kepalanya di bahu sang isteri.

Nyaman saja.

Korang ada? Tak ada?

Kesian...

"Abang beratlah..." Ezra menjadi semakin gedik. Dia menggesel kepalanya dibahu Elya. Elya sudah naik rimas.

Dengan anaknya yang menempel dan dengan suami gediknya lagi!

Ada dia libas juga dua beranak ini.

Bersabar sajalah dia.

"Mama laparlah!" Adu Edri yang baru sahaja tiba di hadapan mereka diikuti dengan Endra di belakang yang juga sedang menuju ke arah mereka.

"Papa, Endra penat..." Endra mula menempel pada Ezra. Kanak-kanak lelaki itu duduk di riba Ezra manakala Edra berlabuh punggung di sebelah Elya.

𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐌𝐎𝐔𝐑Où les histoires vivent. Découvrez maintenant