B A B 2

11K 552 24
                                    











         "AKU terima nikahnya April Isabelle binti Habsyar dengan mas kahwinnya RM100 ringgit tunai" tangan kadi dijabat dan saat itulah status April berubah menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenalinya.

Bersaksikan saksi yang terdiri dari pihak jabatan agama dan termasuk Tengku Arman, malam itu juga Qays dan April dinikahkan.

Camellia memeluk April dan April melepaskan tangisan di bahu sahabatnya waktu itu juga. Belikat April diusap meredakan gadis itu.

"Sabar April, anggap saja apa yang terjadi ni ujian untuk kau. Biar Arman berbincang dengan suami kau tu dulu. Masalah ni dapat diselesaikan secepat yang mungkin" Pujuk Camellia yakin.

"Aku tak tahu apa-apa Milly, kenapa dia tuduh aku yang rancang semua ni? Aku takut Milly. Hanya kau dengan tengku je tahu pasal ni. Ya Allah..." ratap April kerisauan.

"Jangan banyak fikir April. Berdoa mintak dipermudahkan urusan perjalanan hidup kau. Aku sentiasa doakan kau" kedua belah pipi April dipegang kemas oleh Camellia. Mereka saling bertatapan.

April yang menahan air mata daripada gugur itu mengangguk mengerti. Cuba untuk menguatkan diri sendiri.

"Terima kasih sebab ada masa aku susah macam ni Milly. Jangan bagitahu sesiapa eh? Aku takut...aku malu"

"No April, benda ni antara aku, Arman dan kau je tahu. Nanti, kalau ada apa-apa masalah kau call je aku. Aku ada je untuk kau" pesan Camellia lagi dan April tidak dapat menahan air matanya dari berhenti mengalir. Dia terharu memiliki sahabat seperti Camellia.













             TUBUH April dihumban kasar di atas sofa. Wajah Qays menyinga dan sangat menakutkan April yang sendirian di rumah lelaki yang baru saja bergelar suami beberapa jam yang lepas. April menggigil hebat.

"Sa-sakit encik" adu April meminta sedikit simpati daripada lelaki itu.

Namun pedulikah Qays?

"Kau cakap dengan aku, siapa yang upah kau?" Tanya Qays serius. Langsung tidak berkompromi. Kecil besar saja dia memandang April tika itu.

Tipikal perempuan yang datang mahu mengikis kekayaannya. Bukannya dia tak pernah jumpa perempuan seperti yang di hadapannya ini.

"S-saya tak tahu..." rengek April menahan sengal di pergelangan tangan kerana dicengkam Qays.

"Cakap dengan aku cepat! Siapa yang suruh kau gadai maruah kau dekat aku sebelum lunyai kau aku kerjakan malam ni!" Suara Qays naik seoktaf. Terangkat bahu April.

"Saya berani bersumpah dengan nama Allah swt yang saya tak tahu siapa yang buat saya macam ni!" April menjawab juga bagi membela dirinya.

Rahang April dipegang kemas. April menangis teresak-esak. Takut yang teramat sangat.

"Eh, kau tak payah nak main sumpah-sumpah bagailah. Kau ingat aku tak tahu ke perempuan macam kau ni hanya sibuk nak mengikis harta jantan je!" Wajah April ditolak kasar selepas itu.

"Jadi apa ekspetasi encik dalam hidup sebenarnya?Memiliki kekayaan dan kesudahannya dikikis oleh perempuan? Saya bukan perempuan macam tu! Banyak lagi cara untuk saya dapatkan duit lah. Lepaskan saya kalau encik rasa tak boleh nak terima kehadiran perempuan macam saya. Harta encik pun tak habis kena kikis!" Entah dari mana keberanian yang April dapat untuk menentang suaminya itu.

Terbuntang mata Qays. Berani sekali wanita dihadapannya ini meninggikan suara padanya.

"Lepaskan kau? Wow, baru nikah tadi dah minta dilepaskan dah? Okay boleh, aku janji aku akan lepaskan kau. Tapi aku rasa rugi pula kalau kahwin free tak buat apa-apa kan? Kalau saja-saja haram. Ini dah halal"

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now