B A B 19

9.7K 492 13
                                    












          SEBELUM ditahan semula di hospital, Qays dan April mengambil kesempatan yang ada untuk meluangkan masa bersama-sama di rumah. Hari ini, mereka menghasilkan karya seni. Tapak tangan masing-masing disapukan cat lalu ditekap di atas canvas yang siap berbingkai.

Kemudian, Qays mengajak April ke panggung teater pula. Segala video yang direkod oleh Qays senyap-senyap tanpa pengetahuan April ditayangkan semula.

Ada masa April ketawa, ada masa mata wanita itu berkaca. Qays memang tidak sia-siakan masa yang dia ada untuk membahagiakan si isteri.

"I love you" ucap April benar-benar memaksudkan kata-katanya.

"And I love you too, cinta"

Banyak masa mereka luangkan bersama-sama. Sehinggalah semua hajat Qays tercapai, barulah mereka berehat di kawasan taman mini yang terdapat di tepi rumah. April berbaring di ribaan Qays

"Abang bahagia sangat sekarang. Abang rasa hidup abang dah cukup sempurna. Terima kasih sayang kerana hadir dalam hidup abang" rambut April diusap ke belakang penuh kelembutan.

"Sama-sama kasih. Tak ada kata yang mampu April ungkapkan selain meminta abang berjuang untuk tunaikan janji abang untuk sentiasa ada dengan saya dan anak putera kita. Itu saja yang April minta" April memandang langit mendung itu dengan perasaan yang bercampur baur.

"Ya sayang, sayang satu-satunya insan yang berjaya buat abang kuat sampai ke tahap ini" kucupan disinggahkan di dahi April.

"Tapi boleh tak sayang berjanji juga dengan abang? Abang tahu sayang mampu tunaikan janji sayang pada abang" pinta Qays pula.

"Abang nak April berjanji apa?"

"Kalaulah abang tak dapat diselamatkan esok, abang nak sayang jaga anak kita baik-baik. Jangan buat Adrish terima nasib seperti abang. Abang tak sempat rasa kasih sayang ibu, kasih sayang bapa" dengan harapan, April setuju dengan permintaannya yang pertama itu.

Lama April diam barulah wanita itu berani bersuara.

"Ya, April janji" tenggelam-timbul suara itu.

"Ya, April janji abang. April akan jaga anak kesayangan abang ni dengan sepenuh kasih sayang April" janji April.

"Belle juga kena janji dengan abang, kalau abang tak ada nanti, sayang kena cuba buka hati untuk cari pengganti yang boleh jaga sayang. Kalau boleh yang lebih baik dari abang"

Kali ini, permintaan Qays agak keterlaluan dan agak berat sebelah.

"Maaf, untuk permintaan kedua ni April tak mampu nak tunaikan. Abang cinta pertama dan terakhir April" jujur April berkata sebelum dia menutup wajahnya dengan tapak tangan.

"Hey, my crybaby I don't want to die yet"














          ENCIK Habsyar yang sedang mengambil angin di luar rumah selepas makan tengah hari tadi dihampiri. Qays mengambil tempat duduk di atas kerusk rotan yang masih kosong di sebelah. Wajah tua itu tersenyum senang ke arahnya.

"Kenapa Qays? Tengok walid macamtu?"

"Tak ada apa, cuma Qays nak berterima kasih pada walid. Terima kasih sudi terima Qays sebagai menantu dalam keluarga ni. Terima kasih dah banyak menyokong Qays. Walid dan umi lah tempat Qays menumpang kasih selepas arwah papa dan ibu Qays"

"Sebab Qays pun anak lelaki walid. Kami tak pernah anggap kamu menantu. Terima kasih sebab sudi jaga anak perempuan walid dengan baik. Walid doakan Qays diberikan kesembuhan dan setia berada di sisi April" ujar Encik Habsyar tulus.

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now